Wednesday 27 July 2011

KAYA BIDANG TERJUN KERALA INDIA

Komando India telah mengepung kuil Hindu zaman pertengahan
di selatan India  selepas menemui syiling emas dan batu permata
bernilai berbilion  dolar di bilik kebal kuil tersebut. Menurut Ketua
Menteri Kerala,  Oommen Chandy, kira-kira 100 orang polis bersenjata
 mengawal Kuil Sree Padmanabhaswamy di ibu negeri
 Kerala, di sini."Harta bernilai 500 bilion rupee (RM33.6 billion) itu
 akan disimpan di kuil tersebut dan polis Kerala mengambil alih
 kawalan keselamatan daripada kakitangan kuil", katanya.Sejumlah
 besar barang kemas dan duit syiling daripada emas dan perak,
 serta batu permata ditemui apabila lima bilik kebal dibuka minggu lepas,
dan bilik kebal keenam dijadual dibuka hari ini.Bekas
hakim Mahkamah Tinggi Kerala, C.S. Rajan menganggarkan nilai
harta karun itu boleh mencecah satu trilion rupee
 (RM66 bilion). Rajan menganggotai sebuah panel tujuh ahli
 yang dilantik oleh  Mahkamah Agung India untuk memantau
pentaksiran harta tersebut.Jelas beliau, bilik kebal ketujuh
berdinding besi akan  dibuka hanya selepas mendapat arahan
 baru daripada Mahkamah Agung.
Kuil itu dibina ratusan tahun silam oleh Raja Travancore dan
 sumbangan oleh penganut Hindu disimpan di dalam tujuh bilik
 kebalnya sejak itu.

Monday 25 July 2011

DASAR SELANGOR YANG PRIHATIN ORANG MISKIN

"Perang melawan negara adalah untuk mengubah peta; perang terhadap kemiskinan adalah untuk memeta perubahan" - Muhammad Ali

Dasar pembasmian kemiskinan dan kerajaan prihatin yang digariskan sering samar kerana nampak bertindih. Usaha pembasmian kemiskinan dan kerajaan perihatin fokus kepada isu perumahan untuk orang miskin, penjanaan pendapatan, pendidikan dan kesihatan. Usaha ini diselaraskan bagi membantu mereka yang memerlukan dengan sasaran jangka panjang memastikan mereka dapat berdikari.

Pencapaian Utama

1. Pembinaan dan pemulihan semula rumah terbengkalai.

Rumah terbengkalai di Selangor memberi masalah kerana penduduk akan tinggal di kawasan yang buruk. Kerajaan negeri Selangor komited membina dan memulihkan semula rumah tidak siap ini untuk meningkatkan persekitaran hidup kerana pemilik tanah tidak mampu memperbaikinya. Bantuan telah diberikan untuk ini bagi semua kaum di 9 kawasan di Selangor.

2008
132 rumah dibina semula (RM 3.182 million)
154 rumah dipulihkan (RM 907,500)
2009
133 rumah dibina semula
146 rumah dipulihkan

2. Poverty blueprint

Dasar untuk inisiatif Pelan Kemiskinan adalah untuk meningkatkan pendapatan peniaga termiskin. Kerajaan negeri Selangor membuat keputusan untuk meningkatkan pendapatan isi rumah bagi garis kemiskinan (PLI) kepada RM1500 kerana ia memberi petunjuk lebih realistik untuk kemiskinan. Sehingga kini, anggaran sekitar 30% penduduk Selangor termasuk dalam kategori miskin. Bagi program, kriteria pilihan adalah sangat ketat dan mesti melalui proses temuduga sebelum lawatan lapangan oleh para pegawai. Bantuan hanya diberikan dalam bentuk peralatan dan kemudahan. Inisiatif ini tidak melibatkan bantuan kewangan.

2008 Pemohon 353
Terpilih 197

2009 Pemohon 2148
Terpilih 345

3. Bantuan Kesihatan

Subsidi bagi Rawatan Haemodalisis untuk pesakit buah pinggang
Pada tahun 2009, kerajaan negeri Selangor memulakan program di mana pesakit terpilih di kalangan golongan miskin (berasaskan garis kemiskinan RM1500 ke bawah) diberi RM60 untuk setiap kali rawatan dialisis. Bagaimanapun, untuk tahun 2010, bantuan haemodalisis ditukar kepada pemberian subsidi one-off sebanyak RM2000. Ini membolehkan lebih ramai rakyat menerima bantuan.

