Tuesday 28 June 2011

SELANGOR & BAJET 1,500,000,000

SUBANG JAYA 27 JUN : Kerajaan Negeri Selangor mensasarkan bajet kira- kira RM1.5 bilion untuk tahun 2012 dan dari jumlah itu sebanyak RM700 juta diperuntukkan untuk program- program kebajikan.

Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, peruntukan untuk kebajikan itu tidak akan disalurkan begitu sahaja tetapi melalui benih dana untuk menggalakkan rakyat berdikari dan membina asas ekonomi yang kukuh, untuk manfaat jangka masa panjang.

“Matlamat kami adalah untuk merapatkan jurang pendapatan yang nampaknya semakin membesar di Malaysia. Pembangunan untuk golongan yang berada mesti diteruskan, tetapi kami bertekad penuh untuk memastikan bahawa golongan miskin tidak terus terperangkapdalam lingkaran miskin.

“Kita tidak harus menghadapi situasi yang mana kos makanan bagi seorang individu di sebuah restoran boleh membiayai kos makanan sehari satu keluarga yang jauhnya 15 minit dari restoran tersebut,” kata Menteri Besar.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Dialog Bajet Negeri Selangor di Hotel Holiday Villa, Subang Jaya pagi tadi.

Ini adalah kali ketiga kerajaan Selangor mengadakan Dialog Bajet selepas Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran negeri. Kerajaan Selangor juga merupakan satu-satunya kerajaan negeri di Malaysia yang menganjurkan dialog sebegini yang disertai pihak industri, badan bukan kerajaan, pemimpin masyarakat dan pegawai kerajaan bertujuan merancang perbelanjaan negeri.

Tan Sri Khalid juga mengumumkan bahawa kerajaan negeri berhasrat mengurangkan kadar untung kontraktor-kontraktor kerajaan dari 30% ke 7%. ”Kami berbuat demikian untuk menjamin nilai yang lebih baik untuk rakyat dan menghapuskan amalan orang tengah yang mengakibatkan ketirisan yang serius dan merugikan rakyat,” ujar beliau.

Dalam ucaptama beliau, Tan Sri Abdul Khalid mengingatkan peserta dialog rin bahawa dasar kerajaan negeri berpaksikan ketelusan, kebertanggungjawaban, amanah dan integriti serta menyatakan penghargaan beliau terhadap pegawai-pegawai kerajaan yang mengamalkan prinsip-prinsip ini dalam menyempurnakan tugas mereka.

Dialog Bajet 2012 akan diteruskan di peringkat kerajaan tempatan supaya maklum balas dari semua lapisan masyarakat dapat diambil kira dalam perancangan pembelanjaan negeri.

Monday 27 June 2011

TOK GURU KE UZBEKISTAN

Tok Guru Nik Aziz menziarahi ke Makam Bukhari, Termizi sebelum ke Makam Rasulullah

ESOK Tok Guruku Nik Abdul Aziz Nik Mat bersama rombongan akan berlepas ke Uzbekistan jam 11:00 di Lapangan Terbangan KLIA Kuala Lumpur. Beliau dan rombongan akan berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Pengkalan Chepa jam 6:30 pagi.

Lawatan beliau ke negeri bekas jajahan Russia itu dalam rangka menziarahi makam Imam Bukhari dan Imam Termizi yang terletak di negara berkenaan. Imam Bukhari dan Imam Termizi adalah antara perawi hadith yang terkenal dan tergolong dalam hadith-hadith sahih.

Beberapa orang wakil rakyat mengikuti rombongan berkenaan antara mereka ialah Adun Limbongan, Drs Zainudin Awah Hamat, Adun Meranti Nasaruddin Daud yang juga Speaker Dun Kelantan, Adun Kemumin Mohd Amar Nik Abdullah yang juga Exco kerajaan Kelantan dan Adun Lanas, Abdullah Yaacob.

