Wednesday 31 August 2011

TOKOH BAHASA MELAYU & PENGERUSI PPSMI MENINGGAL DUNIA !

Dari Allah beliau dan kita datang dan kepada Allah beliau dan kita akan menemuiNya.
Semoga roh Allahyarham Hassan akan dicucuri rahmat dan dimassukkan bersama orang yang beriman.

Pemergian Dr Hassan Ahmad : Negara Hilang Tokoh Bahasa Berpengalaman Luas

Wednesday, 31 August 2011 |
KUALA LUMPUR, 31 OGOS : Pengerusi Yayasan Karyawan dan bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Datuk Dr Hassan Ahmad yang meninggal dunia hari ini adalah tokoh berpengalaman luas dalam pelbagai aspek penerbitan buku, penyelidikan, pengurusan, serta perancangan bahasa dan sastera.
Ini bermakna negara hari ini kehilangan seorang tokoh bahasa yang disegani dalam membina dan mengembangkan bahasa dan sastera selepas dilantik sebagaiketua pentadbir institusi itu.
Berkat kesungguhan dan kegigihannya, serta pengalaman luas dalam lapangan penyelidikan, Allahyarham muncul sebagai pentadbir yang cukup berkemampuan dalam pengembangan dan perancangan bahasa serta sastera.
Allahyarham Hassan, 74, yang meninggal dunia selepas mengadu sakit perut pada pukul 2 petang ini di kediamannya di Petaling Jaya di sini, meninggalkanbalu Datin Hamimi Mohamad Shariff, 68, serta dua anak perempuan Aida dan Hasmirawati.
Hassan memulakan kerjaya dalam perkhidmatan awam sebagai Penolong Pegawai Daerah di Pontian, Johor pada 1962, namun meninggalkan bidang itu dan menyertai DBP sebagai Pegawai Penyelidik pada 1963.
Sepanjang 13 tahun di DBP,  beliau naik setakuk demi setakuk iaitu dari pengawai penyelidik kepada ketua bahagian penyelidikan, pemangku pengarah,pengarah dan akhirnya ketua pengarah.
Sepanjang tempoh itu, Allahyarham  berjaya memperkemas dan menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa yang moden dan saintifik serta berupaya menerbitkan bahan-bahan bacaan dalam bahasa Melayu.
Beliau bukan sahaja menumpukan terhadap lapangan perancangan bahasa dan sastera, penerbitan dan kemajuan serta pengurusan dan pemasaran buku, malah jugadalam bidang terjemahan.
Anak sulung daripada lapan beradik yang dilahirkan dalam keluarga bekaspegawai polis itu menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Mersing (1942-1943) dan Sekolah Melayu Muar (1945-1948).
Selepas itu, anak kelahiran Muar, Johor tersebut melanjutkan pelajaran di Sekolah Tinggi Muar sehingga lulus peperiksaan Sijil Persekolahan pada 1955.
Beliau kemudian diterima belajar di Maktab Melayu Kuala Kangsar dan lulusSijil Tinggi Pelajaran (1957) sebelum melanjutkan pengajian di Universiti Malaya dan memperoleh ijazah Sarjana Muda Sastera pada 1959. Selepas menamatkan pengajiannya di universiti, beliau menjadi Penolong Pegawai Daerah Pontian pada 1962.
Sumber : Bernama

Wednesday 24 August 2011

MUNAJAT PERDANA PRKT HULU SELANGOR DI GESIR TENGAH



7mlm- 10 mlm Berbuka Puasa(Iftar), Solat Maghrib, Isyak, Tarawekh dan perasmian Dr Kuizm Ustaz Idris.


PROGRAM MUNAJAT PERDANA
Tarikh : 26 Ogos 2011 Jumaat
Masa : 9.45 mlm - 5.50 pagi
Tempat : Muassasah Darul Shariff , Jempol, N.Sembilan

Objektif :
- Mengumpul kekuatan rohani di kalangan petugas PAS untuk menghadapi PRU 13.
- Munajat dengan Allah SWT supaya Allah memberi kekuatan kepada petugas PAS.
- Memohon kepada Allah memberi hidayah kepada rakyat Malaysia untuk menerima perjuangan Islam.

Peserta :
Pimpinan PAS di semua peringkat, ahli PAS, penyokong PAS, orang ramai semua dijemput hadir.

Tentatif Program
09.00-09.45 PM Solat Tarawih
09.45-09.50 PM Ucapan Pesuruhjaya Negeri-Negeril/WP (Tidak Live)
10.00-10.10 PM Ucapan Pengarah Program Untuk Mempengerusikan Majlis
(Live daripada Taman Melewar)
10.10-10.40 PM Ucapan YB Dato Haji Harun Taib (Live daripada Masjid Rusila)
10.40-11.20 PM Ucapan YB Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (Live daripada Rusila)
11.20-12.00 PM Ucapan YAB Dato Tuan Guru Haji Nik Aziz Nik Mat (Live daripada Kota Bahru).
03.00 -05.50 AM Munajat di negeri masing-masing

Tuesday 23 August 2011

AGENDA PR MERAKYATKAN RAKYAT MEMANG BERKAT !



