Wednesday 2 October 2013

MUKTAMAR KE 59 YANG AMAT DINANTI!

Ahli PAS yang melebihi sejuta orang kini kini sedang menyelesaikan mesyuarat agung 188 kawasan di seluruh negara, sementara Dewan Pemuda PAS yang mempunyai 173 kawasan dan Dewan Muslimat 167 kawasan sudahpun bermesyuarat. Dewan Ulama pula tidak mempunyai mesyuarat di peringkat kawasan sebaliknya sayap itu hanya di peringkat negeri termasuk Wilayah Persekutuan. Selepas selesai semuanya – di peringkat kawasan dan Ijtimk negeri – maka berlangsunglah Muktamar Tahunan PAS November nanti dijangka akan diadakan di Shah Alam, Selangor, sebuah negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat. Kini, muktamirin yang akan menyertai Muktamar PAS ke-59 ini tentu sekali sedang membuat persiapan mental secukupnya untuk perbahasan dan pemilihan saf pimpinan peringkat tertinggi, yakni sudahpun digariskan etika pemilihannya yang dilihat munasabah. Muktamar kali ini akan menjadi perhatian istimewa – dalam mahupun luar negeri, disebabkan terutamanya, kerana mereka mahu mendengar hala tuju PAS sebagai parti politik arus perdana. Kedua, kemampuannya mempersiapkan diri menjadi parti dominan dalam Pakatan Rakyat yang akan bertarung di kancah politik Malaysia yang kelihatannya sangat dinamik dalam suasana luar biasa. Sementara melihat para pemimpin di atas pentas Muktamar pula, kita yakin mereka akan menyerlahkan idea dan gagasan besar untuk memerkasa PAS sebagai sebuah parti arus perdana. Ia bukan lagi hanya dilihat sebagai parti kampungan yang hanya penuh dengan nostalgia, tetapi ia sebuah parti arus perdana yang ditunggu peranan besarnya di tengah masyarakat majmuk. Rejuvenasi PAS seperti kata salah seorang ideolog PAS, Dr Mujahid Yusuf Rawa dalam bukunya ‘Rejuvenasi PAS’ bahawa ciri Islam yang menjadi asas kewujudan parti itu tidak syak lagi menjadikan PAS parti yang selesa berlegar di sekitar kepelbagaian masyarakat yang ada di Malaysia hari ini. Katanya lagi, ruang Islam yang membuka seluas-luasnya konsep kepelbagaian meletakkan PAS sebagai parti yang tidak terperesok di ruang sempit perkauman seperti kebanyakan parti order lama. Bagaimanapun, kata Dr Mujahid, PAS belum lagi memaksimakan ruang selesa ini untuk ia benar-benar menjadi parti yang benar-benar memenuhi aspirasi semua kaum. PAS telah menubuhkan Dewan Himpunan Penyokong PAS yang kemudian diperluaskan dalam Lajnah Perpaduan Nasional yang dipengerusikan oleh Dr Mujahid sendiri. Menurutnya, sokongan bukan Islam terhadap Lajnah ini sangat memberansangkan. Para muktamirin tentu sekali sangat berhajat untuk mendengar ucapan pemimpin dan perbahasan yang dinamik, yang memancarkan kecemerlangan berfikir para pemimpin dan pembahas Ucapan Dasar, di samping membahaskan usul-usul yang dibawa oleh perwakilan atau kalau ada usul mengejut yang amat penting dibahaskan. Muktamar bukanlah sekadar menjadi tempat pertemuan rakan seperjuangan lama dan baru, bertemu dan bersalaman dengan pemimpin pelbagai peringkat, membeli belah, makan bersama dan sebagainya, tetapi lebih dari itu dapat dimanfaatkan. Iaitu, umpamanya, perbicangan sesama sendiri bagaimana sewajarnya pendukung PAS merancang membina hubungan dan penerangan kepada yang belum menyokong PAS dan sebagainya. Seperti dikatakan, pendukung PAS melebihi sejuta ahli dari pelbagai latar belakang pendidikan, pengalaman, persekitaran dan sebagainya yang menelurkan pelbagai aliran fikiran dan persepsi yang berbeza. Ini adalah dinamika PAS yang terus berkembang. Bagaimanapun semuanya ini tidak mengurangkan nilai sumbangan mereka kepada PAS dan hakikat ini mestilah diterima dan jangan sama sekali meletakkan pelbagai dikotomi sesama pendukung PAS. Seperti kata, bekas Presiden PAS, Almarhum Ustaz Fadzil Mohd Noor, bahawa semua pendukung PAS adalah mata rantai perjuangan parti Islam dan semua mereka amat berharga. Katanya, ulama dengan peranan mereka memandu dasar parti, sementara jurutera, arkitek, doktor, peguam, ahli ekonomi dan seluruh amilin PAS lainnya dengan peranan masing-masing dan tidak ada golongan yang merasakan golongannya lebih istimewa dari yang lain, kerana parti sangat menghargai sumbangan mereka. Sebab itulah,semua mereka ini adalah paduan tenaga dan bakat terbaik di dalam PAS untuk dimanfaatkan semaksima mungkin. Maka itu, Muktamar PAS kali ini sewajarnya melakarkan rancangan besar ke arah itu. Kepada para tokoh yang menang dalam pemilihan di Muktamar tersebut, kita yakin mereka sangat menyedari akan tanggungjawab yang diamanahkan oleh perwakilan yang memilih mereka. Mereka ini, bagaimanapun, seperti diketahui, sudahpun melaksanakan amanah ini di masa lalu dan mereka sangat sedar tanggungjawab lebih besar sedang menanti. Mereka yang tidak terpilih, saya yakin, mereka akan meneruskan perjuangan seperti di masa lalu, justeru inilah watak mulia pendukung PAS. Semoga Muktamar PAS ke-59 ini akan menghasilkan sesuatu yang terbaik untuk membuktikan PAS parti arus perdana iaitu rakyat Malaysia dengan tepukan gemuruh akan memberikan standing-ovation kepada PAS sebagai parti yang menjadi harapan rakyat.

Thursday 29 August 2013

TAHNIAH DAN BERIKAN AMANAH !

Perlantikan semula dan perlantikan baru Ahli Majlis Daerah Hulu Selangor

Tuesday 27 August 2013

Friday 23 August 2013

PERGINYA SEORANG PEJUANG PAS SELANGOR!

Perginya Seorang Pejuang Hari ini 22 Ogos 2013, ketika ummat Islam masih lagi meraikan syawal, seorang lagi pejuang Islam di Kota Raja iaitu Tn Haji Jupri bin Haji Said atau lebih dikenali dengan nama Hj Aman meninggalkan kita buat selama-lamanya. Berita pemergiannya diterima seawal jam 8.00 pagi di Hospital KPJ Shah Alam setelah beliau dikejarkan ke hospital tersebut kerana mengadu sakit bahagian belakang badan malam tadi. Sebelum ini beliau pernah dirawat di hospital beberapa kali kerana keuzuran akibat tua. Tn Haji Jupri yang dilahirkan pada 25 Jun 1932 telah dijemput oleh Allah SWT menghadap-Nya ketika usianya menjangkau 81 tahun. Beliau meninggalkan seorang isteri dan 10 orang anak. Almarhum adalah di antara pengasas Parti Islam SeMalaysia (PAS) di Kg Jalan kebun pada tahun 80an. Namun penglibatan beliau dalam PAS sebenarnya lebih lama lagi bersama adik beradiknya semenjak tahun 60an lagi. Abang-abangnya Almarhum Tn Guru Haji Ali Said dan Almarhum Tn Hj. Shamsuri Said adalah di antara pengiat PAS yang banyak jasanya kepada perjuangan dan kesedaran Islam masyarakat Kg Jalan Kebun bersama rakan-rakan seangkatan dengannya. Saya mengenali secara rapat dengan almarhum pada tahun 1986 ketika saya masih lagi bersekolah dalam tingkatan 5. Pada ketika itu PAS cawangan Jalan Kebun telahpun wujud. Saya terlibat dengan program-program pentarbiyahan yang diadakan di markaz PAS Jalan Kebun yang didirikan bersebelahan dengan rumah abangnya Tn Hj Shamsuri. Almarhum Tn Haji Jupri yang saya kenali memang seorang yang sangat hebat sifat peribadinya. Beliau adalah seorang yang berilmu, kental imannya dan tegas dalam perkara yang berkaitan soal akidah dan amalan Islam. Apatah lagi dalam soal perjuangan Islam yang beliau dokongi. Beliau gigih, berani dan sabar dalam menghadapi rintangan perjuangan walaupun mendapat tentangan yang hebat daripada pemimpin dan penduduk kampung. Beliau dan ahli keluarganya sudah lali dengan cacian dan fitnah yang dilemparkan oleh mereka yang membenci kepada kebenaran Islam yang dibawanya. Hubungannya sesama ahli PAS juga amat erat. Beliau menghormati sesiapa sahaja ahli-ahli PAS tidak mengira umur dan kedudukan. Bahkan beliau bersifat terbuka, boleh menerima pandangan dan menyantuni saya seperti rakan-rakan dewasa yang lain walaupun usia saya terlalu muda ketika itu. Sifat dermawannya juga amat teserlah. Buktinya, markaz PAS Jalan Kebun yang tesergam indah sekarangpun adalah di antara sumbangan-sumbangan besar daripadanya. Ketika PASTI Nurul Hidayah ditubuhkan pada tahun 1989, beliau adalah di antara individu yang banyak membantu dari sudut pandangan nasihat dan sumber kewangan. Sifat kepemurahan beliau mengingatkan saya kepada Almarhum Ustaz hj Hambari Hj Noor yang saya kenali di Bukit Naga. Mereka adalah pejuang kembar yang dilahirkan oleh Allah SWT untuk pejuang generasi hari ini mengambil iktibar daripada keikhlasan, kegigihan dan pengorbanan mereka. Semoga Allah SWT memberkati dan merahmati Almarhum Tn Haji Jupri bin Haji Said dan mengumpulkannya bersama para mujahid di sepanjang zaman. Amin…. Catatan Azman bin Mohd Mah Husin Sekretariat Ahli Parlimen Kota Raja

Thursday 18 July 2013

SERUAN NAIK TARAF PERPUSTAKAAN darI DYMM SULTAN SELANGOR

Sultan Selangor Seru Kerajaan Negeri Naiktaraf Perpustakaan Norhayati Umor sultan lawat perpustakaan 18 jul 03 SHAH ALAM I : Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan Kerajaan Negeri supaya menaiktaraf perpustakaan di setiap daerah termasuk perpustakaan Raja Tun Uda yang dilawatinya hari ini. Baginta bertitah perpustakaan adalah sebuah tempat gedung ilmu, malah perpustakaan juga boleh dijadikan sebagai tempat riadah di mana ibu bapa dan keluarga boleh datang bersama-sama untuk membaca buku dan membuat rujukan. “Oleh itu, ia hendaklah dilakukan dan janganlah dilupakan begitu sahaja kerana seperti yang kita ketahui banyak aktiviti-aktiviti lain dalam penimbaan ilmu boleh dijalankan di perpustakaan. sultan lawat perpustakaan 18 jul 01 “Beta juga difahamkan pembinaan untuk meletak kenderaan juga perlu dibina dengan segera kerana keadaan yang sesak apabila pengunjung-pengunjung datang ke perpustakaan Raja Tun Uda ini. “Beta juga berkenan supaya landskap yang sedia ada disekeliling perpustakaan ini dinaik taraf dan ditambah dengan pokok-pokok hijau supaya menjadikan kawasan ini indah selain mendatangkan suasana bersih dan menyihatkan.” Baginda bertitah pada Majlis Penyampaian sumbangan buku kepada perpustakaan itu, di Seksyen 13, di sini. Baginda juga menyeru kepada setiap rakyat Selangor supaya bersama-sama menjaga dan memelihara perpustakaan termasuk buku-buku yang terdapat di dalamnya supaya menjadi mercu tanda gedung ilmu. Selain itu, DYMM Sultan Sharafuddin turut berkenan menyerahkan sumbangan buku daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS) bernilai RM 200,000 kepada Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor. Sumbangan buku-buku yang berjumlah 2,780 naskah itu menggunakan peruntukkan fisabilillah dan merangkumi pelbagai jenis termasuk agama Islam, kesenian dan fiksyen. Baginda turut berkenan menyerahkan sumbangan berupa empat naskah Al-Quran braille kepada penerima terpilih bagi Persatuan Braille Malaysia. sultan lawat perpustakaan 18 jul 04 Selain dari LZS, turut menyerahkan sumbangan kepada perpustakaan itu ialah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang memberikan sumbangan sebanyak 50 buah netbook. Manakala Worldwide Holdings Berhad turut menyerahkan sumbangan buku yang bernilai RM 50,000 serta Yayasan Al Bukhary pula menyumbangkan sebanyak RM 13,000. Mengiringi baginda, Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah ; Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ; Speaker Dewan Negeri Selangor, Hannah Yeoh dan ahli-ahli Exco Kerajaan Negeri. Hadir sama, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor, Datuk Setia Mohamad Adzib Mohs Isa; Pengerusi LZS, Tan Sri Syed Anwar Tuanku Syed Putra Jamalullail dan Mufti Selangor Datuk Setia Mohd Tamyes Abdul Wahid.

