Thursday 29 March 2012

TERBUKTI HASAN PRO?

Speaker Dewan Negeri Selangor, Datuk Teng Chang Khim baru-baru ini mengesyaki Presiden JATI, Datuk Dr Hasan Ali telah menyebar sistem pesanan ringkas (Sms) yang dihantar olehnya kepada Adun Barisan Nasional.

Menurut Teng, beliau telah menghantar sms menggunakan senarai 'broadcast' telefon Blackberrynya kepada seluruh Exco Kerajaan Negeri yang mana dalam senarai tersebut masih terdapat nama bekas exco itu.

Sms yang dihantar oleh Teng kepada semua exco yang berbunyi "This is possibly the last winding up sessions for exco, opportunity should be fully used to talk about our success in the past 4 years like whay Yaacon is doing now."

Tetapi sms tersebut telah disebarkan kepada adun Barisan Nasional dengan memberitahu Speaker bersikap berat sebelah dan mahu ia dijadikan isu untuk mereka keluar meninggalkan dewan negeri.

"Saya akui kesilapan kerana tidak mengeluarkan nama bekas exco itu sehinggakan sms yang saya hantar kepada seluruh exco turut diterima olehnya (Hasan) dan saya rasa beliau bertindak menyebar sms tersebut kepada Adun Barisan Nasional.

"Tujuan saya tidak mengeluarkan nama beliau adalah kerana menganggap beliau adalah rakan baik tetapi tindakan sebaliknya diambil oleh beliau sehinggakan sms tersebut telah dimanipulasi oleh Adun Barisan Nasional hari ini," jelasnya sewaktu sidang media di Dewan Negeri Selangor.

Tambahnya lagi, jika pihak pembangkang merasakan ia satu kesalahan serta tidak mempercayainya untuk bertindak adil sebagai Speaker, Adun Barisan Nasional boleh mengemukakan usul di Dewan Negeri di bawah peraturan yang telah ditetapkan.

"Saya sanggup duduk di bawah tempat Sungai Pinang dan berbahas jika pembangkang Barisan Nasional mengemukakan usul atas ketidak percayaan mereka kepada tugas saya sebagai Speaker serta merasakan saya bersikap berat sebelah dalam mengendalikan tugas saya sebagai Speaker.

"Ingin saya jelaskan di sini dalam tugas yang diberikan ini saya sentiasa bersikap adil dan jika ada mana-mana pihak kerajaan atau exco yang dilihat tidak mengikuti peraturan yang ditetapkan saya akan tegur begitu juga jika Barisan Nasional membuat satu yang baik saya akan puji, jadi tidak timbul langsung bersikap berat sebelah," sambungnya lagi.

Teng turut menyatakan, Adun Barisan Nasional sepatutnya mengambil langkah mengikut peraturan yang ditetapkan oleh dewan jika ada perkara yang menimbulkan keraguan terutamanya berkaitan isu sms yang ditimbulkan oleh Adun Batangkali, Mohd Isa Abu Kasim.

Malah menurut Teng lagi, tindakan Adun Barisan Nasional mengadakan sidang media adalah hanya kerana tidak mahu mengikuti perbahasan di dalam dewan yang sedang berlangsung.

"Mereka hanya mementingkan perkara yang remeh dan lebih rela keluar dari dewan yang sedang berbahas tentang dasar-dasar kerajaan, sedangkan perkara tersebut boleh dibawa mengikut peraturan yang telah ada.

"Saya ingin mengulangi melalui penyebaran sms ini jelas membuktikan hubungan yang akrab antara Hasan dengan adun-adun Barisan Nasional," kata beliau lagi.

