Tuesday 28 February 2012

Wednesday 22 February 2012

DASYATNYA HUTANG KERAJAAN BN !!!!!! RM456,100,000,000 ?

HUTANG MALAYSIA RM456.1 BILION!!! Bukti BN sudah tidak layak memerintah
hutang malaysia Hutang Malaysia 2012 Telah Menjangkaui RM456.1 Billion!!
Kalau semasa pembentangan Bajet 2012, bajet yang dikemukan oleh Datuk Seri Najib Razak merupakan bajet defisit. Bajet defisit bukanlah suatu yang teruk tetapi jika terus-menerus kerajaan mengemukakan bajet defisit kepada rakyat, ada masalah sebenarnya.

Hutang Malaysia 2012 berdasakan semakan kami di laman Bank Negara menunjukkan ianya terus meningkat ke angka RM456.1 billion. Masih lagi meneruskan dengan trend yang meningkat naik. Rakyat Malaysia perlu risau?
Hutang Malaysia VS Bebanan Kepada Rakyat?

Negara mempunyai hutang yang tinggi : Rakyat menanggungnya



Negara mempunyai lebihan dana yang agak tinggi : Rakyat menikmatinya

Dua situasi yang berbeza di situ. Contoh paling mudah, Greece. Tahu bukan apa jadi pada Greece sekarang ini? Hasilnya apa jadi kepada rakyat Greece pencen mereka kena potong 20%. Greece jatuh sebab apa? Pun kami ada kongsikan di laporan ini : Harga Emas Semasa Melonjak VS Krisis Greece.

Walaupun masih lagi Malaysia belum sampai lagi ke tahap seperti Greece, tetapi jika kerajaan Malaysia tidak ada disiplin menguruskan kewangan negara, tiada yang mustahil ia akan menjadi bertambah buruk.

Kasihanilah generasi yang akan datang yang akan menanggungnya kelak.

“Sebagai seorang bapa (pemimpin kerajaan), takkanlah kita mahu tinggalkan anak kita (rakyat Malaysia) dalam keadaan hutang keliling pinggang”

hutang malaysia 2012 Hutang Malaysia 2012 Telah Menjangkaui RM456.1 Billion!!
Laporan Kewangan & Ekonomi Malaysia : Kali terakhir Data Dikemaskinikan pada 21 Februari 2012
Hutang Malaysia 2007-2011
Ini pula statistik penuh yang dihasilkan oleh pusat Kajian Politik Untuk Perubahan KPRU) berdasarkan hutang kerajaan Malaysia daripada tahun 2007-2011
hutang kerajaan malaysia Hutang Malaysia 2012 Telah Menjangkaui RM456.1 Billion!!
Kalau diikutkan Malaysia mengamalkan ekonomi yang terbuka dan bergantung kepada perdagangan antarabangsa. Hakikatnya sekarang ini ekonomi dunia tidak berapa baik. Berdasarkan pembentangan bajet 2012 pada 7 Oktober 2011 lepas, kerajaan meletakkan sasaran :

untuk mengurang defisit sebanyak 4.7%
unjuran pertumbuhan ekonomi 2012 sekitar 5-6%

RHB Research Center membentangkan laporan mereka sebelum ini memberitahu, risiko kemelesetan ekonomi global yang berlaku sekarang ini sebenarnya dan hakikatnya akan memberikan impak yang sangat tinggi kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia dan dijangka pada tahun 2013 ekonomi Malaysia akan bergerak perlahan sehingga ke tahap 3.5%. Kalau begitu, apa akan jadi akan Malaysia?

Akibatnya……..angka hutang Malaysia yang anda lihat hari ini iaitu sebanyak RM456.1 billion akan terus meningkat ke angka yang lebih membimbangkan!! Dan lebih memburukkan lagi keadaan apabila ekonomi China dan ekonomi global menuju ke era kemelesetan.
http://paspb2.blogspot.com/2012/02/hutang-malaysia-rm4561-bilion-bukti-bn.html

Sunday 19 February 2012

300,000,000 UNTUK SELANGOR !

Geran Selangorku RM300 juta
SHAH ALAM, 19 Feb: Geran Selangorku yang berjumlah RM300juta akan dilaksanakan dengan penekanan nilai kepada wang (value for money) pendekatan rakyat terbanyak dan kecekapan.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, geran tersebut yang diselenggarakan oleh Menteri Besar Pemerbadanan (MBI) akan mula dibelanjakan pada bulan Mac dengan proses yang telus dan bertanggungjawab.