Rombongan Tok Guru dijangka akan berada di Uzbekistan selama dua hari sebelum berlepas ke Dubai untuk menujuk ke Madinah. Selepas mengerjakan umrah rombongan dijangka akan pulang pada 10 Julai sehari selepas himpunan Bersih. Ini bermakna Tok Guru Nik Aziz tidak akan menyertai himpunan Bersih.
Kepada Tok Guru dan rombongan diucapkan selamat berangkatan dan selamat pulang dan jangan lupakan sampai salam hamba kepada kedua imam besar itu dan juga Muhamamd Rasulullah. [ttdi.kl. 2:00 pm 27/06/11]

- dipetik dari blog MSO

Saturday 25 June 2011

FELDA DUN ULU BERNAM ADA KEJUTAN 1 JULAI !



WAK SELAMAT PEJUANG PAS UNGGUL DI FELDA SG TENGI
HULU SELANGOR – Para peneroka Felda Sungai Tengi disini tidak sabar menunggu pengumuman penting yang akan dibuat oleh Menteri Besat Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Desa Maju Sungai Tengi , Selamat Rakio berkata, beliau bagi pihak seluruh peneroka mengalu-alukan pengumuman penting yang sangat dinanti-nantikan itu.

Beliau yang dikenali sebagai Wak Selamat (gambar) sudah mendapat gambaran tentang berita gembira yang akan disampaikan sendiri oleh Tan Sri Khalid.

“Wak dapat agak, MB (Tan Sri Khalid) akan membuat pengumuman yang menggembirakan seluruh peneroka, khususnya generasi kedua,”katanya ketika ditemui di Majlis Himpunan Warga Felda Kebangsaan yang bermula hari ini, 23 April.

Sehubungan itu, beliau yakin dengan usaha kertajaan negeri tersebut akan dapat melonjakkan sokongan kepada calon Pakatan Rakyat bagi Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor, Datuk Zaid Ibtrahim.

Menurutnya, sehingga kini, respon dari teman-teman menggalakkan, namun mereka masih tidak dapat menonjolkan diri menyatakan sokongan terus terang kepada Pakatan Rakyat.

“Mereka tidak menonjol kerana mereka duduk dalam Umno, sudah lama, tapi mereka memberi respon akan beralih pada kali ini,”ujarnya.

Apabila ditanya, mengapakah mereka mahu beralih sokongan pada pilihanraya kali ini, Wak Selamat menjawab, kerana mereka kini sedar tentang penipuan Felda.

Antara penipuan itu, katanya, bayaran bulanan yang diterima oleh setiap peneroka adalah hanya RM1500 seorang, sedangkan sepatutnya ia lebih dari itu.

Tindakan Felda tersebut, menurutnya, adalah tidak adil kerana Felda mendapat keuntungan yang begtu banyak, hasil serahan kembali urusan ladang mereka kepada Felda.

Oleh itu, kata Wak Selamat, ramai peneroka yang keluar dan menarik diri, mengusahakan ladang dan menjual hasil mereka sendiri.

“Purata, mereka yang tidak serahkan kepada Felda mendapat hasil RM3000 sebulan berbanding, bayaran RM1500 yang diberikan Felda,”jelasnya.

Wednesday 22 June 2011

PENYELARAS DUN HULU BERNAM BERSAMA BIRO FELDA DI FELDA HULU BERNAM




Dari kiri: Sdr Karip, Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Negeri Sembilan merangkap Bendahari Biro Masyarakat Biro Felda dan Orang Asal PKR Pusat, dan Suhaimi Said, Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR Pusat bergambar bersama-sama Pengusaha Ikan Air Tawar di Felda Gedangsa. Peneroka-peneroka Felda Gedangsa yang juga pengusaha Ikan Air Tawar di Felda Gedangsa telah memohon agar kolam-kolam ikan mereka diberikan tol. Permohonan mereka telah ditolak semasa pentadbiran Kerajaan UMNO/BN Selangor dahulu walaupun mereka telah mengerjakan kawasan kolam itu sejak hampir 30 tahun yang lampau, dan permohonan mereka dibawah pemerintahan Pakatan Rakyat masih juga tidak memperolehi kelulusan. Task Force Felda Selangor telah membuat perakuan kepada Kerajaan Negeri Selangor supaya tanah-tanah kolam ikan itu diberikan kelulusan tol, dan perakuan ini telah disampaikan kepada YAB Menteri Besar Selangor, dan Task Force Felda Negeri Selangor serta Biro Masyarakat Felda PKR mengesyorkan supaya permohonan daripada pengusaha-pengusaha ikan air tawar di Felda Gedangsa ini diberikan kelulusan segera dari pihak Kerajaan Negeri Selangor melalui Pejabat Tanah Daerah Hulu Selangor.


