Monday 30 April 2012

BN GILA ! BELANJA RM750 SETAHUN ?

Kerajaan telah membelanjakan RM752,922,000.00 untuk PLKN dalam satu tahun sahaja, iaitu pada tahun 2011. Dengan RM752,922,000.00 ini sepatutnya boleh menampung kos pembiayaan penuh PTPTN selama 1 tahun kepada seramai 150,584 orang pelajar yang mengambil pengajian peringkat Diploma di IPT. Belanja RM750 Juta PLKN Tidak Masuk Akal June 29, 2011 Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) diluluskan bagi tahun ini mencecah RM752,922,000.00, meningkat RM252 juta berbanding had asal RM500 juta. Pecahan perbelanjaan meliputi RM21,328,00.00 bagi kos emolument, RM723,893,530.00 untuk perkhidmatan dan perbekalan, RM6,220,000.00 bagi aset dan RM1,480,470.00 untuk pembayaran dan kenaan bayar tetap termasuk ganjaran kepada kakitangan awam. Jumlah itu, dikemukakan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bagi menjawab persoalan Ahli Parlimen Rasah, Loke Siew Fook yang memintanya menyatakan jumlah perbelanjaan untuk program itu bagi tahun ini. Ahmad Zahid berkata, buat masa ini, kerajaan tidak bercadang mengkaji semula pelaksanaan PLKN kerana program itu terbukti berjaya dalam mencapai misi dan visi penubuhannya. Bagaimanapun, Siew Fook berkata, timbul pelbagai persoalan mengenai kos itu dikatakan tidak masuk akal dan timbul kebimbangan sama ada jumlah itu boleh dikekalkan atau semakin meningkat serta menggalakkan pembaziran wang rakyat. “Ketika ia mula dilaksanakan pada 2004, semasa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Menteri Pertahanan, beliau mengumumkan kerajaan menetapkan satu had perbelanjaan maksimum, RM500 juta setahun. “Apa yang berlaku sekarang sebaliknya, belum sampai 10 tahun, ia meningkat 50 peratus kepada RM750 juta,” katanya. Beliau turut mempersoalkan jaminan tiada sebarang peningkatan perbelanjaan PLKN sekiranya tempoh PLKN pelajar dilanjutkan lebih tiga bulan sebagaimana dicadangkan Ahmad Zahid sebelum ini. “Saya rasa tidak mustahil belanja PLKN sahaja cecah RM1 bilion memandangkan tahun ini baru ada tujuh bulan, belanja hampir cecah RM750 juta dalam tempoh setahun. “Apa yang kita persoalkan, banyak mana dibelanjakan untuk pakaian seragam, pembekal makanan? Jadi, kerajaan patut kaji pelaksanaan ini kerana kita khuatir matlamatnya tidak tercapai,” katanya. Berikutan itu, beliau mencadangkan supaya modul PLKN diterapkan ketika pelajar di sekolah menengah bagi menjimatkan perbelanjaan. “Memandangkan ia tidak telus, saya menyeru Ketua Audit Negara supaya mengaudit perbelanjaan PLKN, kita manu tahu berapa jumlah belanja diperuntukkan untuk setiap peserta,” katanya. -SH http://beritaplkn.blogspot.com

