Wednesday 28 September 2011

PENJENAMAAN SEMULA BANDAR SHAH ALAM MENOLAK PENJELMAAN SEMULA ALA BN

MBSA Lancar Penjenamaan Semula Pada Oktober
Wednesday, 28 September 2011
SHAH ALAM 28 SEPTEMBER : Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) akan melalui proses penjenamaan semula sempena sambutan ulang tahun ke-11 bandar raya Shah Alam sepanjang Oktober ini.

Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mohd Jaafar Mohd Atan berkata penjenamaan semula itu merangkumi visi dan misi serta objektif MBSA yang akan diperbaharui sejajar dengan peredaran masa dan keperluan pada masa kini.

“Sebagai contoh kita mahu Shah Alam mesra alam dan hijau supaya menjadi bandar raya sihat, selamat dan mampan untuk diwarisi oleh generasi akan datang,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat penuh bulanan MBSA.

Penjenamaan semula itu juga katanya, bagi memastikan pihak berkuasa tempatan tersebut terus mampan dan memenuhi keperluan generasi semasa serta akan datang dalam memberikan perkhidmatannya bersesuaian dengan status bandar raya yang dicapai pada 10 Oktober 2000.

Sempena sambutan ulang tahun kali ini yang bertemakan “Shah Alam Bandar Rayaku”, sebanyak 13 acara telah diatur termasuk pelancaran penjenamaan semula itu.

Antara program sepanjang sambutan dari 1 hingga 29 Oktober itu ialah perlawanan bola sepak, gotong-royong perdana, bacaan yassin dan doa selamat, persembahan muzika Shah Alam dan pelancaran kenderaan komuniti MBSA.

Selain itu MBSA juga menawarkan 15 unit iPad sebagai cabutan bertuah sempena kempen program bayar dan menang MBSA.

KERAJAAN PR SELANGOR MEYANTUNI KESUSAHAN RAKYAT !

MBSA Beri Diskaun 70 Peratus

SHAH ALAM 27 SEPTEMBER – Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menawarkan pengurangan kompaun kesalahan trafik dan letak kenderaan sehingga 70 peratus kepada orang ramai yang mempunyai tunggakan kompaun di kawasan pentadbiran MBSA.

Pegawai Perhubungan Awam MBSA, Shahrin Ahmad berkata, tempoh tawaran pengurangan kompaun akan diberikan mulai 1 Oktober sehingga 30 November 2011.

Menurutnya, peratusan tawaran pengurangan kompaun yang diberikan ini juga berbeza mengikut tempoh masa iaitu bermula 1 Oktober hingga 16 Oktober, pengurangan yang diberikan ialah 70 peratus.

“Pada 16 Oktober hingga 31 Oktober pula, pengurangan kompaun yang diberikan ialah 60 peratus manakala 1 November hingga 30 November pula ialah 50 peratus.

“Kempen ini diadakan untuk memberi peluang kepada orang ramai yang mempunyai tunggakan kompaun trafik dan letak kenderaan untuk menjelaskan tunggakan kompaun yang ada sebelum tindakan tegas di ambil ke atas mereka,” katanya.

Beliau berkata, kempen ini bertujuan mendidik masyarakat supaya tidak melengah-lengahkan masa untuk menjelaskan bayaran kompaun.

“Orang ramai di gesa untuk mengambil peluang kempen selama dua bulan ini dengan membuat semakan dan seterusnya menyelesaikan tunggakan kompaun masing-masing.

“Pada 16 hari pertama bermulanya kempen, peratusan pengurangan yang diberikan adalah sebanyak 70 peratus, sehubungan itu peluang ini tidak harus dilepaskan khususnya mereka yang mempunyai tunggakan kompaun yang banyak,” katanya.

Shahrin berkata, orang ramai boleh membuat semakan dan seterusnya membayar tunggakan kompaun ke kaunter MBSA di Tingkat G, Wisma MBSA dan juga di Pejabat Cawangan MBSA di Kota Kemuning dan juga Sungai Buloh.

Menurutnya, MBSA juga menyediakan kemudahan pembayaran secara on-line melalui kaedah FPX dan kad kredit dengan melayari laman web MBSA di www.mbsa.gov.my.

Sunday 25 September 2011

MAJLIS EIDULFITRI 1432 FELDA SOEHARTO MERIAH

Tuan Hj Muhammad Idris Yang Dipertua PAS Kawasan Hulu Selangor sedang memberi ucapan alu-aluan.










Thursday 22 September 2011

SELANGOR BARAKAH, BN/UMNO BOLEH BELAH !