Wednesday 10 July 2013

SELANGOR JADI IKUTAN YANG BAIK !

SHAH ALAM 10 JULAI : Kejayaan kempen mengimarahkan masjid yang telah berlangsung lima tahun di Selangor kini menjadi model kepada negeri lain, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Ini dilihat daripada peningkatan peserta kepada program-program kuliah dan tarbiyyah agama, selain permintaan yang terus meningkat pada bulan Ramadan terhadap bubur lambuk dan buah kurma. Menurut Abdul Khalid, ramai pemimpin dari negeri lain bertanyakan kepada beliau bagaimana caranya untuk mengimarahkan program-program masjid. “Tetapi saya cuma jawab ‘Alhamdulillah’. Saya rasa kita patut mengucapkan penghargaan kepada Jawatankuasa Pengimarahan Masjid yang bertungkus lumus mengimarahkan masjid,” katanya dalam ucapannya di Majlis Perasmian Pengagihan Bubur Lambuk dan buah Kurma di Masjid Negeri. Katanya, kempen tersebut berjaya menerapkan nilai bahawa masjid bukan sahaja tempat beribadah tetapi menjadikan masjid sebagai tempat bermasyarakat. Dalam majlis itu, sebanyak 1,250 bubur lambuk dan kurma disumbangkan hari ini hasil sumbangan peribadi dari Menteri Besar yang berjumlah RM 5,000. Pengerusi Jawatankuasa Pengimarahan Masjid Negeri, Datuk Seri Indah diRaja, Datuk Abu Bakar Hamid berkata bagi tahun ini, Masjid Negeri menyediakan 2,400 bungkus bubur lambuk dan kurma untuk diagihkan kepada orang ramai secara percuma setiap hari. “Tahun ini, permintaan bubur lambuk dan kurma meningkat. Setiap hari kita akan mengagihkan 1,200 bubur lambuk dan 1,200 buah kurma. “Tahun lepas, setiap hari hanya 1,000 sahaja. Ada peningkatan sebanyak 200 disitu, “katanya. Bubur lambuk yang disediakan oleh Masjid Negeri pada tahun ini merupakan hasil sumbangan 68 orang dari syarikat-syarikat swasta, orang perseorangan dan derma orang ramai. Sebanyak RM 100,000 diperuntukkan untuk pengagihan bubur lambuk dan buah kurma selama 27 hari Ramadhan. Bubur lambuk ini diagihkan selepas waktu Asar setiap hari kepada orang ramai.

Thursday 4 July 2013

45 PERATUS MASIH TAK MAMPU !

45 PERATUS PENJAWAT AWAM MASIH TIDAK MAMPU BELI RUMAH - CUEPACS Bernama 28/6/2013 KUALA LUMPUR, 28 Jun (Bernama) -- Kira-kira 45 peratus atau 650,000 daripada 1.5 juta penjawat awam masih tidak mampu memiliki rumah kerana faktor harga, kata Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Datuk Omar Osman. Katanya kajian yang dijalankan kesatuan itu baru-baru ini menunjukkan harga rumah yang semakin meningkat menjadi kekangan utama kepada impian tersebut. Menurutnya rata-rata penjawat awam terbabit adalah daripada kumpulan sokongan dan bergaji rendah, manakala bagi golongan berusia 40 tahun ke atas, bergred tinggi selain telah berkhidmat lebih 20 tahun telah memiliki rumah. "Golongan 45 peratus ini terpaksa terus menyewa atau tinggal di kuarters dan terpaksa mengutamakan kos sara hidup," katanya kepada Bernama. Beliau turut meluahkan kebimbangan akan implikasi masalah itu jika ditangani segera. "Antaranya ialah jika mereka membeli rumah pada usia lanjut, ini bermakna mereka akan mengambil masa lebih panjang untuk membayar balik pinjaman. "Kesannya mereka akan menggunakan semua simpanan dan duit pencen yang sepatutnya digunakan untuk hari tua untuk membayar balik pinjaman itu. Kehidupan mereka selepas bersara akan terus dibelenggu hutang," katanya. Malah katanya, mereka juga tidak mampu memohon skim Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) kerana harga rumah PR1MA yang mencecah RM250,000 adalah di luar kemampuan penjawat awam. Justeru katanya, CUEPACS menggesa kerajaan mengkaji isu itu dan mencadangkan supaya Jabatan Perumahan Negara menyediakan rumah kos sederhana untuk penjawat awam. "Seboleh-bolehnya biarlah ia berharga RM250,000 ke bawah. Saya harap kerajaan dapat kaji isu ini secara serius," katanya. Posted by CUEPACS

Friday 28 June 2013

KEMPIMPINAN SELANGOR DAPAT KERJASAMA SULTAN SELANGOR

Sultan Selangor: Beri Kerjasama Kepada Kepimpinan Khalid Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah meminta semua wakil rakyat, termasuk wakil Barisan Nasional (BN), memberi kerjasama penuh kepada kepimpinan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Menurut Baginda, berjaya atau tidak pentadbiran Selangor itu bergantung kepada wakil rakyat dan pemimpinnya mentadbir dan memajukan negeri berteraskan undang-undang sedia ada. “Beta menaruh harapan agar ahli-ahli Yang Berhormat dapat bekerjasama sebagai satu pasukan dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat dan negeri yang kita kasihi ini,” titahnya dalam ucapan Majlis Perasmian Pembukaan Sidang Dewan Negeri Selangor di sini hari ini. Pada masa yang sama, baginda menasihatkan Abdul Khalid supaya bertugas dengan lebih tekun, gigih dan terus berusaha mempertahankan Selangor sebagai negeri termaju di Malaysia dan sentiasa dihadapan sepanjang masa. Baginda bertitah, wakil rakyat perlu menghormati kedaulatan undang-undang dan memastikan segala tindakan dan keputusan yang diambil tidak bercanggah dan selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan serta Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor. “Janganlah hendaknya ada pihak yang menyalah tafsir peruntukan undang-undang tersebut kearah kepentingan dan manfaat sesuatu golongan tertentu sahaja. “Kita perlu sentiasa mengangkat martabat Perlembagaan Persekutuan, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor dan Undang-Undang Negara ke tahap tertinggi mengatasi segala kepentingan peribadi dan politik masing-masing,” titahnya. Sultan Sharafuddin turut menekankan kepentingan dasar prinsip tadbir urus baik (good governance) dan mahu sistem ini terus diamalkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat. Baginda turut berbangga dengan hasil Keluaran Dalaman Negara Kasar (KDNK) Selangor berjumlah 22% dengan mencatatkan jumlah pelaburan sebanyak RM11. 73 bilion pada tahun lalu dengan 252 projek berjaya dimajukan. Sehingga Mac 2013, jumlah pelaburan yang terus mengalir masuk ke Selangor telah mencecah RM700 juta dan mahu usaha perlu digiatkan lagi untuk menarik lebih ramai pelabur melabur di Selangor. Selain itu, baginda juga mahu dasar “Merakyatkan Ekonomi Selangor” (MES) diteruskan dan diperluaskan lagi skop pelaksanaannya bagi membantu meringankan beban sekaligus mengurangkan perbezaan pendapatan rakyat. Baginda percaya, dengan peruntukan MES yang dibelanjakan sebanyak RM856 juta sejak tahun 2008 sehingga Februari 2013, rakyat mendapat manfaat hasil kekayaan Selangor itu terutamanya golongan miskin dan yang memerlukan bantuan. -FMT

Wednesday 26 June 2013

PENDEDAHAN DEWAN RAKYAT , SPR MENIPU RAKYAT !

