Sunday, 23 December 2012

Monday, 17 December 2012

TAWARAN UNTUK PEMAJU PROJEK RUMAH MILIK MAMPU

SHAH ALAM 18 DIS : Untuk memenuhi permintaan Rumah Mampu Milik(RMM), Kerajaan Negeri membuka peluang kepada pihak pemaju mengemukakan permohonan membina rumah tersebut bagi menggantikan Rumah Kos Rendah yang mereka perlu bina. Bagaimanapun, Exco Perumahan, Iskandar Abdul Samad menegaskan kelulusan kepada pemaju tertakluk mengikut syarat yang mesti dipenuhi dan diluluskan oleh Mesyuarat Exco. “Permohonan akan diluluskan sekiranya kurang permintaan atau kurang permintaan untuk Rumah Kos Rendah di sesuatu kawasan itu. “Permohonan juga boleh diluluskan jika terdapat masih banyak Rumah Kos Rendah yang masih tidak terjual di kawasan tersebut,” jelas Iskandar dalam satu kenyataan medianya. Mesyuarat Exco akan mengambil kira laporan teknikal daripada Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri Selangor (JPBD), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor (LPHS) mengenai sesuatu permohonan. Berdasarkan ulasan-ulasan teknikal itu, Pengarah Tanah Dan Galian Selangor (PTGS) akan mengemukakan cadangan kepada Mesyuarat Exco sama ada untuk menolak atau meluluskan permohonan tersebut. “Memandangkan ia melibatkan banyak pihak, amatlah payah bagi pemaju untuk cuba mempengaruhi kesemua pihak-pihak yang terlibat. “Jika pemaju dapat mempengaruhi LPHS sekalipun, ia masih memerlukan kelulusan Mesyuarat Exco yang dibuat secara ‘collective’ dan bukan berdasarkan keputusan Exco Perumahan sahaja,” tegasnya lagi. RMM Selangor dijual pada harga sekitar RM85,000 hingga RM120,000 dengan keluasan antara 850 hingga 1,000 kaki persegi di samping rekabentuk berkonsepkan ‘green building’. Pemaju juga perlu mengambil kira penyediaan kemudahan asas dan awam yang mencukupi termasuk untuk warga emas dan Orang Kelainan Upaya(OKU), mengenakan kos penyelenggaraan yang murah dan keuntungan yang tidak melebihi sepuluh peratus.

Sunday, 16 December 2012

SEMUA LESEN MENGARUT TIDAK DIKELUAR SEJAK 2006

SHAH ALAM: Mengapa di Selangor masih banyak kegiatan judi haram dan pusar maksiat? Hal ini dapat dilihat apabila Kerajaan negeri Selangor hari ini meminta pasukan polis dan Tenaga Nasional Berhad bekerjasama untuk membanteras judi haram dan pusat maksiat di negeri ini. Bagi mereka, badan penguatkuasaan pusat ini seharusnya menjadi penggerak utama dalam membendung aktiviti perjudian haram dan pusat hiburan di Selangor. Ini kerana kuasa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) terhad berbanding polis yang mempunyai kuasa bagi menahan pesalah dan membawa kes ke mahkamah. Begitu juga dengan TNB, dimana syarikat itu boleh memotong bekalan elektrik ke premis yang menjalankan perjudian bagi melumpuhkan operasi mereka, kata pegawai Kerajaan Negeri Selangor sebagaimana dilaporkan oleh Selangorku, media rasmi kerajaan negeri Selangor. Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu Tian Khiew (gambar) berkata setakat ini, PBT di seluruh negeri sudah memainkan peranan dengan menyita premis dan merampas perkakas judi. Tidak Keluarkan Lesen Judi Baru. Malah, katanya, Kerajaan Negeri juga tidak mengeluarkan lesen bagi premis itu sejak tahun 2006 dan dasar itu diteruskan sehingga kini. Tegasnya, semua lesen bagi rumah urut dan pusat hiburan di Selangor dikeluarkan semasa pentadbiran Umno-BN sebelum ini bukan dan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat. Jika ada pun pusat yang baru, ia beroperasi secara haram tanpa lesen. “Isu aktiviti premis berkenaan terletak pada penguatkuasaan, oleh itu polis lebih berkuasa daripada penguatkuasa PBT. “Penguatkuasaan daripada polis adalah sangat penting berbanding PBT. “Tetapi Umno-BN masih membangkitkan perkara ini sedangkan mereka tahu, bagi Kerajaan Negeri, pengeluaran lesen bukan daripada pihak kita,” katanya ketika dihubungi. Sebelum ini, sebuah akhbar melaporkan bahawa pusat judi tumbuh seperti cendawan di Selangor dan ini membimbangkan penduduk. Menurut akhbar tersebut premis-premis tersebut banyak terletak di Petaling Jaya, Klang, Sungai Buloh, Selayang, Batu Caves, Rawang, Gombak dan Kepong. Manakala, Ahli Majlis Perbandaran Klang (MPK) Azmizam Zaman Huri berkata undang-undang berkenaan bekalan elektrik perlu diketatkan di peringkat pusat bagi mengekang pertumbuhan premis judi haram. Salahguna Lesen Premis Beliau berkata premis perjudian haram sukar untuk dibendung kerana pengusahanya menyalahgunakan lesen premis. “Kalau sekat lesen premis baru beberapa ratus sahaja. Tetapi mereka beroperasi sahaja tanpa lesen perniagaan. Cuma perkara asas yang perlu dibekalkan adalah elektrik dan air. Operasi ini (pembenterasan) dibuat oleh pihak polis dan dibantu oleh PBT,” kata Azmizam. (IH)

Monday, 3 December 2012

Sunday, 2 December 2012

MANA ALAT PENGESAN SAMY VELLU DULU?

Komen : Tak silap saya dulu masa Samy Vellu jadi Menteri Pengangkutan ada beliau sediakan sistem amaran awal kesan runtuhan bukit jika berlaku..mana dia sistem canggih tu.Atau saja buat sekadar projek sahaja? SHAH ALAM, 2 DIS : Di samping kajian bagi mengenal pasti kawasan berisiko akan terjadi tanah runtuh, Kerajaan Selangor sedang giat menjalankan kerja-kerja pengukuhan dan pembaikan struktur tanah di kawasan runtuhan.
Kerja-kerja pengukuhan tanah dan membaiki kerosakan jalan tersebut melibatkan kawasan sensitif berisiko tinggi di Hulu Langat termasuk kawasan yang mengalami kejadian tanah runtuh baru-baru ini. Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata penduduk di kawasan Hulu Langat perlu lebih bersedia dan berwaspada terhadap sebarang pergerakan tanah terutama pada musim hujan ketika ini. Minggun lepas hujan lebat menyebabkan runtuhan batu kecil di belakang dinding dapur rumah kebajikan Perkid, berhampiran Kajang. Manakala pada Nov 29 lalu, lima orang tercedera setelah kenderaan mereka terjunam dalam satu kejadian tanah runtuh di Jalan Kerchau, berhampiran Empangan Semenyih. Exco Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar dan Pelancongan Selangor, Elizabeth Wong juga mengingatkan pemilik kawasan persendirian agar bertanggungjawab ke atas tanah milik masing-masing. “Bagi pemilik tanah, mereka bertanggungjawab atas tanah masing-masing dengan membina zon-zon pemampan di kawasan masing-masing, mesti ada zon pemampan. “Bagi kediaman yang diubahsuai hingga hampir dengan bukit pula, harus waspada, kalau perlu, ubah kegunaan bilik yang hampir dengan bukit. “Contohnya, kalau binaan sambungan itu digunakan sebagai bilik tidur, tukarkan untuk kegunaan lain sebab bahaya,” katanya apablia dihubungi TV Selangor. Elizabeth juga memberitahu, semenjak tiga tahun lalu Kerajaan Negeri melalui Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) giat menjalankan pelbagai program kesedaran awam dengan kerjasama NGO bagi memberi penerangan tanda-tanda awal tanah runtuh. “Tanah runtuh bukan berlaku secara tiba-tiba, sebelum itu ada tanda-tanda awal yang boleh dikenal pasti dan kalau dapat dikesan awal boleh menyelamatkan nyawa dan harta benda,” kata Elizabeth. Menurut Elizabeth antara tanda-tanda awal sebelum berlaku runtuhan tanah seperti pokok, tiang elektrik, dinding penahan dan pagar menjadi semakin condong. Tanda-tanda lain seperti tanah menjadi terlampau basah, penjelmaan mata air, retakkan dan pembengkakan tanah, jalan atau kaki lima, garisan lurus di jalan raya menjadi bengkang-bengkok, paip pecah atau bocor. Penghuni rumah juga perlu berwaspada sekiranya terdapat pintu atau tingkap rumah yang tidak boleh ditutup seperti biasa. Dalam isu sama, Abdul Khalid berkata beliau akan mengumumkan lokasi kawasan berisiko tanah runtuh apabila Kerajaan Negeri selesai menjalankan kajiannya. “Kita nak beritahu kepada rakyat mana yang tempat yang sangat sensitif kerana kalau kita tak beritahu daripada awal akan membahayakan orang ramai, dalam masa satu bulan lagi saya akan umumkan kawasan-kawasan yang dipanggil kawasan sensitif. “Penduduk, jiran tetangga perlu bersedia,” ujar Abdul Khalid apabila ditemui selepas Bengkel Pengurusan Masjid di Masjid Negeri baru-baru ini.

Wednesday, 28 November 2012

NFC BUAT BN PUCAT LESI !