Sumber: Harakahdaily.net

Thursday 15 March 2012

ALHAMDULILLAH PAKATAN RAKYAT HULU SELANGOR TAMBAH MANTAP


Persepakatan komponen-komponen Parti di dalam Pakatan Rakyat di Hulu Selangor semakin mula menyerlah dengan terbentuknya Sekretariat Pakatan Rakyat Hulu Selangor baru-baru ini. Bertempat di Pejabat Felda Task Force pada tarikh 20hb. Januari,2011 Khamis pada jam 5.00 petang suatu Mesyuarat Penubuhan Jawatankuasa Induk Pakatan Rakyat Hulu Selangor telah diadakan. Mesyuarat yang julung-julung kali diadakan buat tahun 2011 ini telah dipengerusikan oleh Saudara Naza bin Yatim selaku Ketua Cabang PKR Hulu Selangor yang juga Parti yang diamanahkan untuk bertanding di peringkat Parlimen. Mesyuarat dihadiri oleh ketiga-tiga wakil Parti. PAS diwakili oleh YDP Hj Abdul Wahid Basri, TYDP Naharuddin Abdul Rashid, NYDP Hj Muhamad Idris bin Ahmad, Setiausaha Mohd Azhar bin Mohd Hasbi dan Ketua Pemuda Mohd Nizam bin Abdul Rahim. PKR selaku Parti yang bertanding di peringkat Parlimen dianggotai oleh Saudara Naza bin Yatim sendiri selaku Ketua Cabang yang baru, Sdr Tan Kim Chong Penolong Pengerusi Cabang, Sdr Rahim bin Teh Setiausaha Cabang, Vijay Ketua AMK, Mai bin Mahathir Ketua Wanita PKR, John (wakil PKR Hulu Bernam) dan Sdr Yau Bendahari PKR Cabang. DAP pula diwakili oleh Cheng Boon Lai Ketua DAP Hulu Selangor, Pn Jesse Yong Chan Hee Setiausahanya, Lee Fa Tong, Ng Kim (DAP Kalumpang).


Di antara kesepakatan yang dicapai di dalam mesyuarat tersebut adalah penubuhan Sekretariat PR Hulu Selangor yang dianggotai oleh wakil ketiga-tiga Parti. Sekretariat tersebut adalah berperanan menyelaras semua gerak kerja bersepadu Pakatan Rakyat. Mesyuarat telah berjalan di dalam suasana yang baik setiap ahli bebas bersuara dan pandangan semua pihak diberi perhatian yang menggambarkan petanda baik untuk Pakatan Rakyat Hulu Selangor. Semoga kesepakatan ini akan menjadi bertambah kuat dan rakyat di Hulu Selangor akan mendapat manfaat darinya.

Tuesday 13 March 2012

TRANFORMASI NAJIB GAGAL LAGI !

1992-2002
SISTEM SARAAN BARU (SSB)
Konsep: Saraan fleksibel
Erti Sebenar: Saya Sayang Boss

2002-2011
SISTEM SARAAN MALAYSIA (SSM)
Konsep: Saraan berteraskan pekerja berilmu dan kompetensi
Erti Sebenar: Seminar Santai Makan

2011 (Jan - Mar)
SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM (SBPA)
Konsep: NKRA, NKEA, RMK-10 dan Perkhidmatan Awam Kejat
Erti Sebenar: Sapu Besar Penjawat Atasan
isu gaji
2012 (Mar - terkini)
SISTEM SARAAN MALAYSIA (SSM) yang baru
Konsep: 1Malaysia: Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan
Erti Sebenar: Sempurnakan Saya Mandat yang baru


http://huluselangor.pas.org.my/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=128%3Asaraan-baru-husin-lempoyangblogspot&catid=3%3Anewsflash&lang=ms

Monday 12 March 2012

KETUA KAMPUNG LEBIH RAPAT DAMPINGI RAKYAT

Majlis Serah Surat lantikan Ketua Kampung
Ahad, 11.3.12 - Di Stadium Tertutup Kuala Selangor hari ini seramai lebih 380 orang Ketua Kampung yang dilantik semula dan yang baru telah menerima surat perlantikan daripada YAB Menteri Besar Negeri Selangor disaksikan oleh Penasihat Ekonomi Negeri Selangor DS Anwaar Ibrahim. Sebelum daripada itu siri-siri ucapan bermula dengan YB Dr Hj Yaakob Sapari, Dato Dr Siddiq Fadzil dan Dr Mohd Nor Manuty. Acara bermula jam 9 pagi dan berakhir jam 2.30 ptg dengan jamuan makan tengah hari. Wakil JKKK Ampang Pecah - Pengerusi & isteri, SU, Bendahari, Hj Mat Mahir (AJK/SU Masjid) dan AJK MAHAP Hj Ahmad Jaafar.
ihsan

JKKKK Ampang Pecah HS