Jawapan Shahidan Kassim Menteri DiJabatan Perdana Menteri, di Parlimen semalam mengenai dakwat kekal yang sebenarnya hanya menggunakan pewarna makanan benar-benar memeranjatkan semua pihak. Ia seperti pukulan maut untuk SPR. Setelah SPR bertegang urat mempertahankan isu dakwat kekal yang banyak dipertikaikan sebelum ini, tetapi dengan jawapan Shahidan ini, kita rakyat Malaysia seperti diperbodohkan mengenai dakwat kekal itu. Malah ramai yang mengeluh, ini rupanya bentuk Malaysia tanahairku setelah 56 tahun merdeka. Penggunaan dakwat kekal yang didapati tidak kekal dalam pilihanraya lalu menjadi isu besar kepada rakyat. Setelah rakyat yang mengundi mendapati ia tidak kekal sebagaimana yang digembar-gemburkan oleh SPR, ramai yang bising mengenainya. Ramai yang membuat laporan polis mengenainya demi untuk mempertahankan proses demokrasi, termasuk seorang anggota tentera yang kemudian dikenakan tindakan di peringkat jabatan atas perbuatan yang sebenarnya berniat murni itu. SPR pula begitu pantas mempertahankan kekekalan dakwat itu setiap kali ia dibangkitkan. Kononnya ia sudah diuji dan ketidakkekalannya adalah kerana ia tidak digoncang sebelum diguna. Kononnya kalau digoncang betul-betul, ia akan tahan lama. Petugas yang mencalit dakwat diletakkan kesalahan kenapa dakwat itu mudah luntur. Kemudian apabila ia terus dipertikaikan, SPR memberi jawapan lain pula. Kononnya bahan kimia yang digunakan iaitu nitrat perak dalam dakwat itu terpaksa dikurangkan atas nasihat Kementerian Kesihatan. Seorang timbalan menteri yang juga Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan, turut bercakap dengan hujah yang sama. Namun kemudian SPR dimalukan pula apabila Menteri Kesihatan berkata pihaknya tidak pernah mengeluarkan laporan mengenai pengurangan nitrat perak dalam dakwat itu. Apabila is terus dipertikaikan, SPR lalu menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk menyiasat mengenai perkara itu untuk mengetahui apa sebenarnya yang berlaku. Agak menghairankan, mereka yang menyediakan dakwat kekal itu, mereka juga yang mengujinya, mereka juga yang mempertahankannya tetapi akhirnya kerana tekanan rakyat, menubuhkan jawatankuasa pula. Namun untuk mengaku kesilapan, jauh sekali. Rakyat pula terus keliru. Sementara rakyat di bawah terus bercakap mengenai dakwat kekal yang tidak kekal ini dan mempertikaikan kewibawaan SPR, isu ini sering saja tenggelam timbul. Tetapi rakyat hairan dengan jawapan dolak-dalik dan tidak konsisten SPR mengenai isu ini. SPR seolah-olah memberi jawapan ikut sedap mulut saja dan bukan berdasarkan fakta sebenar. Dengan jawapan Shahidan di Parlimen bahawa tiada bahan kimia digunakan dalam dalwat kekal itu, sebaliknya hanya pewarna makanan saja, Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR sepatutnya menghantukkan kepala masing-masing ke dinding jika mereka faham erti wibawa dan integeriti. Ini benar-benar memeranjatkan dan jelas bahawa pelbagai jawapan yang diberi selama ini bohong belaka. Ahmad Maslan pun turut menjadi pemimpin yang berbohong kepada rakyat. Sudahlah hanya pewarna makanan yang digunakan, kos pembelian dakwat kekal yang menececah RM7.1 juta turut menjadi isu. Kalau hanya dakwat yang menggunakan pewarna makanan, bagaimana boleh harganya mencecah semahal itu? SPR kini tidak boleh berdolak-dalik lagi. Jawapan Shahidan di Parlimen lebih dipercayai berbanding pelbagai hujah SPR di sidang media. Kewibawaan SPR sebagai pengendali pilihanraya yang bebas dan adil sudah berakhir. Rakyat berhak mempertikaikan pelbagai isu mengenai pengendalian pilihanraya oleh SPR memandangkan untuk menguruskan hal yang begitu mudah seperti dakwat kekal pun, mereka tidak mampu melakukannya dengan baik. Rakyat juga hairan kenapa dakwat kekal di negara kita menjadi begitu kalut sedangkan penggunaannya di India dan Bangladesh tidak pernah timbul masalah dan sudah digunakan sejak puluhan tahun lamanya. Jika susah sangat, import saja dakwat yang sama yang digunakan di kedua-dua negara itu! Dalam hal ini, memang tiada alasan lagi untuk Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR mempertahankan diri mereka. Sudah sampai masanya mereka secara sukarela mengundurkan diri dan meletakkan jawatan. Tidak perlulah berdolak-dalik lagi mengatakan perlantikan mereka atas perkenan Yang Dipertuan Agong dan memaksa berundur kononnya mempertikaikan peranan dan perlantikan baginda itu. Terus mempertahankan benang basah hanya mengeruhkan lagi keadaan. Letak jawatan dan biar orang lain yang lebih berwibawa memimpin SPR. Memandangkan pilihanraya kecil Kuala Besut akan diadakan tidak lama lagi, seeloknya mereka mengundurkan diri sebelum pilihanraya itu berlangsung. Ternampak sekarang, dengan pelbagai kemelut ini, merekalah yang sebenarnya sedang mencemar nama baik Yang Dipertuan Agong, sistem demokrasi dan Raja Berperlembagaan di negara ini dengan jawapan dan hujah yang entah apa-apa dan ikut sedap mulut saja mengenai dakwat kekal yang dipertaikaikan oleh seluruh rakyat Malaysia.

Tuesday 25 June 2013

BERITA TERKEJUT DI KUALA BESUT ,INNALILLAH ..

Adun Kuala Besut, Dr A Rahman Mokhtar meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah pada pukul 10 pagi tadi. Beliau yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Terengganu dimasukkan ke Hospital Besut pada pagi Khamis minggu lepas dipercayai akibat masalah penafasan sebelum dirujuk ke HSNZ. Jenazah akan disembahyang dan dikebumikan di Masjid Teluk Bayu, Kuala Besut. Buat masa sekarang, jenazah masih lagi berada di Kuala Terengganu. Sema-samalah kita sedekahkah Al-Fatihah kepada Allahyarham dan semoga roh beliau ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Friday 21 June 2013

56 ADUN SELANGOR ANGKAT SUMPAH

SHAH ALAM, 21 JUN : Seramai 56 anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) termasuk 12 wakil daripada BN hari ini secara rasminya mengangkat sumpah sebelum bermulanya persidangan Dewan Negeri Selangor (DNS) sesi ke-13, Jumaat depan. Kesemua 56 Adun itu mengangkat sumpah taat setia dalam memelihara, melindungi serta mempertahankan Undang-undang Tubuh Negeri Selangor di hadapan Speaker DNS yang baru dilantik, Hannah Yeoh. Majlis itu bermula dengan upacara mengangkat sumpah oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim diikuti tiga Exco Negeri Selangor iaitu Datuk Teng Chang Khim, Iskandar Samad dan Rodziah Ismail. Ia kemudiannya disusuli dengan tujuh Exco Selangor yang lain dan kemudiannya diikuti oleh anggota dewan Pakatan Rakyat (PR) serta BN. Terdahulu, majlis dimulakan dengan cadangan Menteri Besar mengemukakan nama Hannah Yeoh sebagai Speaker DNS yang baru dan diikuti Teng yang mencadangkan Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad sebagai Timbalan Speaker. Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) yang lalu, PR menang di Selangor dengan memperoleh majoriti lebih dua pertiga apabila menguasai 44 daripada 56 kerusi DUN.

Thursday 20 June 2013

SELANGOR BENTUK SURUHANJAYA PENYIASAT PRU13

Menteri besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata kerajaan negeri akan membentuk satu suruhanjaya untuk menyiasat penipuan dan pelanggaran peraturan pilihan raya yang didakwa berlaku di negeri berkenaan dalam pilihan raya umum ke-13. Syarat dan terma rujukan suruhanjaya berkenaan serta senarai anggotanya akan diumumkan tidak lama lagi, katanya dalam satu kenyataan hari ini. “Penubuhan suruhanjaya ini selaras dengan kuasa yang diberikan kepada kerajaan di bawah Seksyen 2(3)(d) Akta Suruhanjaya Siasatan 1950. “Kerajan negeri berpendapat bahawa penyelewengan pilihan raya adalah melibatkan kepentingan awam dan perkara ini termaktub di bawah akta berkenaan,” kata Khalid. Katanya, suruhanjaya itu antara lainnya akan diurus oleh timbalan speaker DUN, Nik Nazmi Nik Ahmad yang akan mengangkat sumpah jawatan berkenaan esok. Timbalan speaker DUN berkenaan akan bertindak sebagai penyelaras suruhanjaya berkenaan "Kerajaan Selangor berpendirian bahawa penyelewengan pilihan raya adalah kesalahan serius yang boleh merosakkan sistem demokrasi negara ini dan amat penting untuk kerajaan negeri menyiasat dakwaan itu bermula dari akar umbi," kata Khalid lagi.

Thursday 13 June 2013

UMNO MALU BESAR ,UTUSAN MEMANG DAH TERUK APALAGI BN!

Penafian beberapa syarikat pengeluar kereta bahawa mereka menurunkan harga kereta, sebagai sebahagian memenuhi janji pilihan raya BN, dilihat memalukan parti itu, kata Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad. Menurut Nik Nazmi lagi, ia sekali gus mendedahkan betapa terdesaknya parti pemerintah dalam berhadapan dengan kempen turunkan harga kereta oleh Pakatan Rakyat. "Episod memalukan ini mendedahkan betapa terdesaknya Umno-BN dalam berhadapan dengan kempen #TurunkanHargaKereta Pakatan," kata Nik Nazmi dalam kenyataannya hari ini. Pada 10 Jun lalu, akhbar Umno Utusan Malaysia melaporkan, kerajaan memenuhi janji menurunkan harga kereta secara berperingkat apabila lima syarikat pengeluar kereta mengumumkan penurunan harga 10 model kereta keluaran mereka. Harian itu juga melaporkan, penurunan antara RM449 hingga RM12,775 (dari 0.7 hingga 11 peratus) dalam tempoh Januari hingga Mei tahun ini membabitkan kereta keluaran Peugeot, Proton, Perodua, Volkswagen dan Honda. Penurunan fasa pertama harga kenderaan itu merupakan sebahagian daripada pelan kerajaan menurunkan secara berperingkat harga kereta sebanyak 20 hingga 30 peratus sehingga 2007. Bagaimanapun, sebuah portal berita hari ini melaporkan, Volkswagen dan Peugeot menafikan perkara itu. Volkswagen dilaporkan berkata, harga modelnya Golf tidak diturunkan dari RM169,888 kepada RM157,888, sebaliknya memang dilancarkan daripada awal dengan harga RM157,888. Manakala Peugeot pula dilaporkan berkata, mereka tidak dirujuk dan tiada kaitan dengan artikel itu. Menurut pengeluar kereta Perancis itu juga, harga yang ditunjukkan 308 Turbo pra- facelift dan 308 VTi sebenarnya merupakan dua varian berbeza dari Peugeot 308.

Monday 10 June 2013

RUMAH MAMPU MILIK SELANGOR SIAP 2014

SHAH ALAM 5 MAC : Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) bakal tampil dengan satu lagi Projek Rumah Mampu Milik (RMM) yang terletak Desa Alam Sekysen U12 yang dijangka berada di siap pada Disember 2014. PKNS dengan usahasama Debbin Sdn Bhd ini merupakan RMM keempat PKNS selepas projek berkembar 1422 unit di Bukit Botak Selayang, 124 unit pangsapuri di Seksyen 3 Bandar Baru Bangi dan 129 unit rumah teres 1 1/2 tingkat di Antara Gapi Serendah. “Projek ini menawarkan sejumlah 104 unit pangsapuri dengan keluasan setiap unit antara 750 hingga 850 kaki persegi. “Dengan rekabentuk yang menarik, projek ini juga menawarkan suasana kondusif dengan tiga bilik tidur dan dua bilik air. “Seperti juga projek pangsapuri mampu milik PKNS di Bandar Baru Bangi, sebanyak empat unit akan disediakan untuk orang kelainan upaya (OKU),” kata Pengurus Besar PKNS, Othman Omar. Othman berkata, projek-projek ini adalah sebahagian daripada perancangan 20 tahun PKNS untuk membina sebanyak 31,000 unit RMM di negeri Selangor untuk tempoh sehingga 30 tahun. Rumah Debbin PKNS 2 “Pembinaan rumah mampu milik berkualiti ini dijangka akan menelan belanja subsidi lebih RM1.1 bilion,” katanya. Ujarnya, projek ini juga membuktikan yang Kerajaan Negeri dan PKNS juga prihatin dengan kehendak masyarakat bandar dan luar bandar. Sementara itu. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, sehingga kini PKNS sudah dapat membina lebih daripada 100,000 unit rumah pangsapuri kos rendah. Abdul Khalid berkata demikian ketika merasmikan majlis pecah tanah bagi pembinaan rumah idaman PKNS-Debbin Sdn Bhd di Desa Alam Seksyen U12 di sini. Turut hadir dalam majlis itu Exco Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar Abdul Samad.

PRASARANA SUKAN SELANGOR TINGKATKAN !

