Tuesday 24 January 2012

TAHNIAH DR SHAAFEEI ADUN BANGI

Bertujuan Mendapat Restu Dari Perhubungan PAS Negeri Selangor
Shah Alam, 30 Safar 1433 = 24 Janauri 2012 (Selasa)

Hadir ke pertemuan antara Perhubungan Negeri dengan Ahli-Ahli Parlimen dan Adun-Adun Negeri Selangor (Mesyuarat Khas) di Pejabat Perhubungan Negeri pada malam ini kerana respond kepada jemputan, tetapi bagi Adun Bangi lebih dari itu, iaitu mempunyai beberapa tujuan:

1. Amanah yang diberi oleh Kerajaan Negeri Selangor yang diketuai oleh Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato` Seri Abdul Khalid Ibrahim dalam pengumumannya semasa perlantikan Y.B. Dr. Ahmad Yunus bin Hairi Adun Sijangkang dan mengangkat Sumpah Jawatan di hadapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Sharafuddin Idris Shah ibn Al-Marhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Sultan Negeri Selangor sebagai Exco Belia dan Sukan Serta Adat Dan Warisan Melayu. Dalam majlis itu diumumkan juga perlantikan antaranya melibatkan Adun Bangi sebagai Pengerusi Perbadanan Adat Melayu Dan Warisan Negeri Selangor (PADAT). Sudah tentulah perlatikan ini dirujuk dan mendapat persetujuan dari pihak PAS Pusat.

Terima kasih di atas amanah yang diberi dan kehadiran Adun Bangi ke pertemuan malam ini adalah sebagai memohon restu dari Perhubungan Negeri yang dipengerusikan oleh Pesuruhjaya Pas Negeri Selangor Y.B. Dr. Abd. Rani bin Osman.

2 Kehadiran Adun Bangi pada malam ini juga bagi mendapat penjelasan dan restu dari Perhubungan Negeri, bahawa Adun mempunyai amanah tugas sebagai Pembantu Exco Hal Ehwal Islam dan Adat Melayu Dan Warisan yang dilantik secara berwathiqah oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Selangor. Wathiqah bertarikh 30 Mei 2008. Adun Bangi telah merujuk kepada Setiausaha Politik kepada Y.A.B. Dato` Menteri Besar Selangor dan memaklumkan bahawa perlantikan tersebut adalah berterusan. Pada malam ini Adun dimaklumkan oleh Perhubungan Negeri bahawa amanah sebagai Pembantu Exco Hal Ehwal Islam itu berterusan yang kini di bawah Y.A.Berhormat Dato` Menteri Besar Selangor. Tetapi menurut maklumat itu bidang Infra-Stuktiur Dan Kemudahan Awam adalah dilantik orang lain. Dengan penjelasan itu Adun memaklumkan kepada Perhubungan Negeri bahawa Adun Bangi akan hadir bertugas di Pejabat Hal Ehwal Islam yang kini di bawah Y.A.B. Dato` Menteri Besar Selangor.

3. Kehadiran Adun Bangi pada malam ini juga ialah untuk bertemu mata dengan Y.B. Dr. Ahmad Yunus bin Hairi Adun Sijangkang yang kini dilantik sebagai Exco Belia Dan Sukan dan Adat Melayu Dan Warisan untuk mengucap tahniah kepadanya di atas perlatikan beliau sebagai Exco berkenaan. Y.B. Dr. Ahmad Yunus adalah sebagai Boss Adun Bangi yang baru, kerana bidang Adat Melayu dan Warisan terletak di bawahnya. Sebelum dari itu Hal Ehwal Agama dan Adat Melayu Dan Warisan terletak di bawah satu Exco di bawah Y.B.Dato` Dr. Hasan Ali. Y.B. Dr. Ahmad Yunus memang hadir pada malam ini, tetapi beliau seperti biasa bersifat low profile duduk di sudut belakang dalam pertemuan tersebut. Adun Bangi mengambil kesempatan menemuinya mengucap tahniah di atas perlantikannya sebagai Exco dan berbincang secara ringkat mengenai tarikh untuk turun bersama ke PADAT (Perbadanan Adat Melayu Dan Warisan Negeri Selangor yang Adun Bangi diamanah menjadi Pengerusinya (Di Bangunan Muzium Negeri Selangor) bagi mendapat taklimat dan memulakan tugas.