Dato’ Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim melahirkan rasa terima kasih beliau kepada semua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) atas usaha dan kerjasama mereka membangunkan negeri Selangor.
Rasa terima kasih itu dilahirkan berikutan kejayaan mereka melaksanakan agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) yang diperkenalkan Pakatan Rakyat (PR).
Abdul Khalid dalam ucapannya turut menyeru Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) turut bersama-sama dalam membangunkan ekonomi Selangor.

“Kita mahu rakyat menganggap Selangor sebagai kediaman yang bukan hanya sebagai tempat tinggal tetapi sebagai tempat berlindung untuk mereka.“Dalam masa yang sama kita juga perlukan rakyat bersama-sama membangunkan diri kerana pembangunan bermula daripada rakyat,” katanya dalam ucaptama
Retreat Exco Selangor 2009 di Hotel Holiday Villa, di sini, malam tadi.
Dato’ Menteri Besar berkata, setelah setahun PR bersama Selangor, sudah tiba masanya mereka melaksanakan apa yang dirancangkan selama ini dalam meningkatkan ekonomi negeri selaras dengan dasar kerajaan membangunkan negara.
“Walaupun kita tidak semewah Barisan Nasional (BN), namun walau memerlukan masa yang panjang, kita akan cuba sehingga mencapai ke tahap yang diinginkan. Sebagai contoh masalah setinggan. Walaupun begitu sukar untuk diselesaikan, kita bersedia untuk menangani satu persatu,” katanya.

Beliau berharap dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu, tidak akan ada sebarang masalah kepada mereka untuk berfikir, merancang dan bergerak bersama untuk membangunkan ekonomi Selangor dengan lebih baik. - MURIZA ABDUL HAMID

Friday 5 August 2011

BONUS TAKDER MASALAH, JANJI BAGI NAJIB ADA FAEDAH ?

Bonus kakitangan awam petunjuk pilihan raya umum
Pentadbiran Najib berdepan satu cabaran dan peluang baharu apabila Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menuntut bonus dua bulan menjelang Aidilfitri tidak lama lagi, isu yang berpotensi besar untuk dikait dengan politik.

Menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 nanti, isu bonus kakitangan awam yang melibatkan lebih 1 juta orang memberi impak yang besar kepada sentimen sokongan terhadap pemerintah.

Rakyat Malaysia mengalami kos hidup yang semakin meningkat ekoran peningkatan harga pelbagai barangan keperluan sejak kebelakangan ini, sehingga kos hidup dijadkan salah satu bidang keberhasilan utama nasional oleh pentadbiran Najib.

Kakitangan awam yang sejak kebelakangan ini tidak menikmati bonus sekali lagi melahirkan harapan untuk menerima ganjaran tersebut, ekoran tuntutan terbaharu Cuepacs, yang segera mendapat reaksi daripada pelbagai pihak.

Isu pemberian bonus juga semakin diperkatakan selepas Felda mengumumkan pemberian hadiah wang tunai kepada setiap peneroka sempena hari raya sebanyak RM400, tindakan yang dilihat untuk mengambil hati peneroka.

Felda berdepan kempen negatif daripada pakatan pembangkang, diketuai Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan yang lebih dikenali sebagai Anak pimpinan aktivis PAS, Mazlan Aliman.

Felda meningkatkan kempen penerangan yang turut melibatkan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak kebelakangan ini apabila kempen Anak kelihatan semakin menerima respons positif peneroka.

Sebelum ini, perhatian kepada guru turut mencetuskan persaingan antara pemerintah dengan gabungan pembangkang, dengan Pakatan Rakyat menjanjikan ganjaran sekiranya mengambil alih pemerintahan pusat dan kerajaan memberi ganjaran untuk mengatasi janji pembangkang.

Keputusan sama ada bonus diberikan, dan jumlah ganjaran yang bakal diputuskan Putrajaya nanti dijangka mengundang reaksi segera dan meluas yang berpotensi memberi kesan kepada populariti kerajaan Barisan Nasional pimpinan Najib, sesuatu yang akan dilihat dalam keputusan Pilihan Raya Umum ke-13.

Pentadbiran Najib dijangka mengambil kira dengan serius pemberian bonus ekoran implikasi politik yang besar tindakan ini, yang bakal menjadi pemberian terakhir sebelum Pilihan Raya Umum ke-13.

Pelbagai pihak termasuk penyokong pemerintah kini turut mendesak pemberian bonus, ketika rakyat berdepan tekanan peningkatan kos hidup dan terutama pada musim perayaan Hari Raya Aidilfitri.

Cuepacs juga menegaskan pemberian bonus dan bukan pemberian-pemberian lain seperti sebelum ini, yang jumlahnya jauh kurang berbanding bonus seperti yang dituntut.