BANGI, 10 JUN: Prasarana sukan di Selangor akan dipertingkatkan bagi menarik minat penganjur sukan memilih negeri ini sebagai venue(tempat) pertandingan yang mereka anjurkan. Selain mampu meningkatkan hasil industri pelancongan, langkah tersebut juga dapat memperkenalkan Selangor sebagai salah satu destinasi pelancongan dan sukan di peringkat antarabangsa. Menurut Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika merasmikan Majlis Penutup Sukan Mahkamah Syariah di Stadium Pusat Sukan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini, pada masa ini pelbagai pertandingan sukan antarabangsa dianjurkan di Selangor. Antaranya termasuk Pertandingan Karate-do yang disertai 15 negara yang diadakan setiap tahun di Shah Alam. “Bersama saya Exco Belia dan Sukan Selangor, Dr Ahmad Yunus Hairi untuk tingkatkan lagi tarikan sukan di Selangor untuk jadikan Selangor sebagai destinasi untuk penganjuran acara sukan. “Sukan bukan sahaja baik untuk kesihatan, tetapi untuk menarik minat kontinjen luar jadikan Selangor sebagai venue,” kata Abdul Khalid. Sebelum itu, Sukan Mahkamah Syariah kali ke-2 dilangsungkan selama tiga hari di Stadium Pusat Sukan UKM disertai hampir 1,000 kontinjen yang mewakili negeri-negeri seluruh negara. Sukan tahunan tersebut melibatkan 10 acara seperti memanah, futsal, bola keranjang, ping pong, golf, menembak dan lain-lain. Dalam kejohanan kali ke-2 itu, Perlis muncul sebagai juara keseluruhan, diikuti Perak kedua dan Negeri Sembilan ketiga. Turut hadir dalam majlis penutup tersebut Ketua Hakim Syarie, Tan Sri Ibrahim Lembut.

Thursday 6 June 2013

PERUNTUKAN PUSAT WAJAR TURUN TANPA PILIH BULU!

SHAH ALAM 6 JUN : Kerajaan Negeri Selangor akan mengadakan pertemuan dengan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam masa terdekat bagi membincangkan kerjasama dan halatuju pembangunan sukan di negeri itu. Exco Belia dan Sukan, Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, penggal yang lalu beliau tidak menafikan pihaknya menghadapi situasi seperti dianaktirikan oleh Kerajaan Pusat berkaitan sukan dan belia di Selangor. Beliau mengharapkan Khairy Jamaluddin selaku Menteri Beliau dan Sukan yang baru dengan sikap terbukanya yang cuba ditonjolkan untuk mendekaptkan diri dengan belia akan memudahkan urusan ini. “Kita merancang untuk berjumpa beliau supaya diharapkan peruntukan daripada Kerajaan Pusat kepada Kerajaan Negeri tidak dianaktirikan,” kata beliau.Yunus Hairi Jelas beliau, pertemuan rasmi itu dijangkakan akan diadakan pada minggu depan dan surat rasmi sudah dihantar dan hanya menunggu respon daripada pihak KBS. Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Penyampaian Anugerah Sukan Negeri Selangor 2012 yang diadakan di Grand Ballroom Hotel Concorde di sini. Kata beliau lagi, Kerajaan Pusat tidak wajar untuk meminggirkan negeri Selangor dalam pembangunan sukan kerana negeri ini terbukti melahirkan atlet-atlet terbaik yang banyak menyumbang kepada kemajuan sukan negara. “Peruntukan daripada Kerajaan Pusat wajar diberi tanpa melihat batasan politik kerana kita mahu memajukan sukan di negara kita,” kata Dr Yunus. Ujar beliau lagi, untuk penggal kedua pentadbiran Pakatan Rakyat ini penumpuan konsep ‘Sukan Untuk Semua’ akan diteruskan bagi memajukan sukan negeri. “Kita memberikan penumpuan kepada sukan berprestasi tinggi yang mana kecemerlangan negeri Selangor yang melahirkan atlet berjaya menjadi contoh kepada negeri-negeri lain. “Kerajaan Negeri bersedia memberikan peruntukan untuk pembangunan sukan dan penambahbaikan kemudahan sukan di negeri ini,” kata beliau.

Wednesday 5 June 2013

JANGAN SEWENANG JUAL RUMAH BILA DAH DIANUGERAH !

SHAH ALAM: Penduduk Bukit Botak yang berhasrat menjual semula kediaman mereka kepada orang awam dinasihat supaya tidak melakukannya terlebih dahulu bagi mengelakkan dieksploitasi oleh ejen perumahan. Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar, Iskandar Abdul Samad berkata, Kerajaan Negeri menerima laporan bahawa terdapat ejen yang bertemu dengan pembeli supaya rumah tersebut dijual kembali kepada orang ramai. Katanya, perkara tesebut tersebar luas di laman web di mana ejen-ejen ini didapati mengiklankan kembali rumah di Bukit Botak untuk dijual di pasaran yang terbuka. “Kerajaan Negeri memandang serius perkara ini kerana kita tidak mahu pembeli rumah dieksploitasi. Kami mendapat laporan bahawa rumah yang pada asalnya berharga RM99,000 kini diletakkan dalam pasaran sehingga RM290,000 sebuah,”katanya. Tambahnya, selepas menyelesaikan dengan baik isu Bukit Botak, Kerajaan Negeri prihatin dan tidak mahu rakyat terus tertipu. Sehubungan itu, Kerajaan Negeri menubuhkan satu jawatankuasa yang dianggotai Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor serta Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) untuk membantu penduduk yang benar-benar ingin menjual semula rumah tersebut. Katanya, melalui cara itu penduduk tidak akan mudah ditipu oleh ejen perumahan tidak bertauliah dan penjualan rumah di kawasan itu dapat dikawal. Projek rumah berkembar di Bukit Botak diambil alih pembinaannya pada September 2010 selepas Kerajaan Negeri mengambil alih projek terbengkalai ituselepas puluhan tahun gagal diselesaikan Kerajaan Umno-BN sebelum ini. Bertempat di tanah seluas 165 ekar ia menempatkan sejumlah 1,422 unit rumah berkembar satu tingkat berharga RM99,000 seunit bagi unit standard.

Tuesday 4 June 2013

REALISASIKAN SELANGOR ADALAH NEGARA BERKEBAJIKAN !

SHAH ALAM: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) sepatutnya berbangga kerana dapat melaksanakan kadar bayaran tempat letak kereta terendah di bawah pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat. Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abd Samad pada sidang media di pejabatnya pagi ini memberitahu MBSA juga sepatutnya meletakkan kebajikan rakyat sebagai perkara asas dalam setiap perkhidmatan yang mereka sediakan. Katanya lagi, Datuk Bandar MBSA juga perlu memastikan perkhidmatan yang berkualiti diberikan kepada rakyat bukannya menyukarkan warga Shah Alam dengan kenaikan kadar tersebut. "Kita mendapat makluman mengatakan MBSA akan menaikkan kadar letak kereta dari 40 sen sejam kepada 60 sen sejam. "Saya berpendapat MBSA perlu mengekalkan kadar yang sedia ada dan berbangga kerana dapat melaksanakan kadar harga yang rendah di bawah pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat," jelasnya yang juga AJK PAS Pusat. Tambah Khalid , walaupun Kerajaan Pakatan Rakyat memberi kebebasan untuk setiap institusi kerajaan negeri membuat perubahan tetapi ia perlu meletakkan kebajikan rakyat sebagai asas utama. Malah katanya lagi dengan kenaikkan kadar tersebut akan menyukarkan warga penduduk Shah Alam khususnya. "Kita perlu mengambil kira kehendak rakyat dan bukannya menyukarkan kehidupan harian mereka dengan kenaikkan harga walaupun hanya 20 sen. "Sebagai sebuah kerajaan yang perihatin hak dan kehendak rakyat menjadi agenda utama kita," sambung beliau. Khalid yang meminta agar MBSA mencari jalan penyelesaian yang terbaik dalam perkhidmatan mereka terutamanya soal kualiti tempat letak kereta. Jelasnya lagi, perjanjian antara MBSA dan syarikat yang menyediakan perkhidmatan tersebut juga perlu ditelitikan semula bagi kebaikan untuk semua pihak. MBSA dalam satu kenyataan sebelum ini akan berbincang dengan syarikat penyedia dan konsesi tempat letak kenderaan, Suasa Efektif (M) Sdn. Bhd. mengenai kadar bayaran baharu itu bagi menentukan tarikh untuk dikuatkuasakan. Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mohd. Jaafar Mohd Atan ketika mempengerusikan mesyuarat bulanan MBSA baru-baru ini menyatakan kadar bayaran tempat letak kereta dinaikkan daripada 40 sen kepada 60 sen sejam. Beliau berkata, kenaikan itu wajar memandangkan kadar 40 sen sejam telah diperkenal sejak 1998.

Thursday 30 May 2013

Wednesday 29 May 2013

FOKUS ANJUNG UTARA SELANGOR !