Ketua Biro Profesional MCA, Datuk Chua Tee Yong membuktikan dirinya seorang pemimpin muda MCA yang tidak profesional kerana memperlekehkan Kertas Putih Talam yang dikeluarkan oleh Kerajaan Selangor dan menganggapnya sebagai kertas kelabu. Sikap Tee Yong yang celupar ini sekaligus menghina kedaulatan Dewan Negeri Selangor. Tee Yong tidak ada locus untuk menghina Kertas Putih Talam yang dibentangkan di Dewan Negeri Selangor. Selain beliau bukan ADUN ataupun Ahli Parlimen dari Selangor beliau juga telah gagal menjalankan tanggungjawab sebagai Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani. Belum ada satu hasil dan jasa yang beliau berikan kepada rakyat Malaysia khususnya rakyat di Selangor semenjak beliau menjawat jawatan Timbalan Menteri. Apa yang nyata pelantikan beliau hanya semata-mata kompromi antara bapanya; Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dengan pimpinan BN bukan atas dasar kemampuan dan kebolehan. Jika beliau seorang yang berpendirian dan bertanggungjawab, sekurang-kurangnya Tee Yong berani menyebut kepada rakyat bahawa hutang-hutang lapuk ini terjadi kerana Talam adalah syarikat kroni MCA dan tanah-tanah milik kerajaan diserahkan dengan begitu mudah tanpa mengira kepentingan rakyat Selangor ketika pemerintahan BN. Tee Yong tidak pernah sekali pun menyebut bagaimana hutang-hutang ini berlaku tetapi tanpa rasa malu, lantang pula mengkritik kejayaan kerajaan Selangor mengutip hutang RM392 juta ini. Tee Yong umpama ayam yang gah berkokok tetapi ekornya bergelumang dengan najis. Sikap double standard dan “menikus” yang diamalkan Tee Yong dalam isu NFC amat menjengkelkan meskipun itulah sebenarnya bidang kuasa beliau. Tee Yong hanya layak bersuara mengenai Talam jika beliau mengeluarkan kertas putih NFC bersama laporan audit PriceWaterHouse Coopers. Memandangkan beliau pernah mendabik dada bahawa beliau adalah seorang akauntan bertauliah, maka kita cabar Tee Yong untuk mengetuai kertas putih NFC tersebut. Rakyat mahu melihat bagaimana Tee Yong mengendalikan isu tersohor tersebut dan membandingkan dengan makanisme yang dilakukan oleh kerajaan Selangor dalam isu Talam. Selagi beliau gagal membawa kertas putih NFC ke Parlimen maka beliau terhalang dari segi moral untuk mengkritik Kertas Putih Talam. Jangan berikan alasan dangkal untuk menyelamatkan diri, kononnya tidak perlu bawa kertas putih NFC kerana sedang dalam tindakan mahkamah. Tee Yong kena belajar menjadi matang dan bersikap sebagai seorang Timbalan Menteri dan jangan hanya tahu berselindung di sebalik bapanya dan media perdana serta mahkamah. Tee Yong bukan sahaja bersikap double standard tetapi beliau juga gagal untuk membaca dan memahami isi kandungan kertas tersebut. Jika tidak, masakan beliau tidak tahu membezakan penilaian bagi transaksi komersil dan penilaian dalam proses pengambilan tanah. Kertas Putih jelas menunjukkan penilaian yang dilakukan oleh Jabatan Pernilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) ke atas tanah di Bukit Beruntung adalah berdasarkan status tanah pertanian manakala penilaian oleh penilai swasta, Sulaiman& Co berasaskan status tanah pembangunan. Sudah pasti dua kategori berbeza menunjukkan nilaian yang berbeza. Kalau aspek mudah begini pun sukar difahami oleh Tee Yong maka tidak hairanlah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang menjadi antara kementerian terpenting tidak menunjukkan sebarang kemajuan. Malah isu bekalan benih padi yang dikuasai syarikat kroni pun masih belum selesai. FAEKAH HUSIN SETIAUSAHA POLITIK KEPADA DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR 28 NOVEMBER 2012

Sunday, 25 November 2012

SAHAM FELDA MENURUN, BN MEROYAN !

TASEK GELUGOR: Saham FELDA jatuh, namun belum terlambat untuk jatuhkan Barisan Nasional (BN) demi menyelamatkan Felda daripada terus musnah Para pemimpin Felda sanggup 'berdondang sayang' di luar negara sedangkan peneroka Felda sedang diancam bahaya berikutan kejatuhan saham Felda Global Ventures Holding (FGV) itu, kata Pengerusi Pembangunan Tanah dan Wilayah PAS Pusat, Mazlan Aliman . menurutnya lagi, bukan itu sahaja bahkan seluruh warga Felda harus malu dengan tindakan Felda melalui Felda di Pasir Gudang, Johor menjual minyak sawit kepada Israel ketika negara haram itu melayak rakyat Palestin di Gaza. Kedua-dua tindakan tersebut tambahnya, memalukan negara kerana sebagai pemimpin yang menjadi harapan seluruh warga Felda hendaklah bersama Felda merancang dengan penuh tanggungjawab supaya Felda yang diilhamkan di era Perdana Menteri kedua negara, Tun Abdul Razak Husein terus maju. "Sebab itu perlantikan Pengerusi Felda, Isa Samad, Pengarah Besar Felda, Faizul Ahmad dibantah kerana mereka bukan sayangkan Felda sebaliknya menggunakan kedudukan Felda untuk kepentingan peribadi. "Sekarang ini baru peneroka Felda sedar. Namun belum terlambat untuk jatuhkan Barisan Nasional (BN) demi menyelamatkan Felda daripada terus musnah, " terangnya ketika ditemui selepas menyampaikan ceramah di Simpang Empat Permatang Buluh, Tasek Gelugor semalam. Justeru itu, masyarakat Felda serta rakyat Malaysia jangan biarkan mereka terus bermaharajalela membiarkan pengaruh mereka menguasai Felda yang dikhaskan untuk pembangunan orang Melayu tetapi sekarang jelas dipergunakan untuk menguntungkan kroni. Tidak hairan sambungnya, ramai pemimpin BN hidup mewah kerana penyelewengan Felda apabila menyenaraikan Felda ke bursa saham yang bila-bila masa boleh tergadai pada syarikat asing jika operasi atau keuntungan Felda tidak ke mana. "Ramai pemimpin Umno tidak takut dengan peneroka Felda yang rata-rata tidak prihatin terhadap tindakan mereka. Oleh itu, mereka boleh bersenang lenang dengan keluarga di luar negara dengan menggunakan wang Felda, " jelasnya yang juga Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Kebangsaan (ANAK). Pemimpin Umno dan BN, dakwa Mazlan tidak langsung bimbang dengan rakyat Malaysia khususnya orang kampung kerana rata-rata mereka tidak terdedah dengan perkembangan internet yang lebih luas infonya. Mereka ujarnya, hanya bergantung dengan media arus perdana dan siaran televisyen berbanding menghadiri ceramah dari pihak pembangkang. Perbezaan ketara antara pemikiran orang Melayu dan orang Cina adalah orang Cina lebih terbuka dan bersedia menerima pembaharuan yang diingini oleh Pakatan Rakyat, kata Mazlan. (Hrkh)

Thursday, 22 November 2012

WIFI PERCUMA LEBIH MURAH DARI AES YANG KENA BAYAR

SHAH ALAM 22 NOV : Pemasangan internet jalur lebar (wifi) keseluruh negeri Selangor sedang rancak dilaksanakan dan dijangka siap pada awal Januari 2013.
Exco Wanita, Kebajikan, Sains,Teknologi dan Inovasi Rodziah Ismail berkata Kerajaan Negeri sudah mengenal pasti lokasi yang dicadangkan antaranya kawasan yang belum mempunyai perkhidmatan wifi. Selain itu, kawasan tumpuan awam dan kawasan kepadatan penduduk yang tinggi dan berpendapatan sederhana atau ekonomi yang sederhana rendah serta rendah. Rodziah menambah Kerajaan Negeri melalui Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menjadi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) pertama yang berjaya melancarkan Projek Selangor Public Integrated Network System (SPINS). Katanya, sebanyak 200 lokasi sudah dikenal pasti di seluruh MBPJ dalam melaksanakan projek itu. “Projek ini merangkumi kemudahan internet percuma secara wifi yang boleh dimanfaatkan oleh pengguna dengan mengintegrasikan semua usaha-usaha Kerajaan Negeri selain memudahkan berinteraksi dengan sistem kerajaan,” katanya yang menjawab pertanyaan lisan daripada Adun Lembah Jaya, Khasim Abdul Aziz. Jelasnya, perkhidmatan wifi percuma yang ditawarkan kepada rakyat mengambil kira konsep pemberian air percuma oleh Kerajaan Negeri yang mana setiap pengguna wifi percuma itu diberikan penggunaan selama 30 minit dan selepas itu, pengguna perlu log masuk semula. Menjawab soalan tambahan daripada Adun Taman Medan, Haniza Mohamed Talha berkenaan terdapat aduan perkhidmatan wifi tiada dapat digunakan, Rodziah berkata Kerajaan Negeri sudah merujuk kepada pihak MBPJ berkenaan perkara itu. “Perkhidmatan wifi yang dimaksudkan mengalami masalah teknikal itu adalah di Petaling Jaya tetapi hanya berlaku sedikit masalah teknikal,” katanya. Untuk rekod, sejak 2008 hingga 2012, sebanyak 332 lokasi dipasang perkhidmatan wifi dan sebanyak 15 buah Pusat Siber Rakyat ditubuhkan.