Semua tugas yang diamanahkan kepada Adun Bangi, bukanlah sesuatu yang baru, kerana kedua-dua tugas ini juga diamanahkan kepada Adun Bangi, sebagai Pembantu Exco Hal Ehwal Islam, Adat Melayu Dan Warisan. Cuma selepas perlatikan Y.B. Dr. Ahmad Yunus bidang Adat Melayu dan Warisan ini terletak di bawah Exco Belia dan Sukan di samping Adat Melayu Dan Warisan. Cuma kali ini Adun Bangi diberi tugas khas sebagai Pengerusi kepada PADAT (Perbadanan Adat Melayu Dan Warisan Negeri Selangor). Ini bererti Adun Bangi berada di bawah dua Exco.

Dengan perlantikan ini bererti Adun mendukung amanah di dalam tiga bidang utama, iaitu sebagai Adun Bangi, Pembantu Exco Hal Ehwal Islam di bawah Y.A.B. Dato` Menteri Besar Selangor dan Selaku Pengerusi PADAT. Kesemuanya menuntut komitmen yang tinggi dari Adun, tetapi ketiga-tiga bidang adalah kecintaan Adun, sebagai wakil kepada penduduk Bangi yang amat dekat dengan hati Adun, kerana kepercayaan dan amanah yang diberi, Selaku Pembantu Exco Agama yang bidang ini menjadi keutamaan di dalam pendidikan yang dilalui Adun sebagai pelajar Sekolah Agama Menengah (Sekolah Arab Thanawi), menjadi Guru Agama di Sekolah Arab selama 7 tahun dan apabila di universiti dari Ijazah Pertama, Sarjana dan Doktor Falsafah tidak lari dari bidang keislaman, manakala bidang ketiga iaitu (PADAT) yang berhubung dengan budaya adalah sebahagian besar dari pengajian Adun yang berhubung dengan bahasa, kesusasteraan dan kebudayaan Melayu. Jadi ketiga-tiga bidang adalah bidang Adun dan kecintaan Adun, di atas rasa kecintaan di samping tugas, Adun bahagikan kecintaan, tugas dan komitmen Adun secara saksama dan maksimum insya Allah.

Sekian.

Wednesday 18 January 2012

ALHAMDULILLAH BEKAS MENTERI DAH SEDAR, MUDAHAN SEGERA JADI BEKAS UMNO

Kadir Syeikh Fadil Dimarah Gara-gara Dedahkan Sistem Beli Undi Dalam UMNO
Kadiaq - Jangan jadi duri dalam daging!
Kadir Shiekh Fadil merupakan bekas menteri dalam kerajaan BN pada satu ketika dulu.

Dalam kenyataan beliau, UMNO telah mengamalkan siatem beli undi yang dinamakan BOM.

Beliau juga menyatakan di Australia dan di Amerika pertukaran kerajaan adalah perkara biasa.

Saya nak ingatkan kepada beliau agar jangan jadi duri dalam daging dalam UMNO. Saya nasihatkan beliau untuk cermin diri dan jangan mencemuh UMNO yang sekian lama kamu dokongi sebagai pejuang UMNO.

Jangan ingat kita tak tahu apa perancangan Amanah diwujudkan dan kenapa kamu mengambil pemimpin BN yang pencen untuk duduk dalam ngo anda.

Kalau saya yang kurang pengalaman dalam UMNO pun boleh bezakan apa akibat tukar kerajaan sekiranya nak dibandingkan dengan Austtalia ataupun US mana nak letak muka kamu sebagai so call pejuang UMNO.