"Geran ini akan dirasai oleh rakyat sepenuhnya dalam tempoh tujuh bulan dan kerajaan negeri komited untuk memberi penambaikan kepada rakyat kerana geran ini adalah tambahan kepada bajet negeri sebanyak RM1.6 billion," katanya yang dikeluarkan Sekretariat Akhbar Pejabat Menteri Besar.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan retreat Exco selama tiga hari di Melaka yang berakhir hari ini bagi memperincikan mekanisme pelaksanaan dan pemantauan Geran Selangorku.

Ketika retreat tersebut, Menteri Besar diberi taklimat oleh Bendahari Negeri yang memaklumkan bahawa simpanan Kerajaan Negeri Selangor telah meningkat sebanyak 25 peratus.

"Dari segi angka dan data menunjukkan prestasi kewangan adalah melebihi tahap biasa. Ini menunjukkan Kerajaan Negeri dan bukan sahaja mengawal perbelanjaan dengan baik tetapi juga menjaga sumber negeri," katanya.
ihsan pas@dusuntua

Friday 17 February 2012

PELUANG BERTANDING DARI PKM HULU BERNAM

PERTANDINGAN MENGARANG CERPEN DAN PUISI MAULIDURRASUL
Pertandingan mengarang cerpen dan puisi (sajak) berunsur Islam sempena Maulidur Rasul 1433H/2012M Hadiah-hadiah lumayan disediakan untuk Cerpen kategori Remaja & Sekolah Menengah Atas, Kategori IPT & Dewasa dan Sajak.
Syarat penyertaan dan Hadiah
1. Warganegara Malaysia
2. Lahir atau bermastautin di Negeri Selangor
3. Berumur 15 tahun ke atas
4. Ditulis dalam Bahasa Melayu.
5. Cerpen
- Kategori Remaja dan Sekolah Menengah Atas berumur 15 tahun ke 17 tahun
- Kategori IPT dan dewasa berumur 18 tahun ke atas
-Kategori remaja dan Sekolah Menengah Atas panjang cerpen 1000 hingga 1200 perkataan
- Kategori dewasa dan pelajar IPT panjang cerpen 2000 hingga 2500 perkataan
- Cerpen yang ditulis mestilah berunsur Islamik, menepati ciri-ciri sebuah cerpen konvensional seperti tema, latar, watak dan perwatakan, plot dan lain-lain.
- Cerpen ditulis dengan langkau dua baris dan font type Times New Roman, saiz font : 12
6. Sajak
- Tiada had umur
- Panjang sajak ialah 20 baris hingga 30 baris perkataan.
- Sajak yang ditulis mestilah bertema Islam, menepati disiplin penulisan puisi (sajak) konvensional
- Bentuk sajak eksperimental tidak dibenarkan.
7. Seseorang peserta dibenarkan menghantar hanya satu karya bagi setiap genre.
8. Cerpen dan sajak adalah hasil tulisan sendiri, asli dan belum pernah diterbitkan/ tersiar di mana-mana media cetak dan elektronik. Penganjur tidak bertanggungjawab dari segi undang-undang terhadap sebarang sabitan atau tuntutan mahkamah.
9. Biodata penulis hendaklah ditulis pada helaian yang berasingan dengan manuskrip.
10. Karya boleh dihantar menerusi email : sastera_rakyat@yahoo.com (sertakan biodata seperti Nama Penuh, Nombor Kad Pengenalan, Umur, Alamat, Jantina, Kategori Remaja dan Sekolah Menengah Atas/ Dewasa dan Pelajar IPT serta Nombor Telefon.
11. Karya yang dihantar menerusi pos hendaklah dikepilkan bersama keratan borang penyertaan yang boleh didapati menerusi akhbar rasmi pertandingan. Alamatkan kepada : PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT (PKM), DUN HULU BERNAM, BALAI RAYA JALAN BESAR, HULU BERNAM, 35900 HULU BERNAM, SELANGOR.
NO TEL: 05-4599810, 013-2477902 (NAHARUDDIN). Tulis perkataan : PERTANDINGAN MENGARANG di penjuru sebelah bawah sampul surat.
12. Pihak penganjur akan menghantar slip jawapan sebagai bukti penerimaan.
13. Penganjur tidak bertanggungjawab terhadap kehilangan karya semasa proses penghantaran
14. Bukti pos tidak dilayan.
15. Karya-karya akan dinilai oleh panel berwibawa yang dilantik oleh penganjur.
16. Keputusan adalah muktamad. Surat menyurat tidak dilayan.
17. Pemenang setiap kategori akan duumumkan pada program Sambutan Maulid 1433H yang akan diberitahu tarikhnya kemudian.
18. Karya yang menang menjadi hak penganjur.
19. Tarikh tutup penyertaan ; 06 April 2012.
20. Hadiah :
- Cerpen kategori Remaja dan Sekolah Menengah Atas RM800 (Pertama), RM500 (Kedua), RM300 (Ketiga), RM 50.00 (5 hadiah saguhati).
- Cerpen kategori IPT dan Dewasa RM 1000 (Pertama), RM800 (Kedua), RM500 (Ketiga), RM 100 (5 hadiah saguhati).
-Sajak RM300 (Pertama), RM 200 (Kedua), RM 100 (Ketiga), RM50 (5 hadiah saguhati).
21. Semua penyertaan akan diberi sijil.