Wednesday, 21 November 2012

HANYA 18 % SAHAJA SELANGOR TERIMA !

SHAH ALAM 21 NOV : Kerajaan Negeri hanya menerima RM 364 juta daripada peruntukan RM 67 bilion yang kononnya disalurkan Kerajaan Pusat bagi tujuan pembangunan dan kemajuan Selangor. Jumlah RM 364 juta itu hanya 18 peratus daripada jumlah RM 67 bilion yang diumumkan Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan dalam sidang Dewan Rakyat lalu. Hari ini, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa, Azmin Ali mendakwa, kenyataan Abdul Rahman itu adalah satu propaganda yang dimainkan Umno-BN bagi mengaburi rakyat Selangor kerana ia melibatkan satu jumlah dana besar. “Semakan dengan Bendahari dan Pegawai Kewangan Negeri nyatakan berbeza dengan apa dikatakan. “Namun sekiranya benar dakwaan Umno-BN mengenai peruntukan itu maka Kerajaan Negeri harus meminta senarai projek Persekutuan berjumlah RM 67 bilion untuk diteliti dan melakukan audit. “Kerana rakyat Selangor berhak untuk tahu bagaimana disalurkan, siapa yang dapat projek, apa kosnya dan apakah pemberian secara telus dan tender terbuka? “Saya minta Kerajaan Negeri melantik audit bertauliah bagi menjalankan audit tetapi saya yakin ini satu pembohongan,” katanya kepada media di luar Dewan Negeri Selangor (DNS) di sini hari ini. Azmin mengulas kenyataannya tentang pengumuman tersebut di dalam sesi perbahasan Belanjawan 2013 di Dewan Negeri Selangor (DNS). Beliau berkata, sandiwara Umno-BN itu juga dapat dilihat di dalam janji untuk membina jambatan ketiga di Klang. Tambahnya, projek tersebut dilancarkan bekas Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S Samy Vellu tiga hari sebelum Pilihanraya Umum ke 12 (PRU12) dan beliau berjanji akan memulakannya empat bulan selepas pelancaran. “Tapi apa dapat dilihat sampai sekarang tidak dijalankan malahan turut berjanji akan dibina jambatan keempat di bandar sama,” katanya.

BIAR RAKYAT NAMPAK BARU PR DAPAT IMPAK !

Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Utara sebelum R&R Behrang. Janji PKR/PR dimana hari ini menang PRU dalam tempoh 24 jam harga petrol, disel dan gas cecair akan turun diseluruh negara. Tak tahulah kalau boleh bertahan lama billboard ini berdiri gagah dilokasi sebab sudah pasti akan ada arahan dari UMNO kepada PLUS supaya billboard ini dicabut atau dirobohkan. Yang pastinya hampir semua rakyat sudah tahu akan janji bakal ditepati PKR/PR ini..JANJI KERAMAT .

Monday, 19 November 2012

PRESTASI TINGGI

Selangor mendahului Semua Negeri Dalam Nilai Pelaburan – November 19, 2012 Berita, Dasar Kerajaan Selangor, Dewan Undangan Negeri, Fokus, Fokus Rakyat, Inisiatif Kerajaan Selangor, Kebajikan Rakyat, Kenyataan Menteri Besar, Kerajaan Selangor, Maklumbalas Rakyat, Menteri Besar, Terkini, Wakil & Institusi Kerajaan SHAH ALAM 19 NOV : Selangor mencatatkan prestasi pelaburan tertinggi di Malaysia dengan nilai RM 6.08 bilion bagi tempoh Januari hingga Julai tahun ini. Jumlah tersebut melibatkan pelaburan domestik sebanyak RM 4.59 bilion dan pelaburan asing (FDI) sebanyak RM 1.49 bilion. Pelaburan tersebut telah menawarkan 13,197 peluang pekerjaan baru kepada rakyat Selangor yang merangkumi jenis pekerja mahir, separa dan kurang mahir serta golongan profesional. Jumlah tersebut diberikan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA). Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata jumlah pelaburan dianggarkan meningkat sebanyak RM 7.7 juta setakat September lalu. Katanya, sepanjang tempoh Januari hingga Julai 2012, sebanyak 142 projek pelaburan berjaya masuk ke Selangor. Abdul Khalid menambah sepanjang tahun 2008 hingga 2011, Selangor menduduki kedudukan pertama dan kedua bersama-sama Pulau Pinang daripada segi jumlah pelaburan masuk ke dalam negeri dengan nilai purata sekitar RM 38 bilion sepanjang empat tahun. Nilai pelaburan masuk ke negeri Selangor adalah sebanyak RM11.87 bilion (2008), RM6.76 bilion (2009), RM10.64 bilion (2010), dan RM8.74 bilion (2011). Manakala nilai pelaburan domestik (DDI) sepanjang tempoh 2008 hingga 2011 adalah sebanyak RM2.87 bilion (2008), RM2.75 bilion (2009), RM5.49 bilion (2010) dan RM4.5 bilion (2011). Bagi pelaburan asing (FDI) pula, sepanjang tahun 2008 hingga 2011 mencatatkan angka pelaburan sebanyak RM9.0 bilion (2008), RM4.01 bilion (2009), RM5.15 bilion (2010), dan RM4.24 bilion (2011). “Jumlah projek yang telah dan berjaya dilaksanakan di negeri Selangor sepanjang tempoh 4 tahun tersebut adalah sebanyak 302 projek (2008), 278 Projek (2009), 325 projek (2010) dan 263 projek (2011). “Peluang pekerjaan yang berjaya disediakan hasil pelaburan masuk ke negeri Selangor sepanjang tempoh tersebut adalah sebanyak 30,890 orang (2008), 22,753 orang (2009), 27,865 orang (2010) dan 20,750 orang (2011),” katanya dalam ucapan pembentangan belanjawan 2013 di DUN, hari ini.

Sunday, 18 November 2012

SELANGOR TERUS BERJAYA WALAU DIFITNAH KOSONG LAGI BOHONG

Menteri Pertanian, Noh Omar sekali lagi memperlihatkan bagaimana beliau kekeringan isu dan berhati busuk bagi seorang yang bercita-cita menjadi Menteri Besar Selangor. Setelah beberapa isu yang telah beliau 'dedahkan' memakan diri sendiri, kini Noh mereka cipta satu lagi isu 'sensasi' yang kononnya diharapkan dapat menekan PKNS dan sekaligus menyerang Pakatan Rakyat. Noh mendakwa kononnya anak syarikat PKNS, Worldwide Holdings, merancang menjual kepentingannya bernilai RM150 juta kepada Bukan Bumiputra. Menggunakan senjata media tidak bermaruah seperti Utusan Malaysia dan Bernama, Noh serta UMNO menjaja isu ini ke seluruh negara kononnya Pakatan dan PKNS menjual hak Melayu. Isu-isu tanpa asas yang dikokok oleh Noh turut dipaparkan dalam portal berita alternatif yang tidak berusaha mendapat ulasan PKNS. Tidak cukup dengan itu, sebilangan pemimpin Pakatan Rakyat turut terpengaruh dengan hasutan fitnah Noh dan menyerang PKNS tanpa usul periksa. Worldwide adalah sebuah anak syarikat milik penuh PKNS dan tidak pernah timbul sebarang persoalan untuk menjual saham Worldwide kepada mana-mana pihak pun. Dengan bantuan juak-juak UMNO di dalam PKNS, Noh ingin menggagalkan usaha PKNS untuk meningkatkan daya saing serta keuntungan organisasi yang akan digunakan untuk membina lebih banyak rumah mampu milik. Fakta sebenar yang dikaburi oleh Noh ialah PKNS mendapat tawaran daripada syarikat luar negara untuk membeli bangunan milik Worldwide (Menara Worldwide) bernilai RM350 juta tetapi PKNS tidak berhasrat menjual bangunan tersebut. Sebaliknya, Worldwide akan memindahkan milikan bangunan tersebut kepada sebuah lagi anak syarikat milik penuh PKNS dengan nilai RM250 juta sahaja; RM150 juta dalam bentuk pinjaman dan RM100 juta dalam bentuk tunai. Ini bermaksud PKNS dan Worldwide melepaskan peluang untuk membuat keuntungan tambahan sebanyak RM100 juta dan bertindak menguruskan sendiri bangunan tersebut. Seperti urusniaga biasa untuk mendaftar sebuah anak syarikat, PKNS membeli sebuah syarikat 'shell/dormant' bernilai RM2 yang akan ditukar milikan saham serta barisan pengarah syarikat tersebut kepada PKNS. Hanya disebabkan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Setiausaha Syarikat mengambil masa untuk menukar nama pengarah dan milikan saham syarikat 'dormant' tersebut, Noh berkokok riuh sekampung. Sedangkan urusniaga korporat ini menurut nasihat badan profesional PriceWaterhouseCoopers (PwC) menurut best practice urusniaga kotporat. PKNS kini turut menerima pelbagai pengiktirafan termasuk daripada Transparency International dan SPRM dalam perlaksanaan tender terbuka, tadbir urus dan integriti korporat. Keuntungan tertinggi yang dicatat oleh PKNS sebanyak RM420 juta pada 2011, telah membolehkan PKNS mengagihkan keuntungan menerusi bonus kepada warga kerja PKNS, 98% adalah di kalangan orang Melayu. Keuntungan ini juga membolehkan PKNS kini sedang membina 2,761 unit rumah mampu milik dan merancang membina tambahan 9,241 unit rumah mampu milik dalam masa 8 tahun ke hadapan. Oleh itu, tidak timbul langsung isu PKNS atau Worldwide menjual saham kepada sesiapapun, Melayu atau Bukan Melayu. Yang nyata ialah, kerja-kerja propaganda Noh dan Utusan tidak bersandarkan fakta tetapi merupakan ilusi dan fitnah untuk mencalarkan imej PKNS dan Pakatan Rakyat. Wajar untuk kita renungi firman Allah S.W.T. : "Wahai orang-orang yang beriman, apabila datang seorang fasiq dengan membawa suatu informasi maka periksalah dengan teliti agar kalian tidak menimpakan musibah kepada suatu kaum karena suatu kebodohan, sehingga kalian menyesali perbuatan yang telah kalian lakukan" (Al-Hujurat:6) artikel ini di e-mel oleh ~KLdaily