Pembedahan katarak

Kerajaan negeri Selangor membuat program inisiatif untuk membayar kanta intraocular bagi pembedahan katarak. Asas kepada dasar ini ialah kerana ramai pesakit dari kalangan golongan miskin mengelak untuk membuat pembedahan katarak kerana tidak mampu membayar kanta yang kosnya sekitar RM400-RM600, meskipun pembedahan tersebut percuma di hospital awam.

Pembedahan kecil

Pembedahan kecil yang kosnya di bawah RM2,000 diberikan subsidi kepada pesakit terpilih di kalangan golongan miskin. Bagaimanapun, jika kosnya melebihi RM2,000, bantuan hanya setakat RM2,000.

Derma peralatan sakit

Kerajaan negeri menderma 1 mesin dialisis berharga RM50,000 kepada Persatuan Haemodialisis di Klang. 20 kerusi roda dan topang didermakan kepada individu yang memerlukan dengan kerjasama kerajaan negeri dan Kelab Rotary. Kerajaan negeri juga menyediakan bantuan kepada kanak-kanak yang memerlukan kerusi roda khas berharga RM2,000 hingga RM5,000 setiap satu.

4. Kajian yang dijalankan

Merdeka Center for Opinion Research (Merdeka Center), sebuah agensi penyelidikan pendapat awam, diberikan tugas untuk membuat kajian latar belakang kewangan 600 petani di Tanjong Karang, Sabak Bernam. Keputusan kajian ini akan didapati pada tahun ini.

5. Latihan

Kerajaan negeri Selangor dengan kerjasama Persatuan Peniaga India Malaysia (MIBA) menganjurkan seminar sehari sebanyak 4 siri secara percuma kepada peniaga yang berminat dengan usaha niaga.

Latihan kemahiran untuk 50 pelajar pada 2008 dan 2009 di Kolej Antarabangsa INPENS.

6. Bantuan kewangan kepada NGO

Bantuan kewangan diberikan kepada badan bukan kerajaan (NGO) seperti Persatuan Parkinson Malaysia, Hospice Klang, Sekolah Khas Klang, Persatuan Dyslexia, Yayasan Kiwanis, Persatuan Kanak-Kanak Cacat Akal Selangor & Wilayah Persekutuan (sekadar beberapa nama).

7. Bantuan Individu

Hamper makanan


Hamper makanan yang mengandungi bahan asas seperti Milo, Kopi, Gula, Susu dan Minyak diberikan pada kadar berterusan. Sehingga kini, secara rasminya sebanyak 2,500 hamper telah diberikan.

Semasa sambutan 100 hari Pakatan Rakyat di Selangor pada tahun 2008, sebanyak 39,200 beg yang mengandungi beras 5kg, tin susu dan gula diedarkan di seluruh DUN di Selangor. Setiap DUN menerima 700 beg mengandungi 5kg beras, 1400 tin susu dan 700 pek gula.

Program Balik ke Sekolah


Pada tahun 2008, 700 BATA voucher kasut bernilai RM20 setiap satu diagihkan di 56 DUN. Pada tahun 2009, 39,200 beg sekolah diberikan kepada semua DUN (700 bagi setiap DUN).

UPSR & PMR

Skim Bantuan UPSR & PMR 2009 adalah sebuah program yang dirancang untuk membantu pelajar miskin yang menduduki peperiksaan. Khususnya, pelajar sekolah rendah di darjah 6 dan pelajar sekolah menengah di Tingkatan 3 dipilih untuk program ini. Setiap DUN memilih 50 pelajar UPSR untuk menerima RM90 seorang dan 50 pelajar PMR menerima RM 120 seorang.

Aktiviti dirancang bagi 2010

Kerajaan negeri Selangor terus memandang ke depan untuk membuat inisiatif baru bagi Dasar Pembasmian Kemiskinan. Aktiviti akan datang termasuk:

1. Kajian lanjut

Kajian "Miskin Kota" di Taman Sentosa, Klang telah dimulakan oleh Merdeka Center.