Sudahlah, kalau kita sudah tidak mahu bersama dengan perjuangan Dato Seri Najib, kamu istiharlah keluar UMNO, be a gentleman, mari kita berdepan secara terang dan jangan seperti seorang penakut yang berlawan secara tak nampak.
http://razlans.blogspot.com/

Tuesday 17 January 2012

BERSEDIA SEMARAK HIJAU DI HULU BERNAM, HULU SELANGOR!

SEMARAK HIJAU DUN HULU BERNAM PDF Cetak E-mail

Program yang dicadangkan akan berlangsung selama 2 hari bermula 4 hingga 5 Februari 2012 yang padat dengan pelbagai aktiviti untuk mendekati masyarakat di DUN Hulu Bernam. Antara aktiviti yang akan dijalankan termasuk kerja-kerja membaiki rumah, membersihkan kawasan /premis perniagaan, menaikkan signboard, ziarah, hi-tea, pertandingan sukan/permainan, ceramah, qiamulaill. Bertepatan dengan itu Sambutan MaulidurRasul akan turut diselaraskan dengan aktiviti perarakan, sumbangan kebajikan, seminar keibubapaa dan banyak lagi. Tunggulah harinya dan ramai-ramai kita penuhi undangan aktiviti-aktiviti yang akan diadakan.
Ditulis oleh PAS Hulu Selangor
Jumaat, 13 Januari 2012 23:13

Tuesday 10 January 2012

INGATAN SERIUS PADA PENEROKA FELDA !

Pilih Pakatan dapat tanah, Terpilih BN ‘tergadai' tanah.

BANDAR JENGKA, 11 Jan: Para peneroka diberi pilihan sama ada memilih
Pakatan Rakyat yang akan mendapat tanah, atau BN yang menyerahkan tanah
Felda Plantation untuk penyenaraian saham yang berisiko tergadai kepada
pihak lain.

Pengerusi Persatuan Anak Peneroka (Anak) Negeri Pahang, Yohanis Ahmad,
memberi bandingan demikian kerana tawaran PR seperti terkandung dalam
‘Buku Jingga’ tanah Felda Plantation akan diagihkan kepada anak-anak
peneroka dan golongan lain yang layak.
Tambahnya, sedangkan mencagarkan tanah untuk ‘permainan’ saham boleh
menyebabkan tanah tersebut terlepas kepada pihak asing yang akan menguasai
melalui pemilikan saham.

“Betul ada pemimpin yang menjanjikan durian runtuh apabila Felda melalui
anak syarikatnya mahu disenaraikan di Bursa Kuala Lumpur, tetapi hakikat
bermain saham ini bukan saja boleh untung besar tetapi juga boleh rugi
besar.

“Kalau kita hilang lori mungkin boleh cari ganti, kalau hilang kedai
sekalipun boleh beli lain tapi kalau hilang tanah sudah tentu tidak mudah
untuk ditebus balik. Mungkin pemimpin yang menjanjikan keuntungan
semata-mata tidak beritahu bahawa pemilikan saham boleh menyebabkan
penjajahan baru.

“Kita bukan bercakap kosong cuba tengok apa jadi dengan syarikat Guthrie,
IOI dan Golden Hope apabila disenarai di bursa saham. Begitu juga saham
anak-anak syarikat kerajaan negeri.

“Sebab itu kita tengok di Thailand apabila bekas perdana menterinya
Thaksin Shinawatra menjual saham telekomunikasi negara itu, rakyat bangkit
dan memberontak. Itu saham telekomunikasi, ini pula tanah Felda Plantation
seluas 360,000 ekar yang mahu dicagar,” katanya.