Sunday, 11 November 2012

MUKTAMAR KE 55 PALING PENTING SEBELUM PRU 13

Muktamar paling penting sebelum PRU13
25 Zulhijjah 1433H. - KUALA LUMPUR: Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat kali ke-53 merupakan muktamar terpenting bagi badan itu memandangkan ia yang terakhir sebelum pilihan raya umum ke-13. Setiausaha Pemuda PAS Pusat, Khairul Faizi Ahmad Kamil, berkata muktamar yang bertemakan 'Mencorak Masa Depan' itu diharap menjadi pembangkit semangat dalam mempersiapkan jentera Pemuda bagi menghadapi pilihan raya umum. Khairul Faizi berkata lantaran hasrat tersebut, buku laporan dan teks ucaptama Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasruddin Hassan akan dihantar dua minggu lebih awal dari tarikh muktamar dewan itu dijadualkan. "Lantaran bagi memastikan ia memfokuskan kepada pilihan raya, maka buku laporan dan ucaptama Ketua Pemuda, kita hantar awal kepada perwakilan supaya memastikan mereka benar-benar bersedia dan memahami, sekaligus dapat berbahas dengan lebih dinamik," kata beliau pada sidang media, di Pejabat Agung PAS, hari ini. Muktamar yang akan dirasmikan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu itu akan bermula 14 hingga 15 Nov, di Dewan Jubli Perak Majlis Perbandaran Kota Bharu, Kota Bharu, Kelantan. Tambah Khairul Faizi, pada muktamar itu Pemuda akan melancarkan beberapa aktiviti seperti Alternative Photography Club, Facebook dan Twitter DPPM, Filem Maya Oley2 dan pelancaran DVD Animasi kartun PASTI. Selain pelancaran itu, majlis penganugerahan kepada tokoh-tokoh Pemuda dan pejuang rakyat, serta anugerah PASTI akan turut disempurnakan. (HD)

Monday, 29 October 2012

TAHNIAH DARI YDP KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT DALAM IBADAH QURBAN 1433 Hijriah di Kalumpang

Alhamdulillah PAS Kawasan Hulu Selangor berjaya dalam menjayakan Qurban Perdana 1433Hijrah bersama kehadiran petugas yang ramai serta muslimat yang datang dari semua pelusuk Hulu Selangor.Tuan Haji Muhammad Idris bin Ahmad mengucapkan tahniah dan gembira dengan penyertaan ahli dalam majlis tersebut dan dapat menyiapkan ibadah qurban dengan masa yang singkat dan kemas.

Tuesday, 23 October 2012

LULUS 2007 , PAKATAN RAKYAT YANG KENA TUDUH!

KUALA LUMPUR, 23 OKT : Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor tidak pernah memberi kelulusan kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk meneruskan Projek Pembinaan Kabel berkuasa tinggi sehingga hari ini. Sebaliknya tegas Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim projek ini sebenarnya diluluskan oleh Kerajaan Selangor BN pada 2007. “Kalau MCA kata dia protes, dia mesti protes pada 2007 dan dia tidak boleh protes sekarang,” katanya dalam majlis lawatan kerja dan bertemu rakyat di Taman Connaught di sini hari ini. Justeru, tuduhan MCA Bandar Tun Razak pada 17 Oktober lalu bahawa beliau dalam mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) memberi kelulusan kepada TNB untuk membina kabel itu merentasi beberapa kawasan di Cheras di Selangor dan Taman Connaught di sini adalah tidak benar. “Sebaik sahaja menerima bantahan dan aduan daripada penduduk setempat tentang pembinaan ini pada 2010, saya mengarahkan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) supaya tidak memberikan apa-apa kellulusan pembinaan kepada TNB di kawasannya sehingga TNB memberikan cadangan lain. “Tetapi malangnya TNB bru-baru ini mula meneruskan kembali pembinaan itu bertumpu di kawasan Taman Connaught di bawah pentadbiran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur(DBKL) manakala di Selangor pembinaan tidak diteruskan,” katanya. Abdul Khalid yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak juga berkata, TNB seharusnya mempertimbangkan bantahan penduduk dan tidak meneruskan projek pembinaan kabel berkuasa berkenaan. Bagi menyelesaikan masalah ini satu perbincangan dicadangkan diadakan dalam masa dua minggu ini melibatkan TNB dan DBKL bersama penduduk di situ serta Bandar Tun Razak bagi mencari jalan penyelesaian. Beliau berkata, penduduk membantah projek tersebut kerana berasa bimbang akan tahap keselamatan dan kesihatan mereka bakal terjejas akibatnya. Menurutnya, pihaknya menyokong penuh sebarang projek pembangunan untuk keselesaan rakyat tetapi ia perlu dilakukan secara berhemat dengan mengambil kira pandangan dan ketidakselesaan golongan itu. Turut hadir, Ahli Parlimen Batu, Tian Chua; Ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai dan Ahlli Parlimen Bukit Bintang, Fong Kui Lun.

Sunday, 21 October 2012

Thursday, 18 October 2012

JAMUAN RAKYAT FELDA GEDANGSA 21 OKTOBER

KEMENTERIAN PELAJARAN JANGAN MENEKAN

KUALA LUMPUR, 18 OKT : Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan (Pendidik) mengemukakan satu memorandum mendesak Kementerian Pelajaran menghentikan segala bentuk tindakan tidak profesional, penganiayaan dan kezaliman kepada warga pendidik. Presidennya, Normala Sudirman atau lebih dikenali sebagai Cikgu Mala berkata, dalam masa dua minggu pihaknya menerima tidak kurang daripada 100 aduan berhubung tekanan yang dikenakan terhadap guru. Bercakap pada satu sidang media di lobi Parlimen, NGO Pendidik mendesak Kementerian Pelajaran yang diketuai oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengembalikan semula semua hak guru teraniaya selain menghentikan diskriminasi warga guru dengan melabel satu kelompok sebagai Umno-BN dan satu lagi kelompok bukan Umno-BN. Lantaran itu juga, mereka turut mendesak pembentukan satu jawatankuasa bebas di bawah Parlimen bagi menangani dan mengendalikan kes-kes penganiayaan terhadap guru. “Antara bentuk tindakan yang dikenakan adalah dibuang kerja kerana tidak tahan menurut arahan dengan kerap berpindah dan tidak munasabah. “Selain itu, guru dipindahkan jauh dari kediaman dan keluarga atas tekanan politik malahan disyaki aktif berpolitik serta cenderung kepada pembangkang,” katanya yang juga bekas calon PAS pada Pilihan Raya Kecil Dun Tenang pada tahun 2011. Dalam memorandum yang diterima oleh Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud selaku wakil Pakatan Rakyat turut dilampirkan beberapa nama guru yang menjadi mangsa penganiayaan Kementerian Pelajaran termasuk suami Cikgu Mala, Maarof Abdul Mutalib. Beliau ditukarkan dari SMK Tenang Stesen, Segamat Ke SMK Tanjung Pengelih, Pengerang, Kota Tinggi yang menyaksikan jarak ulang-alik lebih 500KM. Selain itu, beliau turut berhadapan hukuman berganda iaitu amaran, tindakan tata tertib, dipotong gaji tujuh hari bekerja serta dinafikan bonus tahun 2011, kesan daripada penglibatan isterinya dalam medan politik.

Tuesday, 16 October 2012

MPSJ BERJAYA KURANGKAN JENAYAH , TAHNIAH!

SHAH ALAM 17 OKT : Inisiatif Majlis Perbandaran Subang (MPSJ) memasang sistem kemera tertutup (CCTV) di kawasan seliaannya berjaya mengurangkan indeks kadar jenayah dikawasan terbabit. Analisis audit terhadap kadar indeks jenayah bagi tahun 2008 hingga 2011menunjukkan kadar ini mengalami trend penurunan dan kenaikan bagi tempoh tersebut. Mengikut statistik jenayah yang dikeluarkan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya mendapati bagi tahun 2011, penurunan indeks jenayah bagi kawasan pentadbiran MPSJ adalah sejumlah 354.02 (-34.8 peratus) daripada 1,017.83 pada 2010. Rakaman imej CCTV yang dibuat pada setiap hari akan disimpan selama satu bulan dan sekiranya terdapat permintaan, rakaman terbabit akan dikemukakan kepada polis bagi tujuan membantu siasatan. Semakan audit mendapati bagi tahun 2008 hingga 2011, MPSJ mengemukakan sebanyak 52 rakaman CCTV yang memaparkan insiden jenayah dan 17 rakaman yang melibatkan kejadian kemalangan. Audit juga melaporkan 52 peratus responden(penduduk MPSJ) bersetuju terdapat peningkatan tahap keselamatan susulan pemasangan CCTV oleh MPSJ. Untuk rekod, bagi mencapai objektif ini, sebanyak 100 unit CCTV disewa daripada syarikat swasta di mana 90 unit CCTV dipasang secara tetap mengikut lokasi yang ditentukan secara bersama dengan polis dan 10 unit CCTV mudah alih yang dipasang berdasarkan keperluan semasa. MPSJ seluas 161.80 kilometer persegi yang meliputi kawasan Subang Jaya, Serdang, Kinrara dan Seri Kembangan.