2. Latihan Kemahiran bagi Wanita Miskin

Sebuah pusat dengan 10 mesin menjahit dibeli kerajaan negeri telah diwujudkan di Tanjong Karang. Wanita digalakkan belajar menjahit dengan yuran minima.

Latihan Kemahiran untuk Pelajar (yang berhenti sekolah) di Kolej Antarabangsa INPENS.

Program Pendaftaran Kad Pengenalan (IC) & Surat Beranak (BC)

RM80,000 diperuntukkan untuk inisiatif ini. Ini termasuk pengambilan staf sepenuh masa dan menyediakan pejabat di Majlis Perbandaran Klang.

Sunday 24 July 2011

BAUCER RM100 PAKATAN RAKYAT BUAT MATA DS NAJIB TAK BERKEDIP


SHAH ALAM 23 JULAI  : Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menempelak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang merendah-rendahkan usaha kerajaan negeri Pakatan Rakyat berjimat cermat demi memastikan hasil mahsul negeri dapat dinikmati oleh seluruh rakyat Selangor.

Sebaliknya, Najib kata beliau harus sedar betapa duit berbilion ringgit yang kononnya disumbangkan kerajaan persekutuan kepada rakyat selama ini sememangnya hak mereka hasil daripada cukai yang dipungut kerajaan pusat.

“Semua yang diberikan oleh kerajaan persekutuan (adalah) dari cukai rakyat. (Tetapi) yang kita berikan adalah daripada hasil pasir yang kita lakukan daripada perlombongan pasir dan untungnya kita kembalikan kepada rakyat.

“Kalau kerajaan persekutuan nak bagi kepada rakyat, berilah kepada rakyat. Buat apa saya nak halang, berikan sahajalah. Itu memang hak rakyat,"katanya selepas menghadiri Majlis Konvensyen Pengurusan Masjid dan Penyerahan Sumbangan Moreh Bulan Ramadhan, di sini, hari ini. 

Najib semalam berkata, kerajaan Pakatan Rakyat di negeri tertentu heboh dengan pemberian RM100 kepada rakyat.

Katanya, kerajaan pimpinannya telah memperuntukkan berbilion ringgit kepada rakyat namun tidak menguar-uarkannya seperti kerajaan Pakatan Rakyat.

"Mereka sebelah sana, itulah sikapnya. Beri RM100 sudah riuh sekampung. Kerajaan Barisan Nasional sudah beri berbilion ringgit kepada rakyat tapi pihak sana pukul gendang lebih kuat,"Najib dipetik sebagai berkata.

Namun menurut Khalid, kerajaan Pakatan Rakyat mempunyai cara dan strategi tersendiri untuk bersama-sama membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat yang semakin meningkat mutakhir ini.

“Cara yang kita lakukan adalah terus kepada rakyat. Kita ada senarai nama mereka yang berusia 60 tahun ke atas dan layak,” katanya.

Sejak Mac 2008, kerajaan negeri Selangor di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat memperkenalkan program ‘Merakyatkan Ekonomi Selangor ‘(MES).

Terbaru, program ‘Jom Shopping’ yang dilancarkan kerajaan negeri menyaksikan baucer bernilai RM100 diberikan kepada warga emas yang berusia 60 tahun ke atas untuk membeli belah.

Sebanyak RM5 juta hingga RM10 juta diperuntukkan untuk program ini yang diperolehi daripada keuntungan perlombongan pasir yang dilakukan oleh Kumpulan Semesta Sdn Bhd, KSSB.

Khalid menjelaskan, berdasarkan pengalaman beliau mengendalikan beberapa institusi sebelum ini mendapati penggunaan orang tengah merupakan antara punca berlakunya ketirisan dalam menyalurkan sumbangan yang diberikan.

“Tetapi cara yang dibuat dalam pengurusan yang lepas dan sebagai orang yang mempunyai pengalaman dalam menguruskan banyak institusi, saya dapati ialah apa yang disumbangkan mesti melalui orang tengah.