Yohanis berucap demikian dalam majlis Dialog dan Minum Petang Bersama
Peneroka di Jengka 19, kelmarin.
Beliau mengulas tindakan kerajaan negeri memanjangkan pajakan 99 tahun
tanah Felda Plantation dan usaha melupuskan aset Koperasi Permodalan Felda
(KPF) kepada Felda Global Ventures Holding (FGVH) yang mahu disenaraikan
dalam Bursa Malaysia.
“Sebab itu kita seru pihak kerajaan, daripada nak ambil untung bermain
salam cagarlah benda lain tapi jangan tanah. Daripada tanah seluas itu
terlepas kepada puak kapitalis atau pelabur asing, baiklah diagih kepada
anak-anak peneroka untuk diusahakan,” katanya.
Beliau yang juga Pengarah Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia
(Juham) PAS Pahang berkata, sebenarnya dasar Allahyarham Tun Razak dulu
ialah memberikan tanah kepada orang Melayu sebab itu apabila dibuka saja
Tanah Rancangan Felda akan diisi dengan peneroka.
Tambah Yohanis, tanah Felda Plantation juga pada asalnya mahu diisi dengan
peneroka dan 10,000 orang telah ditemuduga. Tetapi pada waktu Tun Dr
Mahathir menjadi Perdana Menteri tanah tersebut telah diusahakan syarikat

oleh Felda melalui dasar penswastaan.
“Sebab itu teori kita mudah iaitu Umno nak jual tanah sedangkan PAS nak
bagi tanah jadi pilihlah mana satu yang dihajati dalam pilihan raya akan
datang.

“Ini penting difahami oleh semua supaya tindakan kita semua tidak
menjahanamkan masa depan anak cucu kita pada masa akan datang,” ujarnya.
Khairil Abdul Rahim,

Sunday 8 January 2012

DIBEBASKAN ATAS TUDUHAN YANG TIDAK PATUT DIBAWA KE MAHKAMAH !

Keputusan mahkamah bukti Putrajaya perlu hentikan politik kotor terhadap Anwar, kata HRW

KUALA LUMPUR, 9 Jan — Putrajaya perlu berhenti menggunakan “politik kotor” terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim seteleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepaskan beliau, membuktikan kes liwat itu tidak sepatutnya dibawa ke mahkamah, kata Pemerhati Hak Asasi,

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Zabidin Diah hari ini memutuskan Anwar, Ketua Umum PKR dan Ahli Parlimen Permatang Pauh tidak bersalah atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan tiga tahun lalu.

Mohd Zabidin membuat keputusan itu atas alasan tiada keterangan yang menyokong keterangan Mohd Saiful.

“Anwar telah dibebaskan atas tuduhan yang dikenakan terhadapnya, sesuatu yang tidak sepatutnya dibawa ke mahkamah.

“Semoga keputusan ini memberi satu mesej kepada kerajaan untuk menghentikan perkara ini,” kata Timbalan Pengarah Pemerhati Hak Asasi Manusia Wilayah Asia, Phil Robertson di dalam satu kenyataan hari ini.

Semasa mengumumkan keputusan itu, Mohd Zabidin berkata pihak pendakwaan gagal membuktikan Anwar telah meliwat Mohd Saiful.

“Mahkamah tidak boleh memastikan sama ada sampel DNA telah diusik.

“Oleh itu tertuduh dibebaskan,” katanya.

Keputusan itu diraikan keluarga Anwar dan penyokong parti itu.

Berikutan keputusan itu, dijangkakan sokongan terhadap Anwar dan Pakatan Rakyat akan meningkat.

Ini pertuduhan liwat kedua yang dihadapi Anwar. Pada 2000, beliau didakwa meliwat pemandu Azizan Abu Bakar.

Anwar disabitkan kesalahan dan dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun oleh Makkamah Tinggi, tetapi empat tahun kemudian Mahkamah Persekutuan menolak sabitan itu dan mengetepikan hukuman penjara. -TMI

Thursday 5 January 2012

PAK SAMAD DAN WAK SELAMAT

PAK SAMAD DI SG TENGI "BUDAYAWAN BERSAMA RAKYAT"
23hb Disember Ahad yang lalu di Sg Tengi. Para Karyawan, Seniman dan Budayawan membanjiri Dataran Felda Sg Tengi. Walaupun hujan turun tidak henti-henti program anjuran ANAK Kebangsaan ini berjalan mengikut jadual. Bermula dengan sepetang bersama Pak Samad, Dialog Seniman, Deklamasi Sajak, Ghazal dan pelbagai aktiviti seni yang lain. Antara Seniman yang turun selain Pak Samad adalah Dinsman, Termizi Mat Jam, Hj Shukor Haron, Rosni Jentayu dan lain-lain lagi.