MALANGNYA JIKA SELANGOR DIPERINTAH BN

UALA LUMPUR : Kutipan hasil yang diperoleh kerajaan Selangor meningkat sebanyak RM62.5 juta pada 2011 berbanding tahun sebelumnya. Hasil sebenar yang dikutip pula melebihi anggaran hasil iaitu RM204 juta (114.3 peratus). Ia datangnya dari kutipan tiga jenis hasil iaitu hasil cukai (RM534.32 juta), hasil bukan cukai (RM791.18 juta) dan terimaan bukan hasil (RM308.50 juta). Hasil cukai dan hasil bukan cukai turut meningkat sebanyak RM62.50 juta. Hasil kerajaan negeri disumbang melalui premium geran tanah, cukai tanah semasa dan pemberian jalan raya/lorong. Peningkatan hasil membolehkan kerajaan Selangor mengakhiri tahun kewangan 2011 dengan lebihan RM180.50 juta, naik RM56.26 juta (45.3 peratus) berbanding 2010. Untuk rekod, kerajaan negeri pada 2010 mencatat kutipan hasil RM1.571 juta dengan lebihan RM124.24 juta. Kerajaan Selangor juga berjaya mengurangkan tunggakan hasil negeri berjumlah RM75.26 juta (15 peratus) kepada RM426.79 juta pada 2011 berbanding RM502.05 juta pada 2010. Prestasi pembayaran hutang awam pada 2011 pula sangat baik kerana baki hutang menurun sebanyak RM25.01 juta manakala tunggakan bayaran balik pinjaman berkurangan RM604.97 juta. Berikutan itu, kedudukan kewangan kerajaan Selangor dikategori sebagai BAIK berikutan peningkatan dari segi simpanan, hasil, pelaburan dan pengurusan kewangan. Penyata kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2011 mencatat peningkatan baki Kumpulan Wang Disatukan berjumlah RM1.944 bilion, meningkat RM357.13 juta berbanding RM1.58 bilion pada 2010. Sekalipun melaksanakan program kebajikan rakyat seperti diskaun cukai pintu rumah kos rendah, pemberian air percuma 20 meter padu dan Jom Shopping, kerajaan Selangor masih mampu menambah simpanan. Akaun Hasil Disatukan kerajaan Selangor pula mencatat lebihan RM180.50 juta berbanding RM124.24 juta pada 2010. “Prestasi kewangan kerajaan Selangor pada 2011 meningkat berbanding 2010 dengan peningkatan lebihan hasil berbanding belanja mengurus dan pembangunan,” kata Ketua Audit Negara, Tan Sri Amrin Buang dalam laporannya. Dicatat oleh ELBI RISALAH

Monday, 15 October 2012

ULASAN AUDIT MEMERANJATKAN KERAJAAN BN!

Laporan 2011 Ketua Audit Negara yang dikeluarkan hari ini menunjukkan pengurusan fiskal yang baik oleh semua empat negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat iaitu Selangor, Pulau Pinang, Kelantan dan Kedah dari segi perolehan pendapatan.
Keempat-empat negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat itu terus mendapat pujian Ketua Audit Negara berdasarkan petunjuk imbangan perolehan dan mengawal kadar hutang di samping berusaha meningkatkan pendapatan kerajaan negeri masing-masing. Pulau Pinang yang diterajui DAP terus mendahului senarai dari segi pungutan hasil negeri, mencatatkan peningkatan sebanyak RM192.19 juta atau 46.8% berbanding dengan RM410.70 juta yang dibuat pada tahun 2010 manakala Selangor, negeri terkaya di Malaysia, meningkat sebanyak RM62.50 juta atau 4% untuk tempoh yang sama. Bagaimanapun, dalam pada itu, Kedah menyaksikan penurunan lebihan apabila ia mencatatkan peningkatan dalam perbelanjaan operasi walaupun meningkatkan hasil, tetapi laporan itu menyatakan bahawa pimpinan PAS, kerajaan negeri telah lebih atau kurang mengekalkan lembaran imbangan "memuaskan". Tetapi negeri jelapang padi itu dianggap sebagai salah satu negeri paling miskin, masih jauh daripada mencapai had hutang yang dibenarkan, kata laporan itu. "Komitmen kerajaan negeri untuk baki hutang awam kini berada pada RM2.60 bilion berbanding dengan RM2.61 bilion pada tahun 2010, ia adalah masih tinggi," ia membaca, sambil menambah bahawa Kedah mesti berusaha lebih untuk meningkatkan kutipan hasil. Negeri yang kaya dengan sumber petroleum Kelantan juga, mendapat undian memuaskan disebabkan oleh peningkatan dalam dana yang disatukan sebanyak RM86.17 juta atau 58.1% kepada RM234.47 juta berbanding dengan RM148.30 juta yang dicatatkan pada tahun 2010. Negeri yang dikuasai PAS ini juga menyaksikan pelaburan meningkat pada tahun 2011 iaitu peningkatan sebanyak RM95 juta daripada RM16.33 juta pada tahun 2010 kepada RM111.33 juta pada tahun 2011. Prestasi penyata kewangan secara keseluruhan di negeri ini, di mana perolehan berbanding jumlah pengurusan dan perbelanjaan pembangunan bagi tahun 2011, mencatatkan peningkatan daripada defisit berjumlah RM171.70 juta pada tahun 2010 kepada RM141.53 juta pada tahun 2011. Tetapi laporan Ketua Audit Negara menekankan pengurusan hutang yang longgar di Kelantan. "Hutang awam meningkat sebanyak RM27.85 juta daripada RM1.11 bilion pada tahun 2010 kepada RM1.14 bilion pada tahun 2011. Tunggakan pembayaran balik hutang kepada kerajaan persekutuan juga meningkat daripada RM121.57 juta pada tahun 2010 kepada RM179.81 juta pada tahun 2011. " Sementara itu, laporan itu menyatakan peningkatan yang ketara dalam prestasi agensi kerajaan negeri dengan kebanyakan undian "cemerlang" berbanding dengan 2010, walaupun Ketua Audit mencadangkan Kelantan dan Kedah untuk menyediakan lebih banyak latihan untuk pegawai bagi tujuan peningkatan kualiti. Selangor dan Pulau Pinang telah dipuji kerana inisiatif mereka untuk meningkatkan prestasi pengurusan kewangan mereka.

Thursday, 11 October 2012

PENANGAN ANAK KG KERDAS BILA DIFITNAH SYABAS

SHAH ALAM, 12 OKT : Seorang penduduk Kampung Kerdas, Gombak memfailkan saman terhadap Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) kerana mendakwa ia gagal menyediakan perkhidmatan air terbaik kepada kediamannya sejak empat tahun lalu. Plaintif, Hashim Maon yang memfailkan saman itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur juga menuntut ganti rugi sejumlah RM 2.5 juta daripada Syabas kerana menuduhnya sebagai ‘pencuri air’. Hashim memfailkan saman itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 20 September lalu melalui syarikat guaman Roland and Co. Menurutnya, tuntutan itu dibuat berasaskan kecuaian dan kegagalan defendan melaksanakan tanggungjawab dan tugas membekalkan air kepada pengguna. Kecuaian tersebut kata plaintif, bertentangan dengan peruntukan undang-undang di bawah Seksyen 53, 54, 57 dan 58 Akta Perlindungan Pengguna 1999 serta Seksyen 40 dan 41 Akta Industri Perkhidmatan Air 2006. Sehubungan itu, plaintif menuntut ganti rugi khas dan am, faedah, kos dan relif yang difikirkan perlu. “Saman itu akan didengar di depan hakim pada 15 Oktober depan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. “Saya saman fitnah kepada defendan sebanyak RM2 juta tidak termasuk tuntutan khas seperti tuntutan ganti rugi dan kos-kos lain yang jumlah keseluruhannya kia-kira RM 2.5 juta,” katanya. Sebelum ini, Hashim mendakwa dia dan keluarga berdepan tekanan air rendah. Sebaliknya air yang dibekalkan Syabas kepada kediamannya juga tidak bersih kerana paip saluran yang digunakan sudah lama, berkarat dan perlu diganti. Perkara itu berulang kali diajukan kepada Syabas, namun mereka menyatakan kerja-kerja pembaikan tidak dapat dilakukan akibat kekangan kewangan Syabas. Ekoran itu, beliau mengambil inisiatif sendiri melakukan penyambungan baru di luar bagi memastikan bekalan air bersih dapat disalurkan ke rumahnya. Tetapi tindakan itu menyebabkan Syabas menuduhnya sebagai pencuri. Beliau berkata, tekanan air di rumahnya kini bertambah baik selepas campur tangan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (Span) yang mengarahkan Syabas membuat sambungan baru daripada paip utama kepada meter air di kediamannya. Namun begitu katanya, tuntutan saman akan tetap diteruskan kerana Syabas telah memfitnah beliau sekeluarga sehingga merosakkan reputasi mereka.