“Maknanya kalau ingin beri, berikan kepada cawangan atau bahagian Umno, selepas itu baru turun kepada peringkat bawah. Itu adalah cara berlakunya ketirisan. Ada pula tauke yang ambil sedikit dan tidak sampai terus kepada rakyat.

“Jadi kalau betul-betul Perdana Menteri hendak buat, buat macam apa yang kerajaan negeri Selangor buat, terus kepada rakyat. Jangan ada ketirisan,” katanya.

Antara Program MES lain adalah Skim Mesra Usia Emas (SMUE), Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) dan Skim Pinjaman Mikrokredit Miskin Bandar (MiMBAR).
<object width="640" height="390"><param name="movie" value="http://www.youtube.com/v/6szyRKxdapM&hl=en_US&feature=player_embedded&version=3"></param><param name="allowFullScreen" value="true"></param><param name="allowScriptAccess" value="always"></param><embed src="http://www.youtube.com/v/6szyRKxdapM&hl=en_US&feature=player_embedded&version=3" type="application/x-shockwave-flash" allowfullscreen="true" allowScriptAccess="always" width="640" height="390"></embed></object>

Friday 15 July 2011

TSUNAMI HIJAU DITERUSKAN DI FELDA SOEHARTO WALAU YDP KAWASAN HULU SELANGOR MENGHADAPI PELBAGAI RINTANGAN

Insyallah dengan iltizam dan azam Yang DiPertua PAS Kawasan Hulu Selangor ini bersama pengalaman beliau dari IT mencerahkan lagi misi menawan pengundi FELDA.
Walaupun Hulu Selangor terlalu luas namun gerakkerja terus dilakukakn dengan lawatan demi lawatan serta pejumpaan dengan ajk cawangan dan pengundi bersama Penyelaras DUN Hulu Bernam Tuan Hj Syukur.
Pemergian Allahyarham Cikgu Radzi Pakar PilihanRaya menemui Illahi tidak kita kesali kerana memang tunangan hidup. Kita yang hidup akan teruskan perjuangan beliau.
Allahyarham Cikgu Radzi amat dikenali dipelusuk Negeri Selangor terutama Hulu Selangor ini kerana jasanya.
Pesanan dari YDP PAS Kawasan Hulu Selangor Tuan Hj Muhammad Idris Bin Ahmad Salam semua pejuang PAS Hulu Selangor. Jom turun ke FELDA Soeharto 17 Julai Ahad ini dan pastikan satu cawangan satu kereta isinya sekurang-kurang 5 orang.
Pastikan perjuangan Allahyarham Cikgu Radzi diteruskan.

Program lain seperti berikut :-
15 Julai Ada Kuliah Maghrib di Markaz Gedangsa oleh Ustaz Shahbuddin .
16 Julai PASTI Taqwa - Lepas Isyak Ustaz Idris bin Ahmad


SAMA-SAMA KITA MANAFAATKANNYA

Wednesday 13 July 2011

LALUAN LAKSA ATAU LKSA(LEBUHRAYA KEMUNING- SHAH ALAM) MULA ESOK

Laluan LKSA Dibuka Sepenuhnya Esok
Thursday, 14 July 2011 | Ruangan: Berita

SHAH ALAM 14 JULAI - Projek Lintasan Shah Alam Sdn Bhd (PLSASB) pengendali Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA) memaklumkan laluan di Kilometer(KM) 6.4 hingga KM 6.1 dari arah pusat bandaraya Shah Alam menghala Seri Muda dan Alam Impian akan dibuka sepenuhnya untuk kegunaan pengguna bermula jam 6 pagi, esok.

PLSASB dalam kenyataannya berkata, serentak dengan itu laluan dari Bulatan Selangor juga akan dibuka kepada lalu lintas.

“Pembukaan semula laluan itu ialah berikutan kerja-kerja pembaikan paip air yang telah selesai,” menurut kenyataan itu.

PLSASB memohon maaf di atas sebarang kesulitan yang dihadapi dan maklumat terkini boleh didapati dengan menghubungi talian bebas tol 1-300-88-2801.

ORANG KUAT PAKATAN RAKYAT DI MASJID ASSALAM BUKIT SENTOSA

Alhamdulillah ramai pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat Hulu Selangor berkumpul di Masjid AsSalam Bukit Sentosa di Majlis Lawatan Sultan Selangor dan Majlis Perasmian Masjid AsSalam pada 8 Julai 2011 yang lalu.