Luahan rasa hati dan perasaan yang lahir dari diri yang ikhlas dan suci bakal menusuk hati para pendengar dan mampu melakukan transformasi diri.
Dipos oleh hasbirabbi pada 7:25 AM


Monday 2 January 2012

DULU BAHAYA MUMMY, KINI DUMMY

Awas pengundi hantu melalui sistem database dummy SPR
Pilihanraya umum sudah pasti tahun ini cuma bulan berapa sahaja kita tidak tahu...kak ros sahajalah yang tahu bila pilihanraya...kak ros jumpa bomoh? che det sajalah yang tahu kak ros jumpa bomoh mana sebab hanya yang kaki bomoh saja tahu siapa kaki bomoh...

Namun begitu jentera Pakatan Rakyat wajib tumpukan isu pengundi hantu...kita imbas kembali catatan Awas pengundi hantu melalui sistem database dummy SPR Oleh Songkok Putih

Sebelum ini, pihak TKO telah menyiarkan pandangan seorang pengunjung pakar IT bagaimana database dummy telah digunakan oleh pihak SPR untuk memangkan BN dengan cara yang kotor dan jijik semasa pilihanraya ke-11 2004 yang lalu.

Mereka mewujudkan 2 sistem database, iaitu satu database yang tulen yang disemak dan digunakan SPR sekarang sehingga hari mengundi. Yang kedua ialah database yang dikenali sebagai dummy bagi tujuan untuk menambah pengundi di sesuatu kawasan untuk memenangkan calon yang dikehendaki.

1. Wujud 2 database, satu tulen dan satu lagi dummy

2. Database tulen yang dikendalikan oleh pihak SPR

3. Data ini boleh diakses melalui internet www.spr.org.my tanpa sebarang masalah melalinkan masalah teknikal kecil sahaja.

4. Data ini ini juga boleh diakses melalui SMS

5. Data ini juga dicetak dan diberikan kepada pihak yang bertanding dalam sola semakan daftar pemilih sebelum diwartakan pada 5 Februari 2008

6. Satu lagi database palsu dikenali sebagai dummy diwujudkan untuk tujuan menambah pengundi bagi sesuatu tujuan untuk memenangkan calon-calon BN. Pertugas khas BN boleh mengakses database ini, untuk tujuan penambahan dan pengurang melihat reaksi setempat bergantung kepada kawasalan kesungguhan pembangkang di kawasan berkenaan.

Mana-mana nama hantu yang terdedah akan dipadamkan dan diubahsuai supaya kerja jahat tidak dapat dikesan.

7. Database yang cetak disini akan diubah mengikut database dummy ini dan melihatkan pertanbahan pengundi yang begitu ketara di Kelantan dan Terengganu. Wujud mana-mana individu yang tidak mendaftar telah mendaftar dengan SPR.

Mana-mana bantahan yang dibuat sebelum ini sepatutnya nama mereka digugurkan telah diadakan semula pada lokasi yang berlainan untuk mengelirukan pembangkang.

Memindah dan mehilangkan nama-nama pengundi yang tidak membuat semakan akibatnya mereka tidak boleh mengundi pada hari pengundian.

Mengubahsuai maklumat pengundi untuk membenarkan hantu mengundi.

Untuk memudahkan anda melihat tatacara operasinya lihat carta alir di bawah:-


Klik pada gambar ini untuk besarkannya.


DATABASE INILAH SELAMA INI YANG MEMBERIKAN KEMENANGAN KEPADA BN DAN PEMINPIN MEREKA CAKAP BESAR SEBELUM PENGUNDIAN BAHAWA MEREKA AKAN MENANG!!


Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/