Thursday, 27 September 2012

MENANG PAKATAN RAKYAT 100,000 RUMAH KITA BUAT !

SHAH ALAM, 27 SEPT : Kerajaan Pakatan Rakyat (Pakatan) akan membina 100,000 unit rumah mampu milik di bandar-bandar utama dalam penggal pertama pentadbirannya sebagai Kerajaan Persekutuan. Menurut belanjawan alternatif Pakatan 2013 yang diterbitkan semalam, gagasan itu akan melaksanakan perancangan tersebut dengan suntikan dana RM5 bilion kepada Lembaga Perumahan Negara (LPN). Suntikan tambahan RM 2 bilion akan diberi setiap tahun dari tahun kedua hingga kelima bagi menyediakan dana kewangan untuk pelaksanaan projek perumahan awam berkenaan. Ia adalah salah satu penekanan yang akan diambil Pakatan menerusi belanjawan berjumlah RM 234 bilion yang diterbitkan semalam oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menyediakan rumah mampu milik merupakan penekanan khusus yang diberikan demi membela nasib rakyat yang selama ini terbeban dengan harga rumah yang melambung di pasaran ketika ini. Bagi menangani masalah harga perumahan ini Pakatan merancangan untuk melaksanakan pelbagai projek perumahan mampu milik di seluruh negara yang berharga antara RM 130,000 hingga RM 300,000. Inisiatif rumah mampu milik akan diuruskan dengan menubuhkan LPN yang akan menggantikan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) dan Perbadanan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) yang dilihat tidak memaikan peranan. Pakatan juga akan mengamalkan konsep bina-dan-jual bagi mengatasi risiko perumahan terbengkalai yang telah merugikan kira-kira 79,000 pembeli. Dasar ini akan dilaksanakan secara berperingkat untuk semua projek perumahan kos sederhana rendah berharga RM 300,000 dan ke bawah. Pakatan juga akan memperkenalkan konsep “social renting” atau penyewaan untuk tujuan sosial bagi memenuhi keperluan perumahan untuk golongan isi rumah di bawah RM 1,500 sebulan. Di samping itu, konsep perkongsian pemilikan juga akan diperkenalkan untuk mereka yang kurang kemampuan kewangan untuk membeli rumah. Di bawah konsep ini, pembeli akan memiliki 25 peratus daripada harga rumah, manakala nilai yang selebihnya, iaitu 75 peratus, akan dimiliki oleh agensi kerajaan.

Thursday, 20 September 2012

HEBAT PBT INI !

SELAYANG,1 OGOS: Majlis Perbandaran Selayang akan mengenakan waran tahanan kepada pemilik yang mempunyai tunggakan cukai taksiran bermula 16 April 2012 iaitu setelah tamat tempoh notis(borang E) kepada pemilik yang mempunyai tunggakan sebanyak RM250.00 ke atas.
Majlis Perbandaran Selayang merekodkan cukai taksiran sebanyak RM42 juta bagi penggal pertama 2012 daripada anggaran sebanyak RM43.8 juta. Yang Dipertua MPS, Datuk Zainal Abidin Aala berkata, bagi tunggakan cukai taksiran yang berjaya dikutip adalah sebanyak RM6.4 juta daripada jumlah tunggakan keseluruhan sebanyak RM9.82 juta. Selain itu, Ketua Jabatan Perancang Bandar, Awang Mustafa Bin Md. Yunus mencadangkan status lot tanah perumahan di Batu Caves ditukarkan kepada tanah perindustrian bagi mengimbangi jumlah kawasan perumahan di kawasan itu. “Terdapat permohonan penukaran status di sesetengah lot di kawasan perumahan di Batu Caves dan setelah Jabatan Perancang Bandar MPS melakukan kajian dan soal selidik, adalah perlu cadangan ini supaya Selayang khususnya tidak hanya dipenuhi dengan kawasan perumahan sahaja,” katanya lagi. Sehubungan itu, Zainal Abidin berkata, cadangan yang dikemukakan itu akan dibawa untuk perbincangan lebih rapi bagi mempastikan keberkesanan perlaksanaanya kelak.

HEBAT PBT INI !

SELAYANG,1 OGOS: Majlis Perbandaran Selayang akan mengenakan waran tahanan kepada pemilik yang mempunyai tunggakan cukai taksiran bermula 16 April 2012 iaitu setelah tamat tempoh notis(borang E) kepada pemilik yang mempunyai tunggakan sebanyak RM250.00 ke atas.
Majlis Perbandaran Selayang merekodkan cukai taksiran sebanyak RM42 juta bagi penggal pertama 2012 daripada anggaran sebanyak RM43.8 juta. Yang Dipertua MPS, Datuk Zainal Abidin Aala berkata, bagi tunggakan cukai taksiran yang berjaya dikutip adalah sebanyak RM6.4 juta daripada jumlah tunggakan keseluruhan sebanyak RM9.82 juta. Selain itu, Ketua Jabatan Perancang Bandar, Awang Mustafa Bin Md. Yunus mencadangkan status lot tanah perumahan di Batu Caves ditukarkan kepada tanah perindustrian bagi mengimbangi jumlah kawasan perumahan di kawasan itu. “Terdapat permohonan penukaran status di sesetengah lot di kawasan perumahan di Batu Caves dan setelah Jabatan Perancang Bandar MPS melakukan kajian dan soal selidik, adalah perlu cadangan ini supaya Selayang khususnya tidak hanya dipenuhi dengan kawasan perumahan sahaja,” katanya lagi. Sehubungan itu, Zainal Abidin berkata, cadangan yang dikemukakan itu akan dibawa untuk perbincangan lebih rapi bagi mempastikan keberkesanan perlaksanaanya kelak.

Wednesday, 12 September 2012

HARI MALAYSIA DUN HULU BERNAM !

Salam, jom semua
KONVOI HARI MALAYSIA N05 HULU BERNAM 16 hb Sept 2012/ 29 Syawal 1433H (Ahad) 9.00 pagi ~ 2.00 petang Tol PLUS, Bukit Tagar Route : Bukit Tagar – Felda Sg Tenggi – Felda Suharto – Felda Gedangsa – Kg Gesir – Kg Selisik – Hulu Bernam - Kalumpang Anjuran : Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Bernam Peserta Pemilik motosikal sebarang CC dan tanpa batas bilangan motorsikal. Pengisian Konvoi – Tentatif Program 9.00 pagi : Peserta berkumpul 9.05 pagi : Taklimat Program dan Peraturan oleh Marshall 9.10 pagi : Doa/ Agihan Sticker, Bendera Malaysia/PAS 9.15 pagi : Tol Bukit Tagar - Perlepasan konvoi 1) Felda Desa Maju Sg Tengi - Ziarah Tokoh A (Pesara / Tokoh Masyarakat) 2) Felda Gedangsa- Ziarah Tokoh B,C (Pesara/ Tokoh Masyarakat) 3) Kg Gesir Tengah – Ziarah Tokoh D (Pesara/ Tokoh Masyarakat) 4) Kg Gesir Tengah – Ziarah Tokoh E (Pesara/ Tokoh Masyarakat) 5) Hulu Bernam – Ziarah Tokoh F (Pesara/ Tokoh Masyarakat) 1.00 petang : Kenduri Kahwin No 29, Jln Tempua 1A, Tmn Tempua Bestari, Kalumpang 1.30 petang : Solat Zohor 2.00 petang : PKM/ Hari Terbuka Aidilfitri DUN Hulu Bernam

Monday, 10 September 2012

WARGA SELANGOR IJOK MAHU PAKATAN RAKYAT DIKEKALKAN

65.95 Peratus Warga Ijok Mahu Kerajaan Negeri PR Selangor Kekal By Nazli Ibrahim – September 11, 2012 Posted in: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Ahli Majlis, Ahli Parlimen, Badan Kerajaan, Barisan Nasional, Berita, Berita Nasional, Dasar Kerajaan Selangor, Dewan Undangan Negeri, Exco, Fokus Rakyat, Infrastruktur, Inisiatif Kerajaan Selangor, Integriti, Kebajikan Rakyat, Kecekapan, Kerajaan Selangor, Ketelusan, Mahasiswa, Maklumbalas Rakyat, Menyelesaikan Masalah Rakyat, Pakatan Rakyat, Pelaburan, Pembaikpulihan, Pencapaian & Prinsip Tadbirurus, Pendidikan, Pengagihan Adil, Pengangkutan Sampah, Pengurusan Dana Rakyat, Perkhidmatan Kepada Rakyat, Perpaduan, Perumahan, Pihak Berkuasa Tempatan, Politik & Berita Nasional, Program Merakyatkan Ekonomi Selangor, Sumbangan Dana, Syarikat Kerajaan, Tanah, Tayangan, Terkini, Wakil & Institusi Kerajaan SHAH ALAM 11 SEPT: Sejak pentadbiran negeri bertukar tangan kepada Pakatan Rakyat(PR) pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke -12 lalu, serangan demi serangan mula dihalakan kepada Kerajaan Negeri yang dipimpini Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Pelbagai cara dibuat untuk menampakkan kelemahan Abdul Khalid sehinggakan beliau didakwa sudah tidak mendapat sokongan daripada masyarakat di DUN Ijok yang diwakilinya sendiri. Bagi mendapat gambaran sebenar wartawan mengambil inisiatif turun sendiri ke Ijok bagi menemui penduduk daan mendapatkan maklum balas sendiri berhubung pandangan mereka terhadap Abdul Khalid sebagai wakil rakyat kawasan mereka dan prestasi Kerajaan Negeri pimpinannya. Menurut laporan tinjauan rambang itu, meskipun Kerajaan Negeri tidak putus dihujani serangan, 65.95 peratus masyarakat Ijok mendakwa berpuas hati dengan prestasi Kerajaan Negeri yang ada sekarang dan mahukan Kerajaan Negeri semasa kekal mentadbir Selangor, Manakala sebanyak 27.65 peratus pula menyatakan tidak berpuashati dan mahukan BN kembali mentadbir Kerajaan Negeri dan 6.38 peratus lagi menjawab tidak pasti. Sementara itu, dalam laporan kaji selidik sama, sebanyak 55.31 peratus turut berpuashati dengan prestasi Adun Ijok iaitu Abdul Khalid sendiri berbanding 31.91 peratus tidak berpuas hati dan 8.51 peratus lagi tidak pasti. Kajian tersebut juga mendapati sokongan tertinggi terhadap Kerajaan Negeri di DUN Ijok adalah dari kaum Melayu diikuti kaum Cina dan India. Selain itu, seramai 40 responden berjaya menjawab dengan tepat, PKR merupakan parti peneraju Kerajaan Negeri Selangor berbanding lima responden yang masih percaya BN masih lagi mentadbir dan dua tidak pasti. Tinjauan pendapat dalam laporan ‘Kaji Selidik Sokongan Masyarakat DUN Ijok Terhadap Kerajaan PR Selangor’ yang dijalankan oleh wartawan TVS itu di buat secara rambang dengan melibatkan seramai 47 orang responden dari pelbagai latar belakang kaum, sektor perkerjaan dan sosio ekonomi sebagai sampel kajian.