Simpanan tunai Selangor RM1.1b, rekod 28 tahun   


SHAH ALAM, 23 Sept: Dalam tempoh enam bulan tahun ini, Kerajaan Negeri Selangor berupaya menambah simpanan tunai sebanyak RM200 juta, menjadikannya RM1,100 juta.

 “Jumlah ini merupakan rekod kewangan paling baik negeri bertuah ini dalam tempoh 28 tahun,” kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

 Beliau menyatakan demikian pada Majlis Santapan Malam anjuran Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan di Pusat Konvensyen Shah Alam, malam tadi.

 Selain Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, turut berangkat ialah Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah dan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
 Menurutnya, pada akhir tahun lepas, simpanan tunai Kerajaan Negeri Selangor berjumlah sebanyak RM918 juta.

 Secara keseluruhan, katanya, kejayaan Selangor memperkasa pembangunan dan melestarikan kemajuannya adalah dengan restu, nasihat dan sokongan penuh Tuanku Sultan terhadap kerajaan negeri sekarang yang mengamalkan tadbir urus yang telus, bertanggungjawab, berhemah dan berhemat.

 Katanya, Negeri Selangor juga telah menunjukkan peningkatan yang begitu ketara di dalam jumlah pelaburan dalam negeri.
 Jelasnya, semenjak 2008 hingga Jun 2011, Selangor telah berjaya menarik pelaburan berjumlah lebih RM35,000 juta.

 Ini bermakna, ujarnya Kerajaan Negeri Selangor sekarang bukan sahaja berjaya meningkatkan hasil negeri tetapi juga berjaya melaksanakan pengurusan kewangan dengan cekap dan berkesan.
 “Walhal pada awalnya adalah menjadi kekhuatiran yang teramat sangat dalam diri patik selaku peneraju Kerajaan Negeri yang baharu untuk memikul amanah majoriti rakyat majmuk di negeri Selangor yang inginkan pembaharuan dalam erti kata hasil mahsul negeri dinikmati secara adil dan saksama dalam kalangan rakyat majmuk di negeri ini,” ujarnya.

 Beliau menambah, demi kemaslahatan negeri dan rakyat negeri ini seluruhnya pula, Kerajaan Selangor sekarang melaksanakan dasar “Merakyatkan Ekonomi Selangor” yang mengandungi pelbagai program kebajikan bagi membantu rakyat majmuk pelbagai peringkat agar dapat sama-sama menikmati hasil pembangunan dan kemajuan negeri ini.

 Menurutnya, melalui dasar itu, beliauk dan barisan kepemimpinan di peringkat negeri, daerah, mukim dan kampung bersependapat bahawa hasil bumi negeri Selangor ini adalah milik rakyat Sultan Selangor.
 Oleh itu, katanya limpahan daripada hasil pembangunan dan kemajuan negeri ini sewajarnya dikembalikan kepada seluruh rakyat negeri Selangor supaya sama-sama menikmatinya.

 Katanya, dengan penduduk negeri berjumlah 5.3 juta orang yang terdiri daripada Melayu sekitar 49 peratus; Cina sekitar 29 peratus, India sekitar 16 peratus, dan keturunan lain sekitar 6 peratus, mereka tanpa mengira kelainan bahasa, agama, latar belakang pendidikan dan kecondongan politik, adalah layak menerima bantuan menurut program dan skim yang ditawarkan oleh kerajaan negeri sejak Jun 2008, sejajar dengan misi menjadikan Selangor sebuah negeri idaman, maju dan berkebajikan.

 Beliau berkata, sejak dasar itu diperkenalkan 100 hari selepas menerajui pentadbiran Negeri Selangor hinggalah Jun 2011; sejumlah RM500 juta telah disalurkan terus kepada rakyat Selangor.

 Selain itu, katanya Skim Air Percuma 20 meter padu berjumlah melebihi RM387 juta, Skim Tabung Warisan (RM1.8 juta), Hadiah Anak Masuk Universiti (RM19 juta), Skim Usia Emas dan OKU (RM49 juta) dan Skim Mikro Kredit Luar Bandar dan Kemiskinan Bandar yang kini melebihi RM2 juta dan berbagai-bagai bantuan kemasyarakatan yang akan diberikan secara berterusan.
 Dalam bidang pelaburan pula, beliau bersyukur kerana negeri Selangor terus didatangi oleh para pelabur dari dalam dan dari luar negara.
 Katanya, sejak Januari hingga 30 Jun tahun 2011 ini sahaja jumlah pelaburan negeri Selangor bernilai sebanyak RM5,200 juta iaitu 18 peratus dari keseluruhan pelaburan di dalam negara.