Selangor perlu fokus kepada Anjung Utara KEGAGALAN Pakatan Rakyat untuk menang lima kerusi parlimen di utara Selangor dalam PRU13 pada 5 Mei lalu seharusnya diberi perhatian serius oleh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor untuk penggal kedua ini. (Warna biru yang dikuasai BN di Selangor) PRU lalu BN menang bergaya di 5 kerusi berkenaan iaitu Sabak Bernam, Sungai Besar, Tanjong Karang, Kuala Selangor dan Hulu Selangor. Kesemuanya berada di utara Selangor dan di kawasan pengundi Melayu. Kerusi parlimen Kuala Selangor yang disandang oleh PAS turut dirampas semula oleh BN dalam PRU lalu. Walaupun Pakatan Rakyat terus mentadbir negeri ini dengan memenangi 44 kerusi daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) namun, kehilangan lima kerusi itu harus dikaji mengapa ianya tidak menjadi milik Pakatan Rakyat dalam pilihan raya lepas. Kehilangan lima kerusi itu, sebagaimana dijangka oleh sesetengah pihak kerana sebab-sebab tertentu antaranya projek-projek pembangunan yang dijalankan kerajaan Pakatan Rakyat pada penggal pertama belum menyeluruh. Antara yang jelas masalah projek terbengkalai merupakan isu utama yang sering dibangkitkan penduduk sehingga daerah ini dikatakan sinonim dengan pembangunan terbengkalai. Kesan buruk pembangunan itu bermula sejak zaman pemerintahan BN lagi dan rakyat mahu agar peralihan kuasa di peringkat negeri mampu membawa perubahan. Malangnya, hampir sepenggal penguasaan Pakatan Rakyat di Selangor, tiada sebarang perubahan membanggakan dapat dipersembahkan kepada rakyat di kawasan ini. (Bukit Beruntung yang tidak untung) Terdapat sebanyak 11 projek terbengkalai di sekitar Hulu Selangor melibatkan kawasan di Bukit Beruntung, Bukit Sentosa, Lembah Beringin, Batang Kali, Serendah, Rasa, Kerling, Hulu Bernam, Rawang dan Sungai Choh. Rekod tersebut turut menunjukkan jumlah keseluruhan unit yang terbengkalai adalah 3,832 unit termasuk rumah teres dan teres berkembar, lot banglo dan banglo setingkat, kedai bertingkat dan bangunan pejabat serta bangunan perindustrian. Pembangunan keseluruhan kawasan tersebut bermula antara 1995 hingga 2006 dan kawasan paling banyak pembinaan terbengkalai adalah Bukit Beruntung dan sekitar Bukit Sentosa serta Lembah Beringin. Bagaimanapun, Kerajaan Selangor di bawah pentadbiran Tan Sri Khalid Ibrahim menyedari masalah ini dan berjanji akan menumpukan pembangunan di kawasan luar bandar seperti Kuala Selangor, Sabak Bernam dan Tanjung Karang pada penggal kedua ini. Dalam wawancaranya dengan Malaysiakini, Khalid berjanji akan memberikan fokus kepada pembangunan luar bandar yang sebelum ini agak terabai. Hasilnya, Pakatan hanya menang di bandar dan kalah di kawasan luar bandar ini. Langkah ini supaya rakyat di kawasan-kawasan pendalaman tersebut dapat merasa nikmat kekayaan Selangor yang selama ini tertumpu di kawasan bandar seperti Petaling Jaya, Shah Alam, Klang dan Ampang. Usaha pembangunan tersebut meliputi pembinaan infrastruktur seperti jalan raya dan bangunan komersial, selain penjanaan industri kecil dan sederhana serta besar bagi membuka lebih banyak peluang pekerjaan untuk belia. Dasar pembangunan desa dimulakan pada penggal lalu oleh pentadbiran Pakatan Rakyat Selangor yang mana objektifnya adalah supaya rakyat luar bandar tidak perlu berhijrah ke bandar untuk mencari pekerjaan dan perumahan yang setaraf dengan masyarakat bandar. Antara inisiatif yang dimulakan untuk memenuhi objektif tersebut adalah pembinaan Projek Rumah Mampu Milik di Sabak Bernam dan lebih banyak pusat komersial di Kuala Selangor. Dalam Kongres PKR baru-baru ini pula, Khalid Ibrahim (gambar) secara berseloroh menerima teguran yang mengatakan beliau sebelum ini merupakan seorang yang kedekut. Beliau juga berkata, berdasarkan teguran itu, beliau kini mengambil inisiatif untuk "membelanjakan" wang kerajaan negeri Selangor yang telah disimpan sebelum ini. "Tuan-tuan kata saya sangat kedekut. Itu bukan duit saya. Tapi saya terima... Saya terima konsep itu. Saya kena belanjakan duit itu lebih baik lagi. Buat apa simpan duit begitu banyak. "Jadi saya ingin memulakan supaya kawasan perkampungan di desa akan dibangunkan melalui beberapa usaha supaya pendapatan mereka dalam masa tiga tahun akan datang akan bertambah," kata Khalid dalam ucapan pergulungan Kongres Nasional Keadilan kali ke-9 di Petaling Jaya baru-baru ini. Kerajaan negeri bawah pimpinan Khalid telah mengumpulkan sejumlah RM2.6 bilion dalam bentuk rizab. Jika ini yang hendak dilakukan Khalid bermakna kawasan Anjung Utara inilah yang bakal menjadi sasaran pembangunan Selangor sepanjang penggal lima tahun kedua beliau menjadi MB Selangor. Sebelum ini, Anjung Utara ini dibangunkan oleh bekas MB Selangor, Tan Sri Muhamad Haji Mohd Taib. Sebagai salah seorang Adun di Hulu Selangor (Batang Kali), Muhamad cuba membangunkan kawasan ini. Maka lahirlah projek Bukit Beruntung dan Lembah Beringin yang termasuk dalam Anjung Utara Selangor ini. Namun selepas beliau tidak menjadi MB, fokus kepada kawasan ini sudah tidak ada. Hasilnya projek Bukit Beruntung bukan lagi menguntungkan pembeli dan penduduknya bahkan merugikan. Menjelang PRU 13 lalu, Muhamad menyertai PAS. Antara kesannya, PAS berjaya menambahkan kerusinya dari lapan ke 15 kerusi dalam DUN Selangor. (TS Muhamad Taib menyertai PAS menjelang PRU 13 lalu...pengalaman beliau tidak wajar dibiarkan begitu sahaja) Selepas pilihan raya, Muhamad antara tokoh yang faham benar dengan kawasan ini dan kemampuan yang beliau ada perlu dipergunakan sepenuhnya untuk kepentingan Selangor dan rakyatnya. Penyertai Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifudin Nasution Ismail ke dalam kerajaan negeri Selangor juga harus dipergunakan sepenuhnya untuk membangunkan kawasan ini. Gunalah sepenuhnya bank tanah yang ada hasil pembelian aset Talam oleh kerajaan negeri dan janganlah ia dijeruk sahaja dalam PKNS itu. Sekurang-kurangnya berilah mereka harapan. Posted on Thursday, May 30 @ 01:00:00 MYT by ahmadi

Monday 27 May 2013

BELANJA UNTUK KEBAJIKAN RAKYAT & KEBAIKAN NEGERI SELANGOR

KENYATAAN AKHBAR : LEGA BILA MENTERI BESAR SELANGOR AKAN BAIKI KELEMAHAN. Ramai rakyat Negeri Selangor yang akan merasa rasa lega apabila Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berjanji akan memperbaiki kelemahan beliau setelah beliau membuat pengakuan yang beliau memang kedekut. Pakatan Rakyat telah menang besar di Selangor walaupun masih terdapat banyak rungutan tentang longkang-longkang yang pecah, jalan-jalan yang berlubang, kemudahan awam yang tidak sempurna dan perkhidmatan Pihak Berkuasa Tempatan yang masih perlu diperbaiki. Rakyat mempunyai harapan yang tinggi terhadap Pakatan Rakyat. Oleh itu kita tidak seharusnya mensia-siakan keyakinan mereka. Saya melihat permintaan rakyat ini bukanlah untuk bermewah-mewah tetapi adalah keperluan asas yang diharapkan oleh seorang pembayar cukai. Membelanjakan duit rakyat untuk perkara-perkara tersebut bukan satu tindakan menyalahguna duit rakyat malah sekiranya duit rakyat tidak dibelanjakan walhal keperluan mereka masih belum dipenuhi maka ianya adalah satu pengabaian kepada amanah yang dipikul. Walau bagaimana saya yakin pada penggal kedua ini lebih banyak dana akan dibelanjakan untuk agar kemudahan dan pekhidmatan yang diterima rakyat berpadanan dengan Selangor sebuah negeri yang termaju di Malaysia. Iskandar Abdul Samad Ahli Dewan Negeri Chempaka / Yang Dipertua PAS Kawasan Pandan 26 Mei 2013

NEGARA MALAYSIA PERLU DIBETULKAN SEMULA !

Negara perlu disusun semula dari alif, baa, taa Serius, negara kita wajar disusun semula segala-galanya. Kita tidak lagi mempunyai sistem sebuah kerajaan yang ‘sustainable’ dalam segala bidang. Semuanya sudah tidak boleh dipakai lagi dan jika tiada perubahan maka kita tidak akan lagi berada di dalam sebuah negara yang berkerajaan yang benar-benar selari dengan kehendak demokrasi dan kehendak kemajuan dunia masakini. Keyakinan terhadap semua institusi demokrasi sudah sampai tahap terendah dan tidak diketahui lagi samada kita ini akan maju ketahap dunia pertama atau berundur dan mengelongsor ketahap kerajaan dunia ketiga. Kita membiarkan kepimpinan kerajaan menyerang dan merobohkan semua institusi demokrasi. Sistem kehakiman, kepolisian, undang-undang dan berbagai-bagai lagi telah dilacurkan. Kita seolah-olah sedang tinggal dalam sebuah negara yng sama tahap kewibawaannya seperti Zimbabwe, Mali, Congo dan lain-lain. Jatuhnya kewibawaan sesebuah negara dan kerajaan itu berkait rapat dengan kewibawaan pemimpin-pemimpinnya. Di negara kita sistem yang ada sudah tidak diyakini lagi oleh bukan sahaja rakyat kita sendiri, tetapi telah menjadi cemuhan masyarakat antarabangsa. Sudah tiada pihak yang serius untuk melakukan perubahan untuk mengembalikan negara kita ketahap yang pernah kita alami dahulu. Dulu negara kita adalah negara yang paling hampir kepada tahap dunia pertama dan negara maju.sejurus kita mencapai kemerdekaan dahulu. Pencapaian kemajuan yang dimaksudkan bukannya dari segi pembangunan fisikal semasa itu, tetapi sikap dan suasana kepimpinan semasa itu jauh lebih baik dari masa sekarang. Dulu kepimpinan kita begitu masyhur dengan kewibawaan sebagai pemimpin sebuah negara yang cepat mencapai tahap negara maju. Tetapi bagi pimpinan sekarang mereka mengaku dan memuji diri sendiri yang kita telah hampir ketahap itu. Tetapi apakah benar kita sudah menghampiri tahap dunia maju seperti yang digembar-gemburkan itu? Kalau kita sebut negara maju itu apakah definasi negara maju sebenarnya? Adakah cukup dengan membina bangunan tinggi-tinggi yang hampir setinggi awan itu untuk menjadi kayu pengukur kemajuan itu? Adakah sudah mencukupi jika kita membina jambatan panjang-panjang atau membina tiang bendera yang tertinggi di dunia itu sudah melayakkan kita digulungkan ke dalam negara maju? Bagaimana dengan sikap dan nilai pemikiran kita tidak perlu dibina untuk melayakkan kita menjadi sebuah negara maju? Tidak perlu kah kita membina kepimpinan yang beretika dahulu sebelum kita menjadi negara maju? Apa kah sebenarnya ciri-ciri penting yang perlu ada sebelum kita boleh menganggap negara kita sudah mencapai ke tahap negara maju itu? Pendeknya tahukah kita semua apa dia negara maju itu? Negara maju itu adalah sebuah negara yang matang. Kematangan negara itu bukan setakat mencapai kemajuan fisikalnya tetapi kematangan yang meliputi bidang kehidupan yang lain. Kematangan sesebuah negara itu boleh kita lihat dari segi politiknya, kemajuan pemikiran rakyat lebih-lebih lagi pemikiran pimpinannya. Negara maju yang matang mempunyai rakyat yang hidupnya penuh dengan etika kehidupan sehariannya dan lebih-lebih lagi dari segi sikap mereka terhadap semua isu ada didepan mata mereka. Dalam sebuah negara maju sistem kehakiman mereka tidak boleh dipengaruhi oleh politik dan menyebelahi sesuatu pihak. Pihak eksekutifnya tidak boleh masuk campur dalam hal yang berkaitan dengan kehakiman itu. Sistem kehakiman kita suatu ketika dahulu adalah badan bebas tetapi dihancurkan oleh pimpinan kerajaan (executive) semasa pimpinan seorang Perdana Menteri yang boleh berjalan di atas air dahulu. Di England badan yang mengendalikan pilihanraya tidak menunjukkan sikap seperti pimpinan SPR di sini yang menunjukkan ‘thumbs up’ di depan media setelah BN berjaya mengekalkan mandat walaupun mandat yang bertambah kecil. SPR di sini seolah-olah adalah salah satu dari anggota Barisan Nasional yang berbelas-belas itu. Di negara maju anggota Polisnya lebih menumpukan tenaga untuk menjaga keselamatan negara dan tidak seperti disini di mana anggota Polisnya lebih menumpukan perhatian kepada pemimpin pembangkang sahaja. Jenayah bertambah-tambah dan segala jenis jenayah nampak seperti tidak ada kawalannya. Polis sudah hilang ‘priority’ terhadap tanggungjawabnya. Mereka lebih percaya yang perhimpunan anjuran PKR itu lebih bahaya dari kumpulan penyamun yang sentiasa mengintai-ngintai untuk menyamun rumah-rumah yang boleh mereka masuk untuk menyamun. Pendeknya seluruh sistem dan kewibawaan kerajaan sudah tidak boleh lagi diperbaiki oleh pimpinan yang ada sekarang ini. Seperti yang selalu saya sarankan, negara kita perlu melakukan transformasi, bukan seperti yang dianjurkan oleh Najib tetapi transformasi yang hakiki. Kita terpaksa memulakan dengan menyusun kembali negara ini dari ABC atau alif baa taa. ‘The elders have to take charge’ buat sementara untuk menyususn kembali negara yang telah tersimpul mati dengan kemelut dan masalah yang tidak kunjung selesai itu. ‘Budak-budak’ yang tidak berhenti-henti berkelahi itu duduk di tepi dahulu, hisab cerut atau rokok daun, atau duduk bersama saya di kedai kopi mamak mana-mana. Untuk memulakannya biar lah mereka yang memahami selok belok siasah dan pentadbiran dan mempunyai roh sejati untuk memperbaiki keadaan ini. Najib hanya pandai bercakap tentang ‘national reconciliation’. Tetapi beliau juga adalah pihak yang terlibat dalam pergaduhan untuk mengekalkan kuasa dengan orang yang hendak mendapatkan kuasa itu. Jika Najib benar-benar jujur untuk matlamat itu, beliau sepatutnya mempunyai otot yang cukup kuat untuk mendisiplinkan ahli-ahli partinya untuk tidak berkata dan bertindak tanpa mempunyai ‘clue’ yang betul untuk melakukannya.

