Monday 24 October 2011

AUDIT NEGARA PATUT TENTUKAN ANTARA PENYELEWENGAN DENGAN BELANJA BERLEBIHAN

“Semakan audit mendapati tiada bukti JTLM telah membuat kajian pasaran sewajarnya. “Bagaimanapun, pihak JTLM mempunyai anggaran harga pasaran yang tidak dapat dikenal pasti asas perkiraannya. “Analisis Audit mendapati perbezaan harga ketara antara 177 peratus hingga 2,805 peratus terhadap kadar harga yang ditetapkan dalam kontrak berbanding anggaran harga pasaran,” kata laporan audit yang dikeluarkan oleh Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang.

Di antara pembelian tidak masuk akal yang dibuat JTLM itu adalah dua teropong pandangan malam (night vision) yang berharga cuma RM1,940 dan RM2,827 setiap satu, tetapi dibeli secara kontrak pada harga RM56,350 setiap unit.

Perbezaan harga sebanyak RM54,410 dan RM53,523 itu adalah pembaziran sebanyak 2,805 peratus dan 1,893 peratus berbanding harga pasaran. Manakala harga komputer riba Acer Aspire 3935 yang sepatutnya berharga RM3,428 pada harga pasaran dibeli dengan harga RM11,845.

Perbezaan harga sebanyak RM8,417 itu adalah 246 peratus lebih tinggi berbanding harga asal. Selain itu, pemain LCD dan TV LCD dibeli dengan harga RM16,100 berbanding harga pasaran iaitu sekitar RM2,182 sahaja. Sementara peralatan walkie talkie pula dibeli pada harga RM4,324 sedangkan harga pasaran hanyalah RM1,561 bagi setiap unit./kd

Tuesday 18 October 2011

HIMPUN TANPA PAS !

KUALA LUMPUR, 18 Okt: PAS yang mengadakan mesyuarat lajnah politik pada semalam tadi telah membincangkan isu Himpunan Sejuta Umat (Himpun) Mempertahankan Aqidah yang dijadualkan pada 22 Oktober 2011 ini.

"PAS dimaklumkan bahawa majlis ini tidak melibatkan parti-parti politik, maka PAS mengambil pendirian untuk tidak terlibat dalam himpunan tersebut sebagai menghormati kehendak penganjur program," ujar Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (gambar) dalam satu kenyataan selepas mesyuarat itu, sebentar tadi.

Berikut kenyataan penuh beliau.

PAS yang mengadakan mesyuarat lajnah politik pada malam ini telah membincangkan isu Himpunan Sejuta Umat (Himpun) Mempertahankan Aqidah yang dijadualkan pada 22hb Oktober 2011 ini. PAS dimaklumkan bahawa majlis ini tidak melibatkan parti-parti politik, maka PAS mengambil pendirian untuk tidak terlibat dalam himpunan tersebut sebagai menghormati kehendak penganjur program.

PAS memperingatkan semua pihak yang terlibat dalam penganjuran himpunan ini agar bertindak selaras dengan peruntukan undang-undang negara, dalam menjamin keharmonian negara yang berbilang bangsa dan agama. Sebarang usaha untuk menimbulkan polemik perkauman dan agama akan membawa negara kepada satu suasana yang tidak menguntungkan mana-mana pihak. PAS memandang berat sebarang usaha mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan untuk kepentingan politik dan pilihan raya.

Agenda menyelamatkan aqidah merupakan agenda murni tetapi ianya mesti diurus dengan cara berhemah. PAS menyokong segala usaha memantapkan aqidah oleh badan-badan NGO dan pelbagai pihak bagi memperkasakan aqidah umat Islam.

PAS mengambil pendirian bahawa pengukuhan aqidah umat Islam hendaklah dilaksanakan menerusi jalan dakwah secara damai sebagaimana Islam telah diterima oleh masyarakat rantau ini secara damai.

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS

Sunday 16 October 2011

ABDUL HADI ADALAH ORANG PERTAMA !

Oleh : Afix Redzuan

BATU ARANG 17 Oktober: Pekan Warisan Batu Arang, Rawang bakal menjadi satu lagi pusat pelancongan untuk negeri Selangor tidak lama lagi.

Pernah dikenali sebagai Bukit Emas Mini, namun kini Batu Arang dilihat sebagai satu kawasan terpinggir disebalik pembangunan pesat di Selangor namun hakikatnya menyimpan pelbagai sejarah lampau yang tidak diketahui umum.

Arang Batu di Batu Arang, Selangor mempunyai nilai komersil yang tinggi untuk diusahakan selain di Enggor, Perak. Suatu ketika dahulu terdapat kerja-kerja perlombongan yang terpaksa dilakukan sehingga tiga shif tanpa henti oleh 5,000 orang pekerja.