 Beliau menambah, pelaburan tersebut terdiri dari pelaburan domestik sejumlah RM2,100 juta dan pelaburan asing berjumlah RM3,100 juta.
 “Ini bermakna Selangor berada di tempat teratas dalam keseluruhan pelaburan di dalam negara,” katanya.

 Menurutnya, dari jumlah RM5,200 juta pelaburan tersebut terdapat sebanyak 135 projek yang terdiri dari 89 projek baharu dan selebihnya 46 projek sedia ada.
 “Hal ini menjadikan Selangor jauh meninggalkan negeri-negeri lain yang kebanyakannya mempunyai tidak lebih dari 50 projek,” katanya lagi.
 Jelasnya, melalui pelaburan RM5,200 juta di atas Selangor telah berjaya membuka ruang pekerjaan sebanyak 10,000 pekerjaan yang kebanyakannya di dalam bidang elektronik dan elektrikal produk.

 “Selangor berbangga menjadi penyumbang terbesar cukai dalam negara iaitu sebanyak 21 peratus pada 2010 dan kita menjangkakan jumlah yang sama dapat kita unjurkan pada tahun ini jika tidak jumlah yang lebih besar,” katanya.

 Rakyat Selangor juga, kata beliau menikmati hasil dari pengurusan hasil pasir yang kini dijalankan secara tersusun kerajaan negeri melalui anak syarikat kerajaan negeri; Kumpulan Semesta Sdn Bhd di mana peningkatan hasil pasir amat ketara sekali.

 Katanya, pada tahun 2007, kutipan royalti hasil pasir hanya RM4 juta, 2009 sejumlah RM 5 juta dan pada 2010 melonjak kepada RM11 juta.
 Menurutnya lagi, manakala pada tahun ini setakat bulan Jun telah mencapai kepada RM12 juta.
 “Sejak ditubuhkan hingga setakat Jun 2011, Kumpulan Semesta telah berjaya mengumpul keuntungan berjumlah hampir RM50 juta,” katanya.
 Harakahdaily

Wednesday 21 September 2011

PM SUAMI ISTERI PENGECUT MASUK MAHKAMAH

Najib, Rosmah mohon ketepi sepina jadi saksi

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor memfailkan permohonan untuk mengketepikan sepina yang mengkehendaki mereka untuk tampil sebagai saksi pembelaan pada perbicaraan liwat yang membabitkan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang berlangsung.

NONEPermohonan difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sekitar jam 3.30 petang oleh empat peguam kanan yang mewakili mereka.

Salehuddin Saidin (kiri), antara empat peguam yang bertindak bagi pihak Najib dan Rosmah mengesahkan permohonan telah difailkan tetapi enggan memberikan butiran lanjut.

"Cukup setakat ini bagi dikatakan bahawa kami telah failkan permohonan untuk mengketepikan sepina bagi pihakDatuk Seri Najib dan isterinya,” katanya kepada wartawan.

Apabila diasak wartawan untuk butiran lanjut, Salehuddin berkata beliau hanya boleh mendedahkan maklumat sebaik salinan permohonan itu daripada Mahkamah Tinggi dan telah diserahkan kepada peguambela Anwar.

Salehuddin, yang merupakan bekas timbalan pendakwa raya juga memberitahu timbalan pendaftar Mahkamah Tinggi telah menetapkan esok bagi semua pihak hadir di mahkamah bagi menentukan tariikh bagi mendengar permohonan itu.

Pada 8 Ogos lalu, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah yang sedang mendengar kes itu, membenarkan permohonan Anwar untuk menyoal 71 saksi yang ditawarkan oleh pihak pendakwaan termasuk Najib dan Rosmah, untuk dijadikan saksi pembelaan.

Anwar, 64, menghadapi pertuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26, di Kondominium Desa Damansara di sini antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.
Dicatat oleh geroboksepatu

Wednesday 14 September 2011

JOM SOLAT HAJAT BANTAH FITNAH KE ATAS MASJID ASSALAM !

JOM SOLAT HAJAT BERAMAI BANTAH FITNAH PADA JUMAAT 16 SEPTEMBER 2011 INI
Semua ahli PAS khususnya dan Ahli Pakatan Rakyat yang beragama Islam khasnya JOM turun ke Masjid AsSalam Jumaat 16 September ini untuk melakukan solat Jumaat dan selepas itu solat hajat memohon Allah Tolak Fitnah dan binasakan tohmahan yang tak berkesudahan
itu.
Selepas solat hajat kita turun beramai-ramai berkumpul di Balai Polis Bukit Sentosa bagi membuat laporan bagi menolak laporan fitnah UMNO minggu lepas.