Tuesday 12 July 2011

USUL TERGEMPAR !

Bersih 2.0: Adun Pakatan kemuka usul tergempar
Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 12 Julai: Adun Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad hari ini membawa usul tergempar di bawah Peraturan Tetap 17(1) DUN Selangor agar dewan menyatakan pendirian berhubung tindakan polis terhadap kempen Bersih 2.0.

Usul itu berbunyi
Bahawasanya Dewan yang mulia ini menyatakan pendirian terhadap Kerajaan Persekutuan dan Polis Di Raja Malaysia untuk:

(i) Menghentikan segala tangkapan dan halangan kepada kempen Gabungan Menuntut Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) 2.0 di Selangor malah di seluruh negara;

dan Kerajaan Negeri seterusnya:-

(ii) Mempertahankan hak rakyat untuk menggunakan kemudahan-kemudahan Kerajaan Negeri, badan-badan berkanun Negeri, syarikat-syarikat berkaitan Kerajaan Negeri dan pihak berkuasa tempatan tanpa halangan
polis atau mana-mana pihak selari dengan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.

Dalam hujahnya beliau berkata, pada 9 Julai 2011, Bersih telah mengadakan perhimpunan aman bagi mempertahankan prinsip demokrasi yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Mereka katanya juga telah pun menjunjung kasih di atas titah Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong telah menasihatkan Bersih dan pihak Kerajaan Persekutuan untuk menjcari jalan penyelesaian untuk semua.

"Justeru Bersih bersatu mengadakan perhimpunan di Stadium Merdeka. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri turut menawarkan stadium sekiranya bersih sanggup bertolak ansur.

"Namun YAB Perdana Menteri telah mungkir janji. Permit turut ditolak pihak Polis. Polis turut mengadakan sekatan jalan raya semata-mata untuk menyusahkan rakyat dan menggagalkan perhimpunan Bersih.

Penangkapan itu ujarnya bukan sahaja terhadap aktivis Bersih malah termasuk anggota parti politik berdaftar seolah-olah mereka penjenayah manakala baju-baju kuning turut dirampas.

Namun akhirnya terbukti suara rakyat suara keramat dimana rakyat Malaysia pelbagai kaum dan latar belakang, tua dan muda tetap turun berduyun-duyun bukan sahaja di Malaysia malah seluruh dunia bagi menyatakan solidariti terhadap perjuangan menuntut demokrasi.

Di sebelah malam pada 9 Julai itu pula menurutnya dalam program di Kelana Jaya, Polis telah mengadakan sekatan jalan dan mengepung Kompleks PKNS.

"Walaupun saya cuba berunding, permintaan saya ditolak dan program tersebut terpaksa dibuat di Pusat Khidmat saya.

"Memandangkan ini melibatkan hak asasi manusia dan konsep Demokrasi Berperlembagaan, perkara ini hendaklah disegerakan selepas tindakan Kerajaan Persekutuan dan Polis Di Raja Malaysia yang telah mengina kedudukan Kerajaan Negeri dan lebih penting lagi merupakan pelanggaran kepada Perlembagaan Persekutuan," katanya.