Perkembangan Pekan Warisan ini banyak bergantung kepada inisiatif Syarikat Malayan Collieries Ltd yang ditubuhkan pada Jun 1913 oleh John Archibald Russel.



Mengikut sejarah, pada tahun 1908, Haji Abdul Hadi dari Rantau Panjang Batang Berjuntai merupakan orang pertama yang menemui arang batu di sini. Pada tahun 1910, Sekretariat Persekutuan telah mengarahkan J.B Searveno membuat kaji selidik mengenai penemuan ini

Selama hampir 47 tahun beroperasi, pengeluaran arang batu oleh Malayan Collieries Ltd dari tahun 1915 hingga 1960 berjumlah 15,566,143 tan metrik dengan keuntungan bernilai RM 163,345,181.

Pada tahun 1936, satu pertubuhan pekerja yang digelar sebagai ‘Soviet’ telah ditubuhkan untuk menuntut dan menjaga hak-hak pekerja lombong arang batu.

Cuti am hari pekerja yang jatuh pada 1 Mei setiap tahun mula diperkenalkan pada tahun 1950 untuk pekerja lombong arang batu manakala pelaksanaan di negara ini bermula pada tahun 1972.

Namun mogok buruh pertama yang berlaku di Batu Arang pada tahun 1935 atas pengaruh Marxist Lenis.

J.A Russel meninggal pada tahun 1933 ketika berusia 50 tahun. Pada tahun 1960, lombong arang ini tidak lagi beroperasi kerana arang batu mula berkurangan dan tidak lagi ekonomik untuk dihasilkan.

Mengikut sejarah penduduk setempat, nama ‘Batu Arang’ diambil bersempena mineral hasil bumi yakni Arang Batu.

Bagi Ahli Jawatan Kuasa Kemajuan Kampung Batu Arang, Nor Arzmy Abd Aziz, 45 menyatakan, Jawatankuasa Batu Arang melalui Setiausaha JKK, Rafi Yeop dan semua ahli mula mencadangkan pembangunan semula warisan sejarah ini pada tahun 2009 kepada kerajaan negeri sejak pengambilalihan pemerintahan Selangor di bawah Pakatan Rakyat.

“Saya melihat tidak mustahil Batu Arang dapat dibangunkan sebagai satu tempat pelancongan dan pendidikan kepada pelajar. Terdapat pelbagai kemudahan yang sedia ada di sekitar kawasan ini seperti Lebuhraya Kuala Lumpur – Kuala Selangor (LATAR). Cuma penambahbaikkan tempat-tempat bersejarah sahaja perlu diberikan penekanan,” katanya.
Jelas beliau lagi, pembangunan kawasan ini sekaligus dapat mengisi masa golongan muda di sini dengan aktiviti riadah yang bermanfaat ditambah banyak pembangunan elit telah berlangsung rancak seperti di Kota Puteri.

Beliau juga menolak kemungkinan kawasan ini akan kembali menjadi pusat galian arang batu seperti dahulu memandangkan terdapat banyak perkara yang mungkin boleh mengakibatkan struktur bangunan asal akan terjejas.

Di sini juga pernah menempatkan Jabatan Penerbangan sebagai isyarat awal trafik sebelum kapal terbang mendarat di Subang. Selain itu terdapat balai polis, pengangkutan kereta api yang dikendalikan oleh masyarakat Gurkha.

Menurut Shanmuga Nathan, 35, kawasan ini memiliki potensi tinggi untuk dibangunkan sebagai suatu pusat pelancongan yang mampu menarik kunjungan pelancong.

Kawasan ini memiliki lebih 10 terowong bawah tanah dan tempat saluran udara (Air Shaft) yang membekalkan udara kepada pekerja dalam terowong dengan kedalaman 1,000 kaki bawah tanah. Setakat ini 6 buah terowong sudah dikenalpasti.

“Selepas penutupan lombong arang batu, saya tidak melihat sebarang bentuk pembangunan yang dibuat di sini. Saya berharap selepas ini akan ada peluang-peluang pembangunan untuk kita majukan kawasan ini,” katanya.

Bagi ganerasi ketiga di Batu Arang, Shanmugam Mariapan, 50 berkata, beliau masih teringat ketika kecil beliau bermain di kawasan perlombongan arang batu yang menggunakan kereta api sebagai kenderaan pengangkutan utama.