Tuesday 24 April 2012

BERSIH 3.0 WAJIB TURUN : TOK GURU NIK AZIZ

KOTA BHARU: Selepas PAS membuat arahan secara rasmi agar menyertai perhimpunan Bersih 3.0, kini Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pula membuat seruan yang sama dengan berkata, hadir ke Bersih 3.0 adalah wajib. Beliau menyeru seluruh rakyat di negara ini khususnya yang cintakan keadilan hadir pada program Bersih 3.0 (Duduk dan Bantah). Menurutnya, menghadiri program itu suatu kewajipan memandangkan ianya diadakan untuk untuk menentang ketidakadilan khususnya terhadap proses pilihanraya di negara ini yang tidak selari dengan Islam. “Mana-mana pihak yang melakukan perkara tidak berlandaskan Islam wajib kita tentang,” ujarnya. Beliau berkata demikian kepada Harakahdaily dan akhbar Harakah di pejabatnya di sini sebentar tadi bagi mengulas program yang bakal diadakan pada 28 April ini. Tuan Guru seterusnya memberitahu, dalam lapan tuntutan Bersih, beliau hanya ingin mengulas satu iaitu berhubung pengundi hantu yang jelas ianya perbuatan kotor dan bercanggah dengan kehendak Islam. “Andainya Pakatan Rakyat menang dalam pilihanraya akan datang dan mentadbir negara akan melakukan sebagaimana BN buat sekarang, setuju atau tidak sekiranya kami bawa pengundi hantu untuk kekal mentadbir negara pada pilihanraya berikutnya. “Tentu saja Umno dan BN tidak mahu sebab perkara ini perbuatan mungkar yang tentu saja berdosa besar bila melakukanya,”ujarnya lagi. Tambahnya, sekiranya mereka juga tidak boleh terima, kenapa sanggup adakan pengundi hantu dengan membawa masuk rakyat luar negara yang tidak ada kena mengena semata-mata untuk mengekalkan kemenangan. Kerana itu, tambahnya ‘wajib’ rakyat di seluruh negara keluar beramai-ramai untuk menjayakan Bersih 3.0 pada 28 April ini dengan tujuan untuk menentang pengundi hantu di samping menuntut tujuh perkara lain. Beliau seterusnya memberitahu, sekiranya wakil rakyat yang menang dalam pilihan raya itu kerana dibantu oleh pengundi hantu, kemenangannya adalah ‘haram’ di sisi Islam. “Malah segala alaun bulanan atau segala bentuk yang diperolehi sebagai wakilrakyat, gaji, kereta dan semuanya haram serta tidak sah di sisi Islam. “Perkara ini bukan perkara main-main dan kena ingat Allah dan balasan akhirat,”ujarnya. Pada masa yang sama beliau turut memberitahu mereka yang sanggup menerima tugas sebagai pengundi hantu juga haram, malah rezeki yang diberikan sebagai imbuhan juga haram. “Duit yang digunakan dari hasil haram Allah tak akan terima, akhirat lagi kena azab, Allah ni bukan macam manusia yang langsung tidak bergantung pada kita,”ujarnya lagi.

Sunday 22 April 2012

Sunday 15 April 2012

DASYATNYA KES NIE !

HULU BERNAM - Polis mengesahkan kematian seorang bayi lelaki berusia dua minggu yang didakwa dipijak bapanya disebabkan keretakan tengkorak dan patah tulang rusuk. Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Norel Azmi Yahya Affandi berkata, hasil bedah siasat mendapati keretakan tengkorak bayi itu dipercayai akibat dihentak pada dinding, manakala tulang rusuk patah,berkemungkinan dipijak.

“Menurut doktor pakar Patalogi Hospital Ipoh, tengkorak bayi terbabit retak dan hancur. Doktor juga telah mengeluarkan enam kepingan cebisan tengkorak kepala ...

Thursday 12 April 2012

INALILLAH ! SEMOGA ALLAH KIURNIAKAN SHAHID KERANA MEMPERJUANGKAN HAK !

Peserta himpunan aman meninggal di hadapan JPM
20 Jamadil Awal 1433H. [MOD] - PUTRAJAYA, 12 April: Seorang peneroka Gatco, Kampung Serampang Indah Jelebu meninggal dunia ketika menyertai himpunan aman di hadapan Kompleks Jabatan Perdana Menteri (JPM) pagi tadi dipercayai akibat serangan jantung.

Menurut R Tanggam, yang turut serta dalam himpunan itu, beliau melihat mangsa jatuh terduduk ketika hampir 100 peneroka lain sedang berhimpun di perkarangan pintu masuk ke JPM.