Friday, 7 September 2012

Wednesday, 29 August 2012

LAPORAN PERUNTUKAN DUN KKB

Laporan Peruntukan DUN Kuala Kubu Baru
http://wengsan.blogspot.com/2012/08/laporan-peruntukan-dun-kuala-kubu-baru.html

Tuesday, 28 August 2012

PELAJAR UNISEL TERUS DIBELA !

KUALA LUMPUR: Universiti Selangor (Unisel) akan terus mengadakan perbincangan dengan Jana Niaga Sdn Bhd (JNSB) bagi menyelesaikan masalah penempatan pelajar. Naib Canselor Unisel, Prof Dr Anuar Ahmad (gambar) menjelaskan pihak universiti akan mencari jalan terbaik melalui perbincangan syarikat JNSB demi kebajikan pelajar. Malah menurutnya, walaupun pihak pengurusan hostel telah membenarkan pelajar-pelajar Unisel memasuki hostel tersebut namun perbincangan tetap diteruskan bagi mencari jalan penyelesaian jangka panjang terutama melibatkan kos yang terlalu tinggi ditanggung oleh pihak universiti. "Pihak JNSB telah membuka semula pejabat residen di kampus induk universiti itu di Bestari Jaya, Kuala Selangor apabila persetujuan dicapai pada sesi pendengaran mahkamah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Jumaat sebelum cuti hari raya lalu selepas Unisel memfailkan permohonan perintah. "Walaupun perintah tersebut telah diperolehi, kita akan mengadakan perbincangan dengan pihak JNSB berhubung dengan soal kos yang ditanggung oleh Unisel setiap bulan yang bagi kami ia agak tinggi," jelasnya kepada Harakahdaily. Tambahnya, kos yang dikenakan kepada pelajar sebanyak RM200 sebulan adalah satu jumlah yang agak tinggi jika dibandingkan dengan kos penginapan di luar kampus. Selain itu juga, pihak Unisel terpaksa membayar hampir RM1 juta setiap bulan untuk tempoh setahun (12 bulan). "Walaupun jumlah pelajar yang menginap di asrama tidak sepenuhnya iaitu sekitar 3,500 orang pelajar namun Unisel terpaksa membayar penuh mengikut jumlah penempatan pelajar iaitu 5,000 orang," katanya. Jelas Dr Anuar, kontrak selama 20 tahun yang akan berakhir pada 2025 adalah satu tempoh yang amat panjang dan jika isu sedemikian tidak dapat diselesaikan ia akan merugikan pihak Unisel dan juga pelajar. "Saya tidak mahu memberi penjelasan terperinci mengenai tindakan selanjutnya Unisel selagi kita tidak mengetahui keputusan dari perbincangan yang akan diadakan nanti. "Apa yang pasti kita mahu lakukan suatu yang terbaik untuk pelajar-pelajar Unisel," tambahnya lagi. Beliau sebelum ini cukup kecewa dengan isu penginapan yang dimainkan oleh pelbagai pihak.

Friday, 3 August 2012

Tuesday, 31 July 2012

MB JAMIN HARGA AIR TAK NAIK ! BN NAK BAGI???

MB jamin tiada kenaikan tarif air di Selangor SHAH ALAM 30 Julai: Kerajaan Selangor akan memastikan tarif air di negeri itu tidak dinaikkan di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat. Untuk itu, Menteri Besarnya, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri menolak projek Langat 2 bagi memastikan rakyat mendapat air percuma. “Sekiranya Langat 2 diteruskan, Selangor akan memikul beban kos sehingga RM2 bilion dan tarif air akan dinaikkan sehingga 70 peratus,” katanya dipetik mediaselangorku. Khalid berkata, keputusan itu dibuat bagi menjaga kepentingan rakyat yang selama ini terbeban dengan kos sara hidup tinggi di bawah pentadbiran Umno BN. Sebelum ini, Kerajaan Pusat melalui Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) berdegil mahu meneruskan projek Langat 2 dan bercadang membuka tender kepada mana-mana syarikat yang layak. Tindakan itu kononnya bagi mengelak tanggapan kroni Umno BN memperoleh keuntungan berganda jika projek itu diteruskan. Dalam pada itu, Khalid menempelak pemimpin Umno BN yang berdegar-degar bercakap mengenai kebajikan rakyat tetapi masa sama mahu menaikkan tarif air. Beliau turut menyelar, dakwaan Umno BN kononnya Selangor akan muflis dengan pemberian air percuma. Kata Khalid, Pakatan Rakyat bukan sahaja membuktikan mampu menjaga kebajikan rakyat malah rizab kerajaan negeri juga bertambah. Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=33659

Wednesday, 25 July 2012

BONUS KERAJAAN SELANGOR ADA TAMBAHAN LAGI !

Selangor beri bonus setengah bulan, RM200 Simpanan Selangorku Kerajaan Negeri hari ini meluluskan pemberian bonus setengah bulan gaji atau sekurang-kurangnya RM500 kepada semua kakitangan awam Selangor bagi membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Kerajaan Selangor juga memutuskan untuk memberi bonus tambahan dalam bentuk Simpanan Selangorku sebanyak RM200 kepada setiap kakitangan awam, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Dalam satu kenyataan hari ini, menteri besar berkata, bagi yang beragama Islam, wang tersebut akan dimasukkan dalam Simpanan Tabung Haji. "Manakala bukan beragama Islam akan diberikan dalam bentuk Sijil Simpanan Premium Bank Simpanan Nasional (BSN). "Kedua-dua bonus ini akan dimasukkan dalam akaun kakitangan awam pada minggu hadapan," katanya. Menteri besar berkata,Kerajaan Selangor memperuntukkan RM20 juta untuk pembayaran bonus dan bonus tambahan Simpanan Selangorku kepada kakitangan awam untuk tahun ini. "Kerajaan negeri berharap bonus ini dapat meringankan beban penjawat awam untuk membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri. "Pada masa sama, Kerajaan Selangor mahu menggalakkan kakitangan awam menabung demi masa depan," katanya.

Tuesday, 24 July 2012

REFERENDUM RAKYAT SELANGOR ISU AIR DITAGIH !