Monday 11 July 2011

DAPAT ANUGERAH ANTARABANGSA WALAU DIANAKTIRI NEGARA SENDIRI


Kartunis Zunar terima anugerah antarabangsa
Kartunis kontroversi Zulkiflee SM Anwar Ulhaque atau lebih dikenali sebagai
Zunar dianugerahkan penghormatan antarabangsa ekoran kritikan sinisnya
terhadap perjalan politik di negara ini.
Beliau menerima anugerah dalam bidang kartun editorial di daripada Jaringan
Antarabangsa Hak Kartunis (CRNI) yang berpengkalan di Amerika Syarikat pada
7 Julai lalu.
Anugerah itu disampaikan dalam majlis tahunan di St Petersburg, Florida oleh
Presiden CRNI Joel Pett.
NONESementara itu, Pengarah CRNI Dr Robert Russell dalam ucapannya berkata
cara Zunar menangani "penapisan yang tidak sah" menjadi pedoman bahawa semua
orang boleh mempertahankan kebebasan bersuara dan mengekalkannya.
"Satu pengajaran yang kita dapat dari pemenang anugerah tahun ini ialah
kebebasan bersuara di sebahagian besar tempat di dunia ini terpaksa
diperolehi dengan membayar harga yang mahal," katanya.
Zunar mendapat perhatian CRNI apabila beliau dan Malaysiakini memfailkan
saman terhadap Kementerin Dalam Negeri ekoran pengharaman dua bukunya 1Funny
Malaysia dan Perak Darul Kartun.
Menurut CRNI, ketabahan dan ketahanan Zunar menghadapi tekanan, menggunakan
strategi kreatif dan keberanian melawan kekuasan melayakkan beliau menerima
anugerah itu.
Antara yang hadir menyaksikan acara itu termasuklah pemenang Anugerah
Pulitzer dalam kartun editorial seperti Daryl Cagle, Dick Locher, Clay
Bannet, Ben Sergeant, Mark Fiore, Mike Keefe, Ed Stein dan Rob Rogers.
Pemenang-pemenang sebelum ini antaranya kartunis Iran Mana Neyestani (2010),
kartunis Mexico Mario Robles (2009), dan kartunis Palestin Baha Boukhari
(2008).
CRNI mewakili lebih 600 kartunis di seluruh dunia dengan 21 kerjasama dengan
negara membangun di Eropah, Asia, Afrika dan Amerika Latin.MalaysiaKini

Saturday 9 July 2011

ALHAMDULILLAH PRESIDEN PAS DIBEBASKAN !

Pengerusi BERSIH 2.0, Datuk S Ambiga dan presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dibebaskan petang ini selepas memberi kenyataan di Ibupejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.

Bercakap selepas dibebaskan pada jam 6.30 petang tadi


, Ambiga mengucap syabas kepada rakyat Malaysia yang keluar beramai-ramai menyertai perarakan BERSIH hari ini.

Beliau adalah antara tujuh orang yang terawal yang ditahan di IPK KL, yang telah dibebaskan.

SAH UMNO-APCO TAKUT DENGAN PAKATAN RAKYAT!!

TAKBIR!!!

JALAN PULANG

Saturday 2 July 2011

FELDA TERUS TERBELA TERMASUK GENERASI KEDUA


BERITA BAIK UNTUK PENEROKA FELDA DAN GENERASI KEDUA
Lawatan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim ke Hulu Selangor pada 1hb Julai 2011 Jumaat telah berakhir. Lawatan singkat MB ke Gugusan Felda telah meninggalkan senyuman dan pengharapan kepada peneroka-peneroka Felda dan Generasi Ke 2 di sini khususnya Felda Sg Tengi. Hamba sempat merakamkan ucapan MB yang begitu berhati-hati tetapi menampakkan sikap seorang Pemimpin yang tidak mahu hanya sekadar bercakap omongan kosong dan meninggalkan rakyat dengan janji palsu. MB Khalid bukan pemimpin NATO (No Action Talk Only) tapi beliau LTAB (Less Talk Action Banyak). Ini baru salah seorang pemimpin yang dikeluarkan dari kilang Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat sarat dengan pemimpin-pemimpin yang sedia berkorban untuk kepentingan rakyat jelatanya. Masa untuk berubah.


http://hasbiirabbii.blogspot.com/

Friday 1 July 2011

ALHAMDULILLAH ! MB SELANGOR TURUN KE HULU BERNAM

Hari ini 1 Julai 2011 MB Selangor yang kita sayangi akan turun ke Kuala Kubu baru dan bersolat Jummat di Hulu Bernam.
Dialog Rakyat di Batang Kali sangat penting bagi rakyat Hulu Selangor pad jam 2 - 5 petang.

FELDA Sg. Tengi yang diketuai Wak Selamat beruntung bila MB akan bersama di majlis Jamuan Rakyat di sini.Paginya penduduk Sg. Tengi dan ahli-ahli PAS dan Pakatan Rakyat bergotong-royong melapah 2 ekor lembu untuk jamuan tersebut.
Dan selepas itu acara terakhir selepas 9 malam ialah di Serendah iaitu acara pidato umum.