Sunday 19 May 2013

SINAR ISLAM MEMANCAR DI SELANGOR DARUL EHSAN !

Cahaya Islam sudah mula memancarkan cahayanya di negeri Selangor Darul Ehsan, jika diukur dari prestasi PAS mencatat kejayaan memenangi 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13) baru-baru ini. Kerusi DUN yang dimenangi PAS ialah Sabak, Taman Templer, Gombak Setia, Hulu Kelang, Lembah Jaya, Chempaka, Dusun Tua, Bangi, Seri Serdang, Paya Jaras, Meru, Selat Klang, Sijangkang, Morib dan Tanjung Sepat. Keupayaan PAS memenangi tambahan 7 kerusi lagi menjadikan 15 berbanding 8 kerusi DUN sahaja pada 2008, peningkatan hampir 100 peratus, merupakan satu lonjakan dan kemenangan yang besar bagi PAS, satu-satunya parti yang menggabungkan perjuangan politik dan aktiviti dakwah. Pada PRU-13, rakyat Selangor yang terdiri dari golongan teknokrat, kelas menengah dan miskin bandar serta celik internet dan kaya maklumat dengan bebas dan berani menyatakan sokongan kuat kepada PAS. Jika trend ini berterusan maka suatu hari nanti, kita tidak harus terperanjat jika Selangor, negeri termaju dan terkaya di negara ini, akan mengikut jejak langkah Kelantan, negeri yang terkenal dengan gelaran “Serambi Mekah”. Analisa keputusan PRU-13 di negeri Selangor khususnya, menunjukkan para pengundi tidak takut dengan dakyah Umno mempermainkan isu pelaksanaan hukum hudud jika PAS berkuasa, baik di peringkat negeri lebih-lebih lagi di peringkat persekutuan. Walaupun hampir 100 peratus ahli Umno terdiri daripada orang Melayu dan beragama Islam, mereka bersembunyai sebalik tabir MCA, untuk cuba menakut-nakutkan rakyat dengan menghina hudud, hukum yang jelas disebut dalam Al Quran. Kalaupun ada segolongan rakyat yang termakan dengan suntikan racun Umno-Barisan Nasional (BN) ini, mereka ini adalah orang-orang Melayu yang kurang berpendidikan yang kebanyakannya menetap di kampung-kampung. Rakyat di bandar dan pinggir bandar, baik orang Melayu, Cina atau India terutamanya di Selangor tidak mudah terpedaya dengan taktik jahat Umno-BN ini dan ini terbukti dengan jumlah undi yang dipungut oleh calon-calon PAS berdasarkan demografi pengundi. Masyarakat Cina di Selangor jelas mengundi calon PAS di kawasan-kawasan di mana tidak terdapat calon DAP dan nampaknya orang Melayu di kampung lebih takut kepada hudud berbanding masyarakat Cina dan India di bandar.

Friday 17 May 2013

27 SPR DICABAR !

PRU13 : 27 Kawasan Parlimen Akan Dicabar? PKR hari ini (13 Mei) berkata mereka telah menerima 237 laporan penipuan yang berlaku ketika Pilihan Raya 2013 di 27 kawasan Parlimen yang dimenangi Barisan Nasional (BN). Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli, berkata, pasukan #siasatPRU13 yang diketuainya turut menemui keraguan di lapan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Perak, Kedah dan Pulau Pinang, dan akan meneliti kesemua kerusi berkenaan. “PKR akan bekerjasama dengan DAP dan PAS untuk menjalankan siasatan,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat PKR di sini. “Oleh kerana 19 daripada kerusi ini dimenangi tipis oleh BN adalah kerusi PKR, proses mengumpul maklumat dan bukti bagi tujuan petisyen pilihan raya sedang giat dijalankan.” Rafizi juga mengesahkan Pakatan Rakyat (PR) juga akan mengemukakan petisyen mengenai penipuan dalam pilihan raya umum ke-13 pada hujung Mei ini, namun mendakwa undang-undang pilihan raya tidak “mesra” pembangkang. “Kami akan kemuka petisyen hujung Mei ini ... bagaimanapun undang-undang semuanya menentang kami kerana BN yang buat undang-undang,” katanya. “Saya tidak menjangkakan petisyen akan berpihak kepada pembangkang,” katanya dan menambah, beliau tidak mempercayai gesaan pemimpin BN supaya menyuarakan rasa ketidak puasan hati mereka berhubung perjalanan pilihan raya melalui petisyen. Ketika sidang media itu juga, Rafizi turut mengemukakan senarai antara kerusi yang diraguinya, termasuklah Bentong; Kuala Selangor; Baram; Sungai Besar; Pasir Gudang; Labis; Machang; Ketereh; Titiwangsa; Tebrau; Bagan Serai; Kota Marudu; dan Beufort. Rafizi turut menyenaraikan kerusi Setiawangsa; Segamat; Ledang; Balik Pulau; Kulim Bandar Baharu; Pulai; dan Kuala Kangsar; Muar; Pendang; Hulu Selangor; Sabak Bernam; Merbok; Pensiangan; dan Saratok. Ahli Parlimen Pandan itu turut menegaskan, daripada 27 kerusi Parlimen berkenaan, hanya dua sahaja yang mereka masih lagi belum menerima laporan penipuan iaitu di kerusi Parlimen Machang dan Hulu Selangor. Antara kriteria utama yang menjadi fokus siasatan mereka jelas Rafizi adalah termasuk margin kemenangan tipis bawah 5 peratus; margin kemenangan tidak sepadan dengan undi rosak apabila undi rosak lebih besar daripada margin kemenangan; peratusan undi pos dan undi awal mengatasi margin kemenangan undi biasa sehingga keputusan pengundi biasa bertukar akibat pola undian kedua-dua undi berkenaan yang diragukan; serta kerusi yang dilaporkan bukti kukuh beserta laporan polis. PKR juga jelas Rafizi turut menumpukan kepada enam senarai penipuan yang jelas iaitu; pengundi dilarang mengundi kerana undi mereka dibuang orang lain; BN membeli undi; dakwat kekal tidak kekal; kesalahan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menandatangani Borang14 sebelum pengiraan; dan pengundi warga asing. “Kami mempunyai bukti bergambar dan video untuk menyokong dakwaan kami di kerusi Parlimen Balik Pulau,” katanya mendakwa berjaya memperolehi gambar pengundi menukarkan vaucer kepada wang tunai. “Kami sedang berusaha mendapatkan pengundi yang berani tampil mendedahkan tentang kewujudan vaucer berkenaan,” tambah pemimpin muda PKR itu lagi Rafizi bagaimanapun turut berkata, pihaknya juga kini sedang mengesan beberapa penipuan yang dipercayai wujud di kerusi yang dimenangi pembangkang, seperti di Parlimen Lembah Pantai, Selayang dan juga kawasan yang dimenanginya, di Pandan. Pasukan yang diketuainya itu jelas Rafizi mengandungi seramai 67 anggota sukarela, yang meliputi mereka yang bekerja sebagai peguam, dan akauntan. Jelasnya lagi, laporan berkenaan penipuan yang berlaku ketika pilihan raya itu juga sedang diteliti dan pasukannya memanggil pengadu untuk mengambil keterangan dan bukti untuk tindakan susulan. “Selain penyiasatan kualitatif, #siasatPRU13 juga menjalankan analisa kuantitatif untuk mengenalpasti pelbagai perkara yang menguatkan lagi sentimen rakyat bahawa PRU13 dimenangi BN melalui penipuan,” kata Rafizi. Segala bukti yang berjaya dikumpulkan jelas Rafizi lagi akan dikumpulkan dalam tempoh seminggu dari sekarang setelah kesemua saksi selesai memberikan keterangan. Sebagai bantahan kepada keputusan Pilihan Raya 2013, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menganjurkan beberapa siri perhimpunan besar-besaran di seluruh negara termasuk di Petaling Jaya, Pulau Pinang, dan Ipoh sejak minggu lepas. - themalaysianinsider

Monday 13 May 2013

AKHIRNYA KERAJAAN SELANGOR MENANG BERGANDA !

Selepas memenangi PRU 13 bagi negeri Selangor kini kemenangan Kerajaan Negeri Selangor dari tuduhan palsu dan fitnah .Alhamdulillah. Berikutan keputusan penting itu, mahkamah membatalkan saman sivil yang difailkan oleh 2,020 ibu tunggal di Selangor berhubung pembayaran elaun RM100 kepada mereka seperti terkandung dalam manifesto pembangkang pada pilihan raya umum 2008. Panel tiga hakim diketuai Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus yang bersidang bersama Datuk Abdul Aziz Abd Rahim dan Datuk Mohamad Ariff Md Yusof membenarkan rayuan kerajaan Selangor dan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim supaya mengetepikan keengganan Mahkamah Tinggi untuk membatalkan saman tersebut. Hishamudin bersetuju dengan hujahan yang dikemukakan oleh peguam A Vishnu Kumar, yang mewakili kerajaan Selangor dan Khalid, bahawa manifesto itu bukan sebuah dokumen yang terikat di sisi undang-undang. Vishnu telah mengemukakan bahawa seseorang yang tidak berpuas hati dengan kegagalan memenuhi janji pilihan raya tidak boleh menuntut untuk menguatkuasakan manifesto tersebut. Beliau berkata remedi mereka merupakan bersifat politik dengan memetik kes mahkamah di England termasuk keputusan hakim terkenal, Lord Denning, yang memutuskan remedi pengundi untuk tidak memenuhi janji pilihan raya terletak di peti undi. Hishamudin juga menerima hujah Vishnu bahawa pihak responden yang diketuai pengerusi Persatuan Ibu Tunggal Selangor, Murtini Kasman Saman, tidak boleh mencabar perkara itu berikutan saman sivil itu telah difailkan di luar tempoh masa. Peguam itu memberitahu mahkamah bahawa pihak responden sepatutnya memfailkan saman tersebut dalam tempoh tiga tahun mulai Mac 2008 tetapi hanya melakukannya pada 23 November tahun lepas. Mahkamah kemudian memerintahkan responden membayar kos guaman sebanyak RM1,000 kepada kerajaan Selangor dan Khalid. Peguam Walter Pereira, yang mewakili pihak responden, berkata janji-janji dalam manifesto itu diterjemahkan sebagai satu bentuk kontrak. Kumpulan ibu tunggal itu memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Shah Alam tahun lepas dengan menuntut elaun berjumlah RM10.9 juta seperti dijanjikan kepada mereka oleh pakatan pembangkang dalam manifesto pilihan raya umum 2008. Pada 12 Disember 2011, kerajaan Selangor dan Khalid memfaikan permohonan untuk membatalkan saman tersebut dan pada 23 Januari lepas, Mahkamah Tinggi menolak permohonan itu dan memutuskan kes itu dibicarakan.

AKHIRNYA BAHANA MEDIA BN, JABATAN PERPADUAN BERI AMARAN !