Beliau yang berada hampir dengan mangsa kemudiannya membantu mangsa yang ketika itu masih bernafas sebelum meminta pertolongan daripada pihak keselamatan yang berkawal.

Tidak lama kemudian mangsa dibawa ke dalam pondok pengawal sebelum disahkan meninggal dunia oleh doktor yang datang kira-kira jam 12 tengah hari.

Sementara itu, himpunan hari ini adalah bagi menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abd Razak bagi membantah tindakan Mentri Besar Inc (MBI) yang semasa itu diterajui Tan Sri Isa Samad yang didakwa menjual tanah mereka. Harakah Daily

Thursday 5 April 2012

KOS PLKN SEORANG RM6931 3 BULAN MANAKALA KOS PTPTN SEORANG RM7000 SETAHUN

Kos pelatih PLKN lebih besar dari pinajaman PTPTN

SEREMBAN, 6 April: Kerajaan lebih besar membelanjakan wang rakyat untuk menampung kos melatih pelajar di Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) berbanding dengan kos memberikan pinjaman melalui PTPTN.

Ini kerana kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM6,931 bagi seorang pelatih untuk menamatkan kursus yang mengambil masa 3 bulan di PLKN.

Sedangkan untuk ijazah pertama, PTPTN hanya memberikan pinjaman RM7,000 setahun manakala diploma hanya RM5,000 setahun.

Demikian kata Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Taufek Abdul Ghani (gambar atas) yang mengulas kenyataan kerajaan baru-baru ini.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi baru-baru ini memaklumkan, seramai 629,052 pelatih PLKN direkodkan sehingga 29 Februari lepas.

Beliau menambah sebanyak RM4.36 bilion telah dibelanjakan untuk PLKN sejak dilaksanakan.

Berdasarkan angka itu, kata Taufek, kos untuk seorang pelatih PLKN selama 3 bulan yang diberi percuma adalah bersamaan dengan kos pembiayaan pinjaman PTPTN seorang mahasiswa peringkat ijazah selama 1 tahun.

Jumlah RM4.36 bilion itu pula, katanya, boleh menampung kos pembiayaan pinjaman PTPTN untuk seramai 622,857 orang mahasiswa serta mahasiswi ijazah pertama di IPTA selama setahun.

Kenyataan beliau dipercayai untuk mewajarkan cadangan Pakatan Rakyat untuk memansuhkan PTPTN dan memberikan pendidikan percuma kepada rakyat negara ini.

Antara tunggak utama perbelanjaan pelajar IPTA adalah yuran pelajaran, asrama dan makan.

Harakah Daily

Wednesday 4 April 2012

CEPAT BUAT SEMAKAN, SPR TAK BOLEH DIHARAPKAN

Suruhanjaya Pilihanraya Negeri Perak sudah mengedarkan Rang Daftar Pemilih Tambahan bagi Suku Ke-2 2011 (RDPT S1/2011) bagi tujuan semakan tuntutan dan bantahan bermula hari ini 27 Julai sehingga 2 Ogos 2011. Sehubungan itu pihak kawasan boleh memuat turun RDPT S1/2011 pada link di bawah :-

http://www.4shared.com/file/dptArJ_P/Rang_Daftar_Pemilih_Suku2_2011.html

Untuk makluman edaran Rang Daftar Pemilih Tambahan bagi Suku Ke-2 2011 (RDPT S1/2011) yang dikeluarkan oleh pihak SPR kali ini menggunapakai format Microsoft Access. Justeru anda perlu menggunakan perisian baru SSDP yang disertakan bersama. Kata kunci (password) boleh didapati daripada Pengarah JPrK kawasan masing-masing.

Apabila sudah masuk DPI ,Daftar Pemilih Induk , daripada sudut teknikal mereka bukan lagi pengundi hantu.

Kita jangan cari alasan masa terlalu suntuk ,tujuh hari sahaja.Pastikan Unit Peti Undi dan lokaliti cepat membuat semakan dan bantahan.