“Dahulu ada kereta api yang menggunakan arang. Saya dan rakan-rakan bermain di belakangnya. Dulu kawasan ini sangat cantik, banyak pokok-pokok dan rumah banglo. Masa itu, masyarakat Melayu yang tinggal di sini sangat sedikit. Tapi selepas British pergi, kawasan ini tidak dijaga. Rumah banyak dipecahkan,” katanya.

Sementara itu, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam ucapan perasmian karnival 100 tahun Pekan Warisan Batu Arang menyatakan tempat warisan seperti ini perlu dikekalkan agar menjadi pusat pelancongan sekaligus dapat meningkatkan taraf ekonomi masyarakat setempat.

Ujar beliau, Jabatan Pelancongan Pegeri perlu bersedia untuk membangunkan semula Pekan Warisan Batu Arang memandangkan lokasi seperti ini sesuai untuk dijadikan sebagai kawasan penyelidikan dan kajian untuk pembelajaran ganerasi akan datang supaya mereka mengetahui Batu Arang merupakan salah satu kawasan bersejarah di negeri ini.

“Saya merasakan jabatan pelancongan negeri Selangor boleh melihat kawasan ini sebagai satu tempat lawatan pelajaran untuk anak-anak muda,” katanya.

Friday 14 October 2011

PGU GANU HEBAK !

PGU Ke-3, 'Klimaks' sasar 100K
http://buletinonline.net/images/stories/berita46/pcpgu100k%20021.jpgKULA TERENGGANU - Badan Perhubungan PAS Terengganu akan menganjurkan Himpunan Kebangkitan Rakyat; PAS Ganti Umno (PGU) Kali Ke-3, yang di sifatkan sebagi PGU 'klimaks' menjelang pilihanraya umum ke-13

Menurut Pengarah PGU Kali Ke-3, Ustaz Satiful Bhri Mamat, dua PGU lalu yang diadakan di Chukai dan di Jerteh, mendapat sambutan hangat dari seluruh rakyat negeri Terengganu.

"Kita Badn Perhubungan PAS negeri Terengganu akan mengadakan PGU kali yang ke-3 dan kita anggap ini merupakan PGU 'klimaks' yang kita menjangkakan (dapat) menghimpunkan 100,000 rakyat Terengganu menghadiri(nya),

"kita telah adakan (PGU) yang pertama di Chukai dan yang kedua di Jerteh, sepanjang dua program lalu, sambutan rakyat bersama PAS untuk menggantikan Umno (memerintah negeri Terengganu) amat menggalakkan,"ujarnya kepada pihak media selepas mesyuarat induk program tersebut di Kuala Ibai, Khamis 21 April.

Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu berkata, PGU kali ke-3 yang diadakan di kawasan tengah melibatkan empat tuan rumah iaitu, (PAS Kawasan) Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu dan Marang.

PGU kali ini juga, katanya, akan melibatkan semua kaum termasuk bukan Islam dengan salah satu agendanya adalah Pelancaran Dewan Himpunan Penyokong PAS peringkat negeri Terengganu yang akan dirasmikan oleh Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Turut hadir dalam sidang media tersebut adalah Setiausaha Panitia Induk PGU Kali Ke-3, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah
Posted by Media Informasi Terkini a

Tuesday 11 October 2011

INI SEMUA ADA MAKNA NI ? JANGAN KAITKAN PRU13 ?

Laporan polis hilang sijil lahir, pasport, geran dan lesen memandu dimansuh

Orang ramai tidak perlu lagi membuat laporan polis bagi sebarang penggantian berhubung kehilangan dan kerosakan sijil kelahiran, pasport Malaysia, sijil perkahwinan, sijil akademik, perakuan pendaftaran kenderaan dan lesen memandu serta geran tanah.

Perkara itu terkandung dalam Pekeliling Am Bilangan 3 Tahun 2011 yang dikeluarkan Jabatan Perdana Menteri pada 29 September lalu.

Dipetik Bernama Online, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan (gambar) berkata kerajaan membuat keputusan berhubung pemansuhan keperluan mengemukakan laporan polis itu pada mesyuarat Jawatankuasa Tetap Pengaduan Awam (JKTPA) Bilangan 2, 2011 pada 6 April lepas kerana ia sebenarnya merupakan amalan pentadbiran yang tidak diperuntukkan di bawah mana-mana undang-undang.

Beliau berkata pada 2010, sejumlah 2.8 juta laporan polis diterima, dengan 1.1 juta atau 40 peratus daripada jumlah itu termasuk dalam kategori ‘Rujuk Lain-Lain Agensi’.

“Ini menunjukkan sebahagian besar laporan polis yang dibuat tidak memerlukan tindakan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Perkara ini bukan sahaja menyusahkan orang awam, malah tidak melambangkan imej perkhidmatan awam yang cekap dan mesra pelanggan.