Thursday 16 February 2012

SARAT TERSIRAT BERAT PENINGGALAN UMNO

SELEWENG RM 18.8 JUTA!!! Siasat segera bekas Bendahari UMNO Selangor !!

SHAH ALAM 16 Feb: Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Selangor menuntut siasatan terhadap bekas Bendahari Umno Selangor, Datuk Manan Md Said berhubung dakwaan pecah amanah dan salahlaku, membabitkan penyelewengan RM18.85 juta wang kerajaan negeri.

Justeru, satu laporan polis dibuat terhadap Manan di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam petang tadi oleh AMK Selangor melalui ketuanya, Irwan Ismail.

“Manan melalui syarikat Khidmat Bakti Sdn Bhd, yang mana beliau adalah salah seorang ahli lembaga pengarah telah dianugerahkan projek perumahan di Seksyen 20, Shah Alam pada tahun 1996.

“Selepas 2008, audit kerajaan Selangor mendapati Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) kerugian RM 18.85 juta kerana Khidmat Bakti gagal menjalankan projek.

“Bayaran dibuat melalui Bank Islam pada 2002 selepas kelulusan Exco,” kata Irwan kepada Keadilandaily.com.

Menurut Irwan, berikutan kegagalan itu, tanah seluas 47,714 kaki persegi (11.79 ekar) di Seksyen 20, Shah Alam itu terpaksa ditebus semula oleh kerajaan Selangor, menyebabkan MBSA mengalami kerugian.

“Bagaimana syarikat RM2 boleh dapat projek RM18.8.5 juta?,” Saol beliau sambil menegaskan maklumat diperolehi dari ‘orang dalam’ MBSA sendiri.

Justeru beliau turut menuntut siasatan dibuat terhadap bekas Datuk Bandar Shah Alam ketika itu, Datuk Abu Sujak Mahmud.

Dalam pada itu beliau memaklumkan, keterangan polis akan diambil daripadanya di IPD Petaling Jaya, bila-bila masa mulai sekarang.

“Kami juga akan membuat laporan ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),” tegas Irwan.

Jelas Irwan, 30 peratus dari keseluruhan tanah seluas 47,714 kaki persegi itu dikhususkan untuk perumahan kuarters MBSA.

“Bukan di Shah Alam sahaja. Ada banyak lagi kes seperti ini di tempat lain,” jelas Irwan memberitahu akan mendedahkan satu persatu skandal melibatkan pemimpin Umno di Selangor.
PASPB

Monday 13 February 2012

GARA-GARA LEMAH TENAGA, , BERIBU PENDAFTAR BARU JADI PENDAFTAR RAGU!

Pakatan desak SPR batal daftar 42,000 pemilih ragu

PETALING JAYA, 13 Feb: Pakatan Rakyat mendesak agar Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) membatalkan pendaftaran 42 ribu nama pemilih yang baharu kerana tidak didaftarkan dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada satu sidang media selepas mesyuarat Pakatan Rakyat di Ibu Pejabat PKR, di sini petang ini berkata, nama-nama tersebut telah menimbulkan keraguan apabila ia tiada maklumat di dalam JPN. Hadir sama ialah Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

"Kita hari ini telah mengambil pendekatan berhubung status 42 ribu nama pendaftar baru yang telah dikenal pasti meragukan agar SPR menghapuskan segera nama-nama tersebut sebelum pilihan raya akan datang.

"Kebimbangan ini ditimbulkan kerana setelah pemeriksaan dilakukan di JPN kita dapati tiada maklumat diperolehi berhubung dengan nama-nama pemilih yang telah didaftarkan itu," jelasnya.