Dialog bersama-sama peneroka-peneroka Felda Suharto. Antara isu yang diketengahkan adalah mengenai geran tanah peneroka-peneroka Fasa 6 Felda Suharto dan peneroka-peneroka Felda Sungai Tengi Selatan. Peneroka-peneroka ini telah pun menjelaskan BK mereka kepada Felda, mereka juga telah menjelaskan cac melalui Felda; tetapi hingga kini Felda masih enggan mengesyorkan kepada Kerajaan Negeri Selangor supaya geran bagi ladang-ladang mereka dikeluarkan. Kuasa sebenar bagi mengeluarkan geran terletak kepada Kerajaan Negeri dan Biro Masyarakat Felda PKR dan Task Force Felda Negeri Selangor telah memanjangkan pandangan kepada Kerajaan Negeri Selangor agar geran tanah peneroka-peneroka berkenaan dikeluarkan samada Felda membuat pengesyoran atau sebaliknya.
Tekun menghayati dialog yang diadakan. Didalam dialog di Felda Suharto itu, masalah perumahan bagi anak-anak peneroka dari generasi kedua dan ketiga ditimbulkan untuk golongan itu yang tinggal di Felda Gedangsa, Suharto, Sg Tengi, Sg Tengi Selatan dan Sungai Buaya. Terdapat seluas 32.6 ekar tanah kerajaan di Felda Suharto yang sudah dikenalpasti boleh dimajukan sebagai kawasan perumahan bagi generasi kedua dan ketiga; dan pihak Kerajaan Negeri Selangor dicadang melaksanakan projek perumahan untuk rumah-rumah mampu-milik oleh generasi kedua dan ketiga di kawasan tersebut melalui Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor.
Suhaimi Said memberikan pandangannya didalam Majlis Dialog di Felda Suharto tersebut. Sdr Rebin Birham sedang serius berbincang dengan Ketua PKR Cabang Hulu Selangor. Dibelakang kiri, Sdr Abu Nasir, Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR Selangor dan dibelah kanan, Sdr Karip, Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal Negeri Sembilan.


http://lubokkawah.blogspot.com/2011/06/lawatan-kerja-biro-felda-ke-felda-sg.html

Tuesday 21 June 2011

LUJNAH IT PAS HULU SELANGOR DAPAT SENTUHAN YDP PAS KAWASAN




Mesyuarat kali pertama JK Lajnah IT telah diada kan pada malam 17 Jun 2011 bertempat di Markaz PAS Bandar Bukit Sentosa . Syukur alhamdulillah , mesyuarat julung kali diadakan ini dipengerusikan oleh Yang DiPertua PAS Kawasan Hulu Selangor sendiri iaitu Tn Hj Muhammad Idris b Ahmad. Peluang pertama kali bersua muka dengan  tenaga-tenaga muda yang penuh iltizam dan semangat juang menerusi bidang ini amat dihargai. Tumpuan kali ini lebih kepada menyusun dan mengemakini pengurusan laman web PAS Hulu Selangor versi 2 iaitu di http://huluselangor.pas.org.my/v2  Disamping itu beberapa blog akan dibina untuk memastikan kesemua 35 cawangan memliliki blog sendiri.  Perbincangan secara virtual akan diamalkan oleh semua JK lajnah agar perhubungan tidak terputus dan sebarang keputusan dapat dibuat dengan cepat dan berkesan.

KESEDARAN RAKYAT FELDA SG. TENGI SUDAH BERBUNYI


Sebenarnya, jika mana-mana Kerajaan Negeri dibawah Pakatan Rakyat berani dan sanggup memansuhkan Felda Plantation, seluruh warga peneroka boleh memberikan sokongan kerana yang akan mendapat faedah dan menfaatnya adalah anak-anak peneroka Felda yang rata-rata sekarang ini tidak mempunyai pekerjaa yang tetap dan masih tinggal bersama ibu-bapa walaupun sudah berumah tangga.
Peneroka-peneroka di Felda Sungai Tengi Selatan sudah mendiami kawasan itu sejak 30 tahun yang lampau.