Isu gaji, kos sara hidup melibatkan harga perkhidmatan, tenaga dan bahan keperluan seperti makanan dan petrol menjadi kempen utama pakatan pembangkang sejak Pilihan Raya Umum ke-12, dan dijangka akan terus menguji pemerintah dalam Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

Saiz perkhidmatan awam negara yang besar dan menelan perbelanjaan banyak menjadi satu isu yang kompleks ekoran pelbagai implikasi yang mampu dicetuskan.

Perkhidmatan awam menerima kritikan sebagai tidak memenuhi potensi dari segi kecekapan dan turut mencetuskan sentimen kaum ekoran sebahagian besar kakitangan awam ialah orang Melayu.

Kerajaan Malaysia sendiri mempunyai jumlah menteri kabinet yang ramai berbanding aktiviti dan jumlah rakyat negara ini. Sebagai contoh, dalam bidang pendidikan, selain Kementerian Pelajaran, diwujudkan juga Kementerian Pengajian Tinggi, di samping pelbagai portfolio yang kelihatan tidak jelas dan tidak diletakkan di bawah kementerian yang sewajarnya.

Wednesday 3 August 2011

KERAJAAN BN JANGAN MALU NAK TIRU !

SHAH ALAM 3 OGOS: Pakatan Rakyat mencadangkan agar kerajaan persekutuan mencontohi pendekatan ekonomi yang dilaksanakan di Selangor dan Pulau Pinang sekiranya berhasrat mengurangkan defisit belanjawan negara.
Mengambil contoh negeri Selangor, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, negeri itu tidak mencatatkan sebarang defisit berikutan jumlah hutang yang berjaya dikurangkan selain membelanjakan keuntungan yang diperoleh daripada syarikat-syarikat kerajaan negeri.
Abdul Khalid yang ditemui pada sidang media di bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah semalam menyifatkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Najib Razak telah mula mencontohi corak perbelanjaan yang digunapakai negeri Selangor.
Namun beliau menasihati agar perbelanjaan diuruskan dengan cara lebih berhemah selain mengurangkan penggunaan wang pembayar cukai.
Beliau mengulangi kejayaan negeri itu memungut semula keuntungan daripada operasi pasir yang mencatatkan keuntungan sehingga RM40 juta setahun.
Manakala 25 peratus hasil tersebut menurut Abdul Khalid  diperuntukkan pada satu program warga emas dengan harapan dapat memberi kelebihan dalam bentuk kewangan kepada golongan itu.
“Saya lihat kerajaan persekutuan telah mula meniru sesuatu perkara yang sama. Tapi saya mahu minta kerajaan pusat jangan gunakan duit daripada pembayar cukai. Cari syarikat-syarikat yang untung dan buat program ini.
“Jadi tidak perlu membebankan lagi sebab belanjawan kerajaan persekutuan sangat tinggi defisitnya,” katanya selepas menghadiri rundingan ekonomi Buku Jingga bersama Penasihat Ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim di sini semalam.
Abdul Khalid yang juga ADUN Ijok mengungkap kejayaan negeri mencatat lebihan RM200 juta setahun berdasarkan tata kelola yang baik selain menguruskan perbelanjaan mengikut keperluan.
Ini termasuk dana-dana yang dikutip daripada hutang tidak berbayar pemerintahan Umno-Barisan Nasional (B) terdahulu untuk disalurkan kepada skim-skim yang diperkenalkan.
Katanya perkara tersebut secara tidak langsung memberi peluang kepada rakyat merasai sebahagian daripada keuntungan hasil negeri dalam bentuk fizikal.
Kerajaan Najib sebelum ini mensasarkan hasrat mengurankan defisit belanjawan negara kepada 2.8 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang 2015.
Namun kontradik dengan hasrat itu Anwar yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat dalam kenyataannya sebelum ini membayangkan rakyat terpaksa membayar 30 peratus lebih daripada harga kos setiap jenis makanan jika dibandingkan dengan tahun 2005 pada akhir tahun ini.
Unjuran tersebut dicongak berdasarkan lonjakan kadar harga makanan bagi empat bulan pertama tahun 2011 iaitu 4.9 peratus.
Sedangkan menurut beliau purata kenaikan upah negara hanya mencecah 2.6 peratus dari tahun 2001 hingga 2010.
Buat julung kalinya Pakatan Rakyat akan membentangkan cadangan Belanjawan 2012 pada Oktober nanti untuk memberi ruang kepada rakyat membandingkannya dengan pendekatan kerajaan Najib Razak.

Monday 1 August 2011

SUNAMI HIJAU AKTIVITI MENDEKATKAN PR DENGAN RAKYAT 31/7/2011 !


 Gerakkerja Sunami Hijau diteruskan di Gesir dan Kg Serigala dengan memberi sumbangan persediaan Ramadhan. Sdr Salleh RI nampaknya tersangat sibuk menyelaras penghantaran barangan sumbangan tersebut.