Tambahnya lagi, penambahan daftar pemilih secara mendadak berlaku di Selangor, malah di Wilayah Persekutuan juga terdapat enam ratus pemilih yang telah didaftarkan di alamat yang sama.

"Kita menggesa agar semua pihak diberi tanggungjawab meneliti senarai daftar pemilih baru kerana kita tidak mahu wujud penipuan dalam daftar pemilih demi untuk memberi kemenangan kepada Barisan Nasional.

"SPR perlu telus dalam melakukan sesuatu tugas dan mereka tidak perlu tunduk kepada pihak lain," katanya yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh.

Anwar turut memberitahu, Pakatan Rakyat juga bersetuju agar satu Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bagi meneliti kembali status kewarganegaraan yang telah diberikan kepada pendatang asing.

"Kita mahu suruhanjaya diwujudkan segera bagi meneliti kembali hak kewarganegaraan yang diberikan kepada pendatang asing bagi menilai sama ada ia layak ataupun tidak.

"Penubuhan ini perlu kerana kita dapati terlalu banyak nama-nama yang meragui dan dalam masa yang sama kita tidak mahu sebagai agenda politik kerajaan Barisan Nasional maka negara ini mudah tergadai melalui pemberian status warganegara," kata beliau lagi.

Ketua Umum PKR itu turut menekankan wakil Pakatan Rakyat di dalam Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) akan terus mendesak PSC agar SPR lebih bersikap telus serta membatalkan senarai nama tersebut sebelum tibanya pilihan raya umum akan datang. -

Thursday 9 February 2012

TERIMA KASIH CADANGAN MABELES GANTI HARI KEKASIH

KOTA BHARU: Sering tidur di riba isteri setiap kali pulang ke rumah selepas menjalankan tugas harian antara rahsia kebahagiaan rumah tangga Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Menurutnya, walaupun kadangkala pulang ke rumah pada jam 2 atau 3 pagi, isterinya, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak tidak pernah merungut dan sebaik meletakkan kepala di riba isterinya, semua masalah yang semak dalam benak seperti hilang begitu saja.

“Saya juga berselawat ke atas nabi sebanyak 41 kali setiap hari dan isteri perlu bersabar serta diam setiap kali melihat suami marah.

“Suami juga perlu menjaga kebajikan makan minum dan tempat tinggal keluarga, selalu membaca al-Quran serta sentiasa mendoakan kesejahteraan anak-anak,” katanya ketika berucap pada Sambutan Hari Suami Isteri dan Pelancaran Buku Panduan Keluarga Mawaddah, di sini, semalam.

Pada majlis itu, Nik Abdul Aziz dan isterinya yang mempunyai lima anak lelaki dan lima perempuan serta 56 cucu, bakal menyambut ulang tahun perkahwinan ke-50 pada 20 November ini selepas melangsungkan perkahwinan pada 1962.

Beliau turut dipilih sebagai Ikon Keluarga Mawaddah Peringkat Kelantan 2012 manakala lima pasangan lagi turut menerima Hadiah Pasangan Terpilih pada majlis berkenaan.

Dalam perkembangan lain, Nik Abdul Aziz berkata, statistik menunjukkan terdapat lebih 234,000 anak tidak sah taraf, 81,000 daripadanya Melayu yang direkodkan di negara ini sejak 2006 hingga 2010 di seluruh negara amat mengejutkan.

Katanya, semua masalah itu timbul akibat tiada lagi wujud rasa takwa kepada Allah S.W.T.

“Masalah ini menyebabkan kerajaan terpaksa mengeluarkan belanja bagi membina pusat perlindungan kepada anak ini (anak tidak sah taraf).


“Akibat tidak menjaga agama dan pergaulan terlalu bebas seperti sering ke kelab malam dan minum arak, maka ia boleh menjurus kepada zina,” katanya.

Pada masa sama, Nik Abdul Aziz turut mencadangkan sambutan Hari Valentine yang biasa disambut dengan pelbagai acara yang penuh maksiat diganti dengan Sambutan Hari Suami Isteri oleh umat Islam.

Wednesday 1 February 2012

SEMARAKKAN NEGARA BERKEBAJIKAN DI HULU BERNAM

Pada 29 Januari lepas, Majlis Tarbawi Hulu Bernam telah dirasmikan oleh YDP PAS Kawasan Hulu Selangor TN HJ Idris Ahmada yang mengggantikan Ketua Penerangan PAS Pusat (Tn Hj Idris Ahmad) dan Pelancaran Negara Berkebajikan oleh Dr Mariah )