Bagi ahli Pakatan Rakyat yang bukan beragama Islam dialu-alukan penyertaan dengan berkumpul di Balai Polis Bukit Sentosa lebihkurang antara jam 2.30 ptg hingga 3.30 ptg.

Monday 12 September 2011

LESEN F USAHA SELANGOR PAKATAN RAKYAT

Selangor Keluarkan Sendiri Lesen Kontraktor Kelas F

SHAH ALAM 12 SEPTEMBER : Kerajaan negeri Selangor akan memperkenalkan klasifikasi kontraktornya sendiri dan mengeluarkan lesen Kelas F bagi bagi kedua-dua bumiputera dan bukan bumiputera.

Tindakan itu, menurut ahli exco kerajaan negeri Dr Xavier Jayakumar, sebagai usaha memberi peluang sama rata dan lebih menyeluruh kepada semua syarikat-syarikat kontarktor.

“Sekarang di Selangor akan ada lesen Kelas F untuk semua kontraktor. Saya telah mencadangkan perkara ini pada mesyuarat exco tertutup,” katanya.

Menurut beliau, walaupun proses melaksanakan perkara itu menghadapi rintangan, keputusanitu dibuat supaya sekurang-kurangnya di Selangor, “kontrak adalah untuk semua”.

Jayakumar berkata demikian ketika sesi forum yang dianjurkan oleh Persatuan Perniagaan India Malaysia (MIBA), yang bertujuan mengumpulkan ahli politik daripada pihak kerajaan mahupun pembangkang, ahli akademik, masyarakat sivil dan ahli perniagaan. Forum ini adalah untuk mendapatkan pandangan mereka mengenai ‘pertempuran memenangi hati dan undi masyarakat India’.

Perkara lesen Kelas F itu dibangkitkan oleh seorang peserta yang ingin tahu peluang sesebuah syarikat yang dimiliki oleh orang Cina atau India boleh membida untuk projek-projek kerajaan.

Dengan langkah itu, katanya, lebih banyak syarikat boleh membida bagi mendapatkan kontrak kerajaan negeri.

Beberapa projek besar, katanya, telah pun ditenderkan oleh kerajaan negeri Selangor. Antaranya, projek pemuliharaan Sungai Klang dan skim perumahaan dan pembangunan bandar campuran di Tanjung Dua Belas, Bukit Beruntung dan Ijok.

-Malaysiakini-

Friday 2 September 2011

PERUTUSAN MB SELANGOR

Perutusan Hari Kemerdekaan ke-54 Oleh Menteri Besar Selangor
Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim.

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera.

1) Saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan kepada seluruh rakyat Malaysia. Tahun ini rakyat Malaysia menyambut ulangtahun kemerdekaan yang ke-54 sejak Pemahsyoran Kemerdekaan dibacakan dan laungan Merdeka oleh Y.M Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada tahun 1957 di Stadium Merdeka.

2) Dalam permahsyoran berkenaan dijelaskan bahawa negara kita mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen. Ia juga menekankan kepentingan rakyat bersatu padu dengan prinsip kebebasan dan keadilan.

3) Setelah 54 tahun Merdeka, banyak isu muncul dalam kehidupan bernegara di Malaysia dan ia menuntut kematangan pemikiran dan sikap kita semua untuk menanganinya dengan hemah dan terbuka. Peluang untuk mentadbir sendiri negara yang tercinta ini perlulah dilakukan dengan cara terbaik. Kita perlu mengukuhkan iltizam memerangi rasuah, kezaliman, salah guna kuasa dan kelemahan urus tadbir yang ada.

4) Sesungguhnya kemerdekaan yang dikecapi bukanlah tanpa prinsip dan idea pendorong. Justeru, sempena sambutan kemerdekaan tahun ini marilah kita bersama menghayati semangat dan inti permahsyoran ini dalam mendorong kemajuan negara, di mana hak setiap warganegara berdasarkan prinsip kebebasan tadi terus dipelihara.

5) Kerajaan negeri Selangor akan sedaya upaya memastikan semangat Pemahsyoran ini sentiasa didokong dalam urus tadbir kerajaan dan semasa menangani pelbagai isu yang berlaku dari semasa ke semasa. Marilah kita seluruh warga negara Malaysia, khususnya di Selangor, menghayati semangat permahsyoran ini agar kehidupan bernegara dan bermasyarakat dapat berlangsung secara berprinsip dan boleh dibanggakan.

6) Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-54. Sambutlah ia dengan penuh rasa syukur dan keinsafan. Semoga kita semua akan menjadi warganegara yang merdeka dengan pengertian sebenar.

Sekian, terima kasih.