“Di pihak PDRM pula, amalan ini turut menyebabkan tambahan beban kerja dalam mengendalikan urusan pelaporan polis.

“Keperluan ini juga mengakibatkan peningkatan kos operasi PDRM di samping tidak memberi nilai tambah dalam penyampaian perkhidmatan PDRM,” katanya.

Berikutan pemansuhan itu, Mohd Sidek meminta semua agensi kerajaan mengenal pasti urusan yang memerlukan orang awam mengemukakan laporan polis kepada agensi kerajaan terbabit mengikut keperluan yang diperuntukkan dalam undang-undang.

Bagaimanapun, katanya, pekeliling itu tidak menghalang orang awam daripada membuat laporan polis, dan agensi kerajaan juga tidak boleh menghalang orang awam membuat laporan kepada PDRM. -TMI

Tuesday 4 October 2011

USTAZ MUHAMMAD PERLUKAN PERTOLONGAN ANDA SEMUA TAK KIRA KAUM

Assalamualaikum w.b.t

kepada sahabat-sahabat jemaah parti islam semalaysia, rakan-rakan sekerja, sahabat-sahabat alumnia PUO (ii), rakan-rakan didalam FB samada kenal ataupun saya tidak mengenali atau kepada sesiapa sahaja yang menerima email ini saya bagi pihak keluarga ini memohon bantuan untuk menghebahkan tentang kehilangan adik bongsu kami yang telah hilang sejak 5hb september 2011.Besar kemungkinan adik saya dibawa lari oleh seorang lelaki bernama hamidi berumur 21 tahun.

Pelbagai usaha yang telah dilakukan oleh pihak keluarga sejak dari kehilangan adik kami bermula 5sept 2011 yang lalu.bermula dari laporan polis, menjejaki dirumah kawan-kawannya, mencari sehingga ke seberang prai,penang.melakukan solat hajat dan bacaan yasin ,berjumpa dengan pelbagai pengamal rawatan islam dan telah memaklumkan berita kehilangan adik kami di TV3 & TV9. Saya juga telah berjumpa dengan pelbagai orang untuk memohon bantuan, otai-otai KL, brother-brother 2 yang baik sehinggalah yang pernah menyelesaikan kes ini.
sebagai seorang abang jauh disudut hati mempunyai persaaan kasih dan sayang kepada adik yang bongsu ini.Adik saya bukanlah jenis yang bersosial dan bermasalah.dia seorang yang rajin dan manja ( adik bongsu ) mungkin dia telah tertipu atau terpedaya dengan lelaki SETAN ini.

Walaupun apa tanggapan masyarakat yang perlu diselesaikan adalah mendapat adik kami yang hilang walau dalam keadaan apa sekalipun hidup ataupun mati.Sudah 3 minggu hilang tampa khabar berita.Pelbagai kemungkinan bermain didalam fikiran keluarga kami iaitu :-
1.adakah dia masih hidup atau mati
2.mungkin dia sedang dikurung didalam rumah/bilik/stor dsb
3.bagaimana dgn kesihatannya/pakaiannya/
4.adakah dia telah dijual atau digunakan untuk tujuan jahat
5.adakah dia telah mati ..dimana kuburnya?
6.atau adakah dia dalam keadaan selamat?

HANYA KEPADA ALLAH SWT KAMI BERSERAH!

Selepas berita tersebar didalam berita TV3& TV9 ..kami harap ada sedikit perkembangan positif terutamanya keluarga lelaki yang disyaki mengambil adik kami namun hampa ( saya difahamkan kedua ibubapanya telah tiada -tinggal adik beradik dia aje ).entahlah manusia nie ..asal usul keluargapun kami tidak tahu..

Oleh itu mohon kepada para sahabat-sahabat samada yang mengenali saya atau tidak tolonglah dengan pelbagai apa cara sekalipun (berdoa,forward email,nasihat,masukkan dalam FB ,solat hajat, qunut nazilah ) semoga ALLAH swt mengembalikan adik saya yang telah 3 minggu hilang.Semoga allah swt tetap akan membalas kebaikan yang ikhlas dari amal perbuatan sahabat yang saya amat-amat kasihi.

Hari ini pun saya insyallah bercadang untuk pergi ke pejabat harian metro untuk memasukkan berita kehilangan adik saya semoga allah memudahkan segala ujian yang berat ini.

Jazakallah khairon khasiro
Muhammad Bin Mustapha
019-3103454
Perumahan Widuri,
No 37 jalan 1B,
Bukit Beruntung
Rawang Selangor.