KUALA LUMPUR -- Putrajaya menggesa pihak media dan ahli politik hari ini berhenti daripada cuba mewujudkan ketegangan kaum selepas Naib Presiden Perkasa Datuk Zulkifli Noordin (gambar) menuduh DAP dibelakang rusuhan kaum 13 Mei semalam. Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Datuk Azman Amin Bin Hassan juga berkata Utusan Malaysia dan penerbitan media lain supaya "bertanggungjawab ke atas apa yang mereka laporkan”, sejurus selepas akhbar harian milik Umno tersebut mengeluarkan artikel bertajuk “Bersatulah Melayu” di hadapan muka depan mereka sempena ulang tahun ke-44 tragedi tersebut. “Pihak berkuasa yang bertanggungjawab perlu mengambil tindakan terhadap mereka yang mewujudkan perasaan permusuhan dan kebencian,” kata Azman kepada The Malaysian Insider hari ini. “Bukan sahaja Utusan, tetapi seluruh komuniti media dan ahli politik tidak perlu membuat sebarang kenyataan yang menyakitkan perasaan orang lain,” katanya. Pihak polis ketika ini sedang menyiasat Utusan Malaysia kerana menghasut selepas akhbar tersebut menghasilkan artikel “Apa lagi Cina Mahu?” serta menuduh pengundi Cina cuba melakukan provokasi kaum dengan mengundi menentang BN. Utusan Malaysia juga mengeluarkan beberapa artikel lain seperti “Golongan Muda Cina Monopoli Persahabatan haram” dan “DAP Terus Cetus provokasi” hari ini, serta mengeluarkan gambar pemuda Cina membantah di perhimpunan baru-baru ini di Pulau Pinang dan Petaling Jaya bagi menuntut pilihan raya bebas dan adil. Naib presiden Perkasa kontroversi, calon langsung Barisan Nasional (BN) yang tewas di Shah Alam dalam Pilihan Raya 2013, membuat tuduhan Lim Kit Siang bertanggungjawab dalam insiden berdarah tersebut dalam mesej yang dihantar di Twitter pada malam ulangtahun ke 44 rusuhan tersebut semalam. Lim Kit Siang seringkali menjadi sasaran kumpulan Melayu berhaluan kanan yang menyalahkannya di atas rusuhan tersebut walaupun Penasihat DAP itu tidak berada di Kuala Lumput apabila rusuhan itu tercetus. Namun, bekas ahli Umno Tamrin Ghafar tampil membersihkan nama Lim semasa kempen Pilihan Raya 2013 baru ini dengan mendakwa Umno adalah dalang disebalik rusuhan itu. Anak bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Abdul Ghafar Baba berkata beliau dimaklumkan oleh bekas Menteri Dalam Negeri, Allahyarham Tun Ghazali Shafie, bahawa 13 Mei adalah hasil daripada rampasan kuasa dalaman Umno terhadap pengasas Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman. Pemimpin Umno tidak henti-henti menyalahkan prestasi buruk mereka pada pilihan raya kali ini adalah berpunca daripada “tsunami Cina”, malah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga memberikan cadangan sama. Barisan Nasional (BN) menang tipis pada 5 Mei dengan hanya 133 kerusi Parlimen berbanding 89 kerusi oleh Pakatan Rakyat (PR), lebih rendah daripada 140 kerusi yang mereka menangi dalam Pilihan Raya 2008. Azman berkata hari ini “tidak adil” untuk menyalahkan masyarakat Cina dan menggesa semua pihak untuk bermain isu perkauman. “Kita perlu hentikannya,” katanya. “Kita perlu fikirkan tentang negara kita dahulu, barulah parti dan kumpulan. Sekarang kita perlu bercakap tentang perpaduan; Kita perlu memberi tumpuan bagaimana untuk membina negara dan kemajuan,” kata Azman. Semalam, bekas hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Noor Abdullah juga menyertai perdebatan kaum apabila beliau memberi amaran kepada komuniti Cina agar bersedia dengan tindak balas daripada Melayu kerana “khianat” terhadap BN dalam Pilihan Raya 2013.

KEJAYAAN 22 PETISYEN SUDAH CUKUP HEBAT!

JOHOR BAHRU - Pembangkang menaruh keyakinan akan dapat menumbangkan kerajaan BN termasuk menerusi cadangan memfailkan petisyen di 20 hingga 30 kerusi Parlimen yang dimenangi parti pemerintah. Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, jika usaha itu berjaya, kerajaan BN akan tumbang dan PR akan mengambil alih Putrajaya. "BN sekarang ada 133 kerusi Parlimen. Sekiranya daripada petisyen yang kita akan buat, kita berjaya dapat 22 kerusi, yang akan tinggal pada BN hanya 111 kerusi. Ini bermakna kita akan dapat majoriti dan jadi kerajaan," katanya di sini, semalam. Kit Siang berkata, mengambil kira undi popular, PR sudah dapat 51 peratus berbanding BN yang hanya dapat 47 peratus. "BN dapat sokongan minoriti daripada undi popular," katanya. Menjelaskan lebih lanjut mengenai petisyen yang akan dikemukakan, Kit Siang berkata, DAP sudah melantik Gobind Singh Deo untuk mengetuai jawatankuasa yang akan meneliti perkara itu. "Kita tunggu keputusan PRU13 diwartakan, selepas itu dalam tempoh 21 hari, kita boleh buat petisyen. Kita jangka boleh kemuka petisyen di 20 hingga 30 kerusi Parlimen yang dimenangi BN," katanya. Ditanya mengenai cabaran Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan supaya 89 calon PR yang memenangi kerusi Parlimen pada pilihan raya lalu tidak angkat sumpah kerana menolak keputusan PRU13, Kit Siang berkata: "Tidak perlu hirau cabaran ini. Kita tak perlu jawab apa-apa cabaran." -sinarharian Read more: http://kafesantai.blogspot.com/2013/05/failkan-petisyen-di-20-hingga-30-kerusi.html#ixzz2T7zeolq8

Monday 6 May 2013

PRU 13 PAKATAN RAKYAT SELANGOR HANDAL, BARISAN NASIONAL GAGAL !

Data SPR Tentang Keputusan PRU13 KUALA LUMPUR: Data yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semalam menunjukkan Pakatan Rakyat mendapat sokongan hampir 50 peratus daripada pengundi berdaftar, 3.4 peratus lebih tinggi daripada Barisan Nasional pada Pilihanraya Umum ke 13 (PRU13) kali ini. Daripada 11,257,147 pengundi berdaftar, sejumlah 5,623,984 (49.96%) pengundi memilih PR di peringkat persekutuan berbanding 5,237,699 undi (46.53%) yang diperolehi BN. Di peringkat DUN yang mempunyai keseluruhan 505 kerusi yang dipertandingkan, PR menerima undi yang lebih tinggi berbanding BN, iaitu 4,879,699 undi berbanding 4,513,997 undi kepada BN. Dalam dalam sistem demokrasi Malaysia, jumlah undi popular tidak mempunyai makna, kerana parti mana yang berjaya mendapat kerusi parlimen terbanyak akan membentuk kerajaan. Walaupun PR mempunyai kelebihan 386,285 undi di peringkat parlimen, BN tetap berjaya membentuk kerajaan dengan memenangi 133 kerusi berbanding 89 yang diperolehi PR. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata ‘Tsunami Cina’ telah menyebabkan keputusan BN semakin merosot. Namun begitu, telahannya disangkal bekas ketua editor News Straits Times A. Kadir Jasin . Kadir juga berkata walaupun BN berjaya merampas semula Kedah, tetapi hakikatnya, kekuatan BN dalam semua DUN merosot. “Ia hampir-hampir kehilangan Terengganu dan menyerahkan banyak kerusi kepada PR di semua negeri,” kata beliau. Penasihat DAP Lim Kit Siang turut menyangkal dakwaan Najib. Beliau berkata kerusi Kuala Terengganu, Alor Setar, Lumut, Sepang dan Penampang tidak mungkin dimenangi PR jika Melayu tidak berubah bersama PR. Penganalisa politik pula berkata PRU13 ini memperlihatkan pengundi Melayu luar bandar berpihak pada BN, akan tetapi rakyat pelbagai kaum di bandar memihak kepada PR. “BN menang di kawasan parlimen yang kecil pengundinya dan mempunyai peratusan Melayu yang lebih besar, terutamanya di kawasan pedalaman,” kata beliau. Bagi keputusan 222 kerusi Dewan Rakyat, BN memenangi 133 kerusi, PKR (30), PAS (21) dan DAP (38), manakala bagi kerusi DUN, BN memperoleh 275 kerusi, DAP (95), PAS (86) dan PKR (49).

Wednesday 1 May 2013

BEKAS MB BN OTAI MELAYU AKUI PENTADBIRAN PR MEMANG TAHAP TERBAIK !

Muhammad Taib pun mengaku kalah dengan kecermelangan kepimpinan Pakatan Rakyat. Terbukti pemimpin Pakatan Rakyat memperjuangkan hak rakyat tapi bukannya hak kroni. Kepada yang masih menyokong Umno BN sampai tak ketahuan fikir-fikirkanlah. Bekas MB Selangor sendiri telah mengiktiraf kepimpinan Pakatan Rakyat. Pemimpin beramanaha rakyat sejahtera.. Inilah hasilnya dan bukti kerajaan PR yang telus dan amanah memerintah DEMI RAKYAT...

Thursday 18 April 2013

TAKBIR ! HANCUR BN ..BILA DAP GUNA LAMBANG BULAN !

DAP BAGI MASA HINGGA 3 PETANG INI UNTUK ROS TARIK BALIK SURAT KUALA LUMPUR: DAP memberikan masa sehingga jam 3 petang esok kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk menarik balik suratnya yang menyatakan kepimpinan DAP tidak sah. Jika gagal berbuat demikian, kesemua calon DAP akan bertanding di atas tiket PAS di Semenanjung dan di atas tiket PKR di Sabah dan Sarawak. Keputusan ini dicapai DAP dalam mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) mereka malam ini. Petang semalam DAP menerima surat dari ROS menyatakan kepimpinan DAP yang ada tidak diiktiraf oleh mereka. "Dengan tidak mengiktiraf kepimpinan DAP yang dipilih oleh perwakilan pada 15 Disember 2012 lalu, saya tidak mempunyai kuasa sebagai Setiausaha Agung untuk mengeluarkan sebarang surat kuasa kepada calon-calon DAP untuk menggunakan simbol roket," kata Lim Guang Eng, Setiausaha Agung DAP dalam kenyataannya yang dikeluarkan selepas mesyuarat tergempar itu. Bagi beliau, adalah tidak berguna untuk bergantung di atas jaminan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menggunakan simbol DAP iaitu roket ketika SPR mempunyai rekod buruk dalam mematuhi janjinya sendiri. Bagi beliau, surat ROS yang dikeluarkan 48 jam sebelum hari penamaan calon yang jatuh pada 20 April adalah satu usaha untuk membunuh DAP dengan memaksa kesemua calonnya menjadi calon bebas. "Jelas ROS berniat untuk menculik Roket untuk memenuhi grand design BN untuk mengeluarkan DAP dari bertanding dalam pilihan raya umum. "Sehubungan itu, CEC DAP menyeru semua pemimpin, ahli serta penyokong DAP bertenang dan biarlah rasa marah kita diterjemahkan dalam kotak undi pada 5 Mei 2013 nanti," kata Lim Guan Eng. Sementara itu, Pejabat Agung PAS sudah bersiap sepenuhnya untuk mengeluarkan surat kuasa bagi membolehkan calon-calon DAP bertanding atas tiket PAS dengan mengguanakan simbul PAS. Ia disiapkan oleh kakitangan ibu pejabat PAS itu bagi membolehkan semua calon DAP di Semenanjung menggunakan simbol PAS dalam pilihan raya ini. HD Read more: http://biaqpila.blogspot.com/2013/04/dap-bagi-masa-hingga-3-petang-ini-untuk.html#ixzz2QrkrK81e

Wednesday 17 April 2013

Tuesday 16 April 2013

EMPAT KOMPONEN PENTING !

SHAH ALAM, 16 APRIL : Manifesto Pakatan Rakyat (PR) Selangor yang akan diumumkan Khamis ini menggabungkan empat komponen berasaskan ekonomi, kesejahteraan, persaudaraan dan kerajaan rakyat, kata Pengerusi PR Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Menurutnya, PR Selangor akan meneruskan polisi dan program yang dilaksanakan dengan jayanya oleh Kerajaan Negeri dalam tempoh lima tahun pemerintahan. Antara perkara yang akan diberi tumpuan ialah usaha mengembalikan hak air kepada 5.2 juta rakyat Selangor. “Kita akan susun industri air dan tubuhkan entiti di mana ekuitinya kita simpan sebagai saham amanah untuk 5.2 juta rakyat. “Kita juga akan memfokuskan kepada keperluan perumahan rakyat di mana RM100 juta diperuntukkan kepada Lembaga Perumahan untuk memastikan pemaju swasta dan agensi kerajaan negeri membina sebanyak rumah mampu milik sesuai dengan permintaan masyarakat,” katanya dalam sidang media di Dewan Kompleks Perumahan Exco Kerajaan Negeri, di sini pagi tadi. Tambahnya, pendidikan juga diberi tumpuan di mana PR Selangor akan memperkasakan sekolah mahad tahfiz dan menubuhkan tabung bagi membantu sekolah jenis kebangsaan termasuk sekolah persendirian. Katanya, golongan wanita dan belia juga tidak ketinggalan di mana PR Selangor akan menyediakan dana RM100 juta bagi mereka meningkatkan kemahiran serta bidang keusahawanan yang diceburi.

Sunday 14 April 2013

BEKAS PENGERUSI RISDA MASUK PAS !

Bekas MB Selangor Mat Taib akan sertai PAS, beliau pernah menjadi Pengersi RISDA . KUALA LUMPUR, 14 April — Borang kemasukkan yang sudah diisi bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhd Taib kini berada ditangan Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din, kata sumber yang juga pemimpin tertinggi veteran PAS hari ini. Muhammad (gambar) merupakan bekas pemimpin utama dalam Umno yang menyandang pelbagai jawatan utama dalam parti, disamping pernah menjadi MB Selangor dari tahun 1986 hingga 1997. “Ya, Muhammad akan sertai kami,” kata pemimpin tertinggi veteran itu kepada The Malaysian Insider. “Beliau sudah mendekati beberapa pemimpin utama ketika ini. “Ini agak signifikan buat kami, ia satu kelebihan walaupun dosa lampau dan kesalahan yang dilakukannya dahulu.” Sumber tersebut juga memberitahu pengumuman akan dilakukan dalam masa terdekat ini. Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abdul Rani Osman yang dihubungi walau bagaimanapun pula berkata mungkin terdapat kebenaran berita tersebut, tetapi tidak dapat mengesahkannya memandangkan belum menerima borang daripada Muhammad lagi. Muhammad meletak jawatannya pada 1998 selaku MB selangor setelah Mahkamah Majistret Brisbane memutuskan beliau bersalah membawa keluar wang tunai sebanyak RM 2.4 juta ke Australia. Antara jawatan tertinggi yang pernah disandangnya semasa dalam Umno ialah naib presiden (2000-03) dan ketua penerangan (2008-09). Sekiranya pengumuman ini dilakukan, ia merupakan tamparan besar kepada Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Najib Razak yang ketika ini dalam misi untuk menawan negeri terkaya tersebut pada Pilihan Raya 2013 ini. Fokus terarah kepada Selangor, yang dikatakan nadi kepada kepesatan ekonomi dan pentadbiran Pakatan Rakyat dibawah MB sepenggal Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang didakwa oleh BN gagal mempamerkan prestasi baik untuk mengekalkan sokongan seperti pada tahun 2008 lalu. PR ketika ini mempunyai penguasaan yang ketara keatas negeri terkaya tersebut dan memegang 36 kerusi daripada 56 kerusi dewan undangan negeri serta 17 daripada 22 kerusi parlimen. Tempoh berkempen secara rasmi Pilihan Raya 2013 bermula pada 20 April dan hari mengundi jatuh pada 5 Mei. - TMI

Thursday 11 April 2013

DENGAN PR DAPAT SAHAM AIR, DENGAN BN DAPAT BANJIR AIR

DENGAN BN RAKYAT WILAYAH PERSEKUTUAN DAN SELANGOR TERUK MENERIMA MASALAH AIR BANJIR WALAUPUN BN BERBELANJA BERBILION BINA TEROWONG SMART KUNUN JADI PENNYELAMAT. NAMUN HINGGA KINI BANJIR KIAN KERAP BERLAKU DI WILAYAH . BANDAR TUN RAZAK : Penduduk di Wilayah Persekutuan berpeluang memperolehi saham air hasil penstrukturan industri air Selangor jika Pakatan Rakyat (PR) berjaya menguasai pentadbiran negara selepas pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU 13). Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, usaha ini boleh dilaksanakan berdasarkan pengalaman beliau sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Nasional Berhad (PNB). Semasa di PNB beliau telah berjaya melaksanakan pengeluaran lapan juta saham amanah kepada rakyat Malaysia termasuk skim terkenal Amanah Saham Nasional dan Amanah Saham Bumiputra. “Jadi perkara ini bukan satu perkara impian tetapi kenapa tidak dapat dilakukan kerana mereka (BN) yang tidak melakukan ini apabila mereka tidak menjaga kepentingan rakyat. “Hari ini kita memilih dua pasukan dengan satu daripada Pakatan Rakyat dan satu lagi daripada Umno-BN”. “Yang mana satu memikirkan keuntungan korporat (BN) dan satu lagi memikirkan keuntungan rakyat (Pakatan Rakyat),” kata Abdul Khalid. Beliau berkata demikian dalam ceramah Pakatan Rakyat yang diadakan di Padang Bolasepak Jalan Jujur di sini semalam. Sebelum ini, Abdul Khalid mengumumkan hasratnya untuk menterbitkan saham industri air Selangor untuk lima juta penduduk di Selangor sekiranya PR diberi mandat mentadbir sekali lagi. Penawaran saham air merupakan satu lagi penterjemahan cita-citanya sebagai Menteri Besar yang mahu rakyat Selangor memiliki kekayaan negeri.

Thursday 28 March 2013

Wednesday 20 March 2013

HEBAT KALI INI , BANYAK SYARIKAT DI PAMERAN PERDAGANGAN SELANGOR

Toyota, Microsoft, Western Digital Antara Syarikat Besar Sertai SITEX Selangor SHAH ALAM 20 MAC : Beberapa syarikat besar seperti Toyota, Microsoft, Western Digital dan juga beberapa organisasi seperti SIRIM Bhd dan Majlis Reka Bentuk Malaysia akan menyertai pameran Sains Inovasi dan Teknologi (SITEX Selangor 2013) yang akan berlangsung pada 4 hingga 6 April 2013 ini. Pameran perdagangan anjuran Kerajaan Negeri ini diadakan untuk menyediakan satu landasan terbaik kepada penyelidik, usahawan dan syarikat untuk mempamerkan produk dan perkhidmatan terbaru kepada pembeli dan pelabur yang berpotensi. Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail berkata, pameran ini bertujuan bagi menjadi saluran untuk pemasaran, rangkaian, perangsang hubungan perniagaan di antara usahawan tempatan dan luar negara yang berasaskan produk berteknologi. “Bersama-sama dengan itu juga, penyelidik, usahawan dan syarikat yang menyertai pameran ini juga boleh memberi penerangan tentang produk dan perkhidmatan mereka di atas pentas nanti untuk pelawat-pelawat yang datang,” katanya dalam satu sidang media di Bangunan SUK hari ini. SITEX Selangor 2013 yang dianjurkan anak syarikat Kerajaan Negeri, Selangor State Investment Council (SSIC), turut menyediakan landasan kepada para pelajar sekolah menengah dan universiti untuk terlibat di dalam sains, teknologi dan inovasi. “Pelajar-pelajar universiti yang terpilih di dalam pertandingan reka bentuk seni bina akan mempersembahkan rekaan mereka semasa pameran itu nanti,” katanya lagi.

Monday 18 March 2013

TERBAIK LAMAN WEB PRU13 DARI PAS

KUALA LUMPUR: Lajnah Penerangan dan Dakwah PAS Pusat dengan kerjasama Jabatan IT PAS Pusat (JITP) membangunkan satu laman web PRU13 untuk menyebarkan maklumat-maklumat berkaitan dengan PAS bagi Pilihanraya Umum ke-13 melalui capaian http://pru13.pas.org.my Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, laman PRU13 ini akan diisi dengan maklumat-maklumat seperti biodata calon-calon Dun dan Parlimen yang PAS bertanding serta berita-berita dan aktiviti pilihanraya yang berkaitan yang dihubungkan dengan laman web induk, PAS yang boleh dicapai melalui http://www.pas.org.my Katanya, selain daripada perkhidmatan-perkhidmatan media baru yang telah sedia ada sebelum ini seperti webtv, facebook dan twitter, mulai 16 Mac juga Lajnah Penerangan PAS Pusat dan Jabatan IT PAS Pusat menerusi Urusetia Media Baru (UMB) telah memulakan perkhidmatan radio internet di bawah jenama Hijau.fm dengan menyiarkan liputan Xpresi Ulama Muda dari Gunung Semanggol. ”Radio hijau.fm ini boleh dilayari menerusi http://www.hijau.fm akan beroperasi 24 jam sehari untuk menyampaikan maklumat-maklumat khususnya berkaitan dengan PAS dan Pakatan Rakyat serta program-program dan aktiviti-aktiviti pilihanraya setelah parlimen dibubarkan,” ujarnya. Menurutnya, mulai 16 Mac laman utama PAS versi2 juga dipertingkatkan dari menggunakan aplikasi Joomla 1.5 kepada Joomla 2.5 dengan design baru yang lebih segar untuk menyebarkan maklumat-maklumat parti dan kenyataan-kenyataan rasmi sebagai rujukan semua pihak yang berminat.

Friday 8 March 2013

PBT DAPAT ANUGERAH ! ALHAMDULILLAH

SHAH ALAM 8 MAC : Kerajaan Negeri menyediakan pinjaman peruntukan kepada setiap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk membaiki atau membangunkan kemudahan sukan. Inisiatif itu diharap dapat meningkatkan mutu dan kualiti atlit Selangor, ujar Exco Belia dan Sukan, Dr. Ahmad Yunus Hairi. “Kita faham bahawa untuk menyediakan kemudahan sukan memerlukan perbelanjaan yang besar, maka Kerajaan Negeri membuat keputusan untuk memberikan pinjaman kepada mana-mana PBT. “Dengan itu, pihak PBT bolehlah meningkatkan kemudahan seperti di padang dan sebagainya,” katanya. yunus hairi bapa angkat sukma 16 02 Beliau berkata demikian dalam Majlis Penyerahan Wakitah Perlantikan Pengurus Pasukan dan Penyerahan Sukan kepada Bapa Angkat Sukma ke 16 di sini petang semalam. Dalam pada itu, beliau berharap agar program bapa angkat tersebut dapat memberi manfaat kepada pasukan negeri dalam menghadapi kejohanan Sukma (Sukan Malaysia) ke 16 yang dijangka diadakan di Kuala Lumpur pertengahan tahun ini. “Diharapkan Sukma pada kali ini dapat mengembalikan nostalgia kegemilangan pasukan Selangor yang kali terakhir menjadi juara pada 2006,” tambah Ahmad Yunus yang juga Adun Sijangkang. Sejak Sukma diperkenalkan pada tahun 1986, Selangor pernah tujuh kali menjadi juara, diikuti Terengganu sebanyak empat kali, Sarawak tiga kali dan Kuala Lumpur sekali.