Tamparan Buat Umno.. Majoriti Rakyat Selangor Sokong Referendum Isu Air SHAH ALAM - Rata-rata keputusan Kerajaan Negeri Selangor yang mahu mengadakan referendum untuk mencari penyelesaian berhubung isu pengambilalihan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) mendapat sokongan banyak pihak.Bancian atas talian kendalian Sinar Harian Online menunjukkan 85 peratus menyokong pendekatan referendum. Bancian itu dibuka kepada pengunjung portal Sinar Harian Online lewat malam tadi susulan kenyataan Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin Negeri, Dr Xavier Jayakumar, yang antara lain berkata, pihaknya kesal apabila Kerajaan Pusat lebih optimistik menyerahkan pengurusan kepada Syabas daripada memberinya kepada Kerajaan Negeri Selangor. "Kerajaan Negeri Selangor bersedia untuk mengadakan referendum rakyat, di mana rakyat boleh mengundi dan memberi pendapat sama ada menerima atau tidak usaha Kerajaan Negeri untuk mengambil alih Syabas,” katanya.Daripada 558 yang menyertai bancian itu setakat 11 pagi tadi, 85 peratus mengalu-alukan langkah Kerajaan Negeri Selangor menimbang mahu mengadakan referendum berhubung isu air-Syabas. Baki 15 peratus tidak setuju.Bagaimanapun tidak pasti berapa ramai daripada peserta bancian itu adalah kalangan warga Selangor dan Wilayah Persekutuan.Rata-rata pandangan menerusi teks dan bertulis, yang diberikan oleh pembaca berita berkenaan juga menyokong usaha itu. Malah ada yang juga mengkritik pertimbangan Kerajaan Negeri itu.Beberapa pembaca mengambil pendirian berkecuali. Berikut adalah sebahagian daripada pandangan yang dipetik dari portal ini setakat pagi tadi:Orangsama Ben Laden: "Sokong Kerajaan Negeri Selangor. MB Selangor buat yang terbaik untuk rakyatnya bukan seperti mantan MB dulu yang hanya tau beri hadiah penyapu kepada pegawainya dan akhirnya dia sendiri disapu keluar dari pejabatnya."DzulSharif Dzul: "Satu langkah proaktif kerajaan PR Selangor... teruskan dengan referendum, biar rakyat Selangor menentukan hak mereka dari terus dibaham lintah-lintah darat."Mohamad Ramlan, "Nak ambil alih tak kasi pulak. Apa niat sebenar kerajaan pusat ini. Adakah sengaja untuk menyulitkan keadaan seperti apa yang Israel yang sengaja lakukan terhadap rakyat palestin."Shibima Mohdrm: "Pihak kerajaan negeri telah memohon peruntukan sebanyak RM225 juta daripada Kementerian Kewangan untuk melengkapkan Projek Mitigasi melalui Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) tapi masih dalam menunggu kelulusan. Cukai-cukai rakyat negeri Selangor kerajaan pusat dah kutip, kerajaan negeri nak peruntukan tunggu dulu Najib nak kena semek buku kira-kira dulu."Taib Bin Nasirudin: "Baik suruh MB Khalid buktikan kemampuan dia seperti menjaga kebersihan (sampah) barulah mungkin cakap dia itu boleh pakai sikit."Mustafa Bakri: "Aku dah letih, lantak ko lah.. at Mano ajolah."Faiz Voo Fasirul: "Aahhahhahahah (Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri) Muhyiddin (Yassin) ingat Selangor itu Umno yang berkuasa... jom kita tengok kehebatan MB Khalid."Fallguy Syarrom: "MB Khalid lebih handal (business minded) dari Muhyiddin.. go Khalid go..."Muhammad Noor Zamani: "Isu air selangor akan menjadi pukulan maut buat Umno BN. Selamat tinggal Umno BN PRU13."Nasir Adnan: "Elok Selangor ambil pentadbiran air... BN dah 54 tahun ta lah selesai hal air."Shamsul My: "Inilah bola tanggung yang diharap oleh Umno untuk menghentam kerajaan negeri... akhirnya rakyat tahu niat busuk Umno."Sukri Mustapha: "Sebab Muhyiddin, cita cita Pok Jib tawan Selangor akan gagal, Muhyiddin selalu bagi Pok Jib susah lepas satu, satu, Langat Dua, tidak akan settle sebelum PRU13, nampak gaya Pok Jib kena ganti Muhyiddin dengan Hishammuddin."DzulSharif Dzul: "Nampak gayanya makin susahlah Najib nak rampas Selangor... putih mata la Najib...dan kedudukan PR makin mantap..lambat lagilah PRU13."Ustazah Lgbt: "... Xavier turut menegaskan, krisis kekurangan air untuk Selangor sebenarnya tidak berlaku seperti didakwa Syabas dan Kerajaan Pusat yang hanya bertindak menakutkan rakyat. Pihak kerajaan negeri telah memohon peruntukan sebanyak RM225 juta daripada Kementerian Kewangan untuk melengkapkan Projek Mitigasi melalui Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) tapi masih dalam menunggu kelulusan. Maknanya air kat Selangor memang kurang... bulat-bulat kena tipu..."Mandarin Lagend: "Aku rakyat Malaysia, tidak duduk Selangor. Aku nak yang terbaik. Aku berdiri tengah-tengah sekarang ini. dengar dua-dua pihak."Yusmelaka Pikear: "Air anugerah Tuhan dan Malaysia bershukur kerana negara ini lengkap dengan dengan anugerah hasil bumi. Perlukah air dipolitikkan. Dan, ada pihak yang menjadi kaya raya semata-mata jadi Pengerusi dan CEO. Kita minta Majlis Fatwa membuat kenyataan berkenaan perniagaan air ini. Apa kata Selangor tak perlu membekalkan air pada wilayah, wilayah sepatutnya menyediakan sumbernya sendiri..."Mohamed Dzariff Ziyad Wazilah: "Kerajaan Selangor ini memag main politik, pura-pura minta dari Kerajaan Pusat konon, bukankah jelas Kerajaan Pusat tak akan bagi kebenaran? Ni main wayang apa pulak ni? Saja konon nak bagi nampak yang, Kerajaan Selangor konon mengambil usaha, lepas itu ditolak Kerajaan Pusat. Saya PR lebih bijak dari itu."Farhan Azlan: "Kalau kerajaan negeri Selangor tiada kemhiran.... tak perlulah ambil risiko... lihat sahajalah Alam Flora yang telah diambil alih... lebih banyak masalah yang wujud... dari menyelesaikan masalah yang timbul... jangan ikut rasa hati..."Saleh Abim: "Kerajaan Pusat kena ambil ali jangan sampai jadi cerita sampah. Dah busuk gila baru nak selesai itu pun beli lori juta-juta."Aqyun Firdani: "Rakyat Selangor melihat ini adalah isu yang sepatutnya tidak diambil oleh sesiapa termasuklah Kerajaan Pusat Sebagai isu politik atau dipolitikkan. Kepentingan rakyat Selangor yang ditumpang oleh Wilayah Persekutuan dan Putrajaya. Walaupun Selangor ditakbir oleh Kerajaan Pakatan Rakyat, tetapi mereka juga ada kewajipan terhadap rakyat Wilayah Persekutuan dan Putrajaya. Seharusnya Kerajaan Persekutuan memandang ini sebagai isu segera yang perlu disegerakan. Kelemahan Syabas mengeluarkan produknya iaitu air bersih mestilah mendapat perhatian serius dari Kerajaan Selangor dan Pusat. Melaksanakan amanah rakyat untuk kedua-dua kerajaan sewajibnya mendahului kepentingan rakyat.Saya senaraikan beberapa faktor kegagalan Syabas dan Kerajaan Pusat menangani isu ini."Zamri Ahmad: "Bila air dah kering.....nanti barulah kata betullah apa Umno cakap dulu.... macam Felda di bursa saham... bila bawa keuntungan...betullah apa Umno cakap... pembinaan UiTM... baru sekarang semua dah kata rugi... sebelum ni benar-benar tolak tak mau bina kat selangor lagi....tapi akhirnya betullah kata Umno,....dulu nak tubuh Petronas...biasalah pembangkang dengan buat demo kata membazirlah dan siap demo lagi, tapi sekarang akhirnya betullah apa Umno kata, sekarang pembangkang pula menyibuk dengan Petronas, Dulu nak bina bina Putrajaya... puak pembangkang nilah buat demo dan kata membazir... sekarang betullah kata Umno... macam-macam lagilah... sekarang ini air di Selangor."Aqyun Firdani: "Saya dan rakyat Selangor menyokong referendum ini jika Kerajaan Pusat gagal memberi kerjasama, Syabas akan menghadapi masalah menabur pasir di periuk nasi sendiri. Ingatlah Rakyat Selangor semakin bijak menilai yang mana intan atau kaca. Ini adalah hidup mati kami. Kerajaan Pusat dan Syabas jangan buat seperti mainan catur!!!! 'Check met' hanya ada pada kami rakyat Selangor."Mohd Amran Che Abdullah: "Penstrukturan semula industri air di negeri itu harus disegerakan memandangkan Syabas gagal memberi perkhidmatan terbaik kepada pengguna."

Wednesday, 18 July 2012

SELAMAT SAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK 1433 H

ROMBAKAN WAJAR DAN PELUANG UNTUK PEKERJA BAIK

"SYABAS telah menjadi satu ancaman kepada keselamatan negara kita dengan mengancam tujuh juta pengguna (di kawasan terbabit) dengan catuan air, sedangkan tidak berlaku kekurangan air," kata ahli Parlimen DAP Tony Pua. Lanjutan kepada pengumuman oleh YAB Tan Sri Menteri Besar Selangor yang menggunakan kuasa di bawah klausa 32 perjanjian konsesi air untuk ‘step in’ dalam memantau perkhidmatan operasi Syabas baru-baru ini. Lantaran itu , Kerajaan Negeri ingin mengumumkan di sini bahawa : Semua kakitangan Syabas dibawah kategori teknikal dan kakitangan serta pegawai pengurusan dan pentadbiran peringkat pertengahan akan dikekalkan manakala pegawai-pegawai di peringkat pengurusan kanan akan dirombak semula. Bila ada rombakan tu.. faham-fahamlah ya.. pasti akan ada yang disepak keluar.. KENYATAAN MEDIA 18 JULAI 2012 Semua Kakitangan Syabas Dikekalkan Kecuali Pengurusan Kanan Syabas Dalam Proses ‘Step-In’ Kerajaan Negeri Selangor Kerajaan Negeri membidas saranan Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana agar Kerajaan Negeri Selangor perlu mengemukakan rancangan dan pelan mereka untuk menguruskan bekalan air di negeri itu, jika berhasrat mahu mengambil alih peranan itu daripada Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) seperti yang disiarkan oleh beberapa media perdana pada hari ini. Kerajaan Negeri curiga dengan tindakan beliau sebagai orang nombor dua Negara dan juga seorang penjawat awam yang bercakap menyebelahi Syabas sebuah syarikat yang berpaksikan keuntungan komersial, mendahului kepentingan syarikat dan pemegang-pemegang sahamnya sahaja. Dalam kata lain Muhyuddin lebih mengutamakan keuntungan sebuah syarikat melebihi kepentingan lebih 5.7 juta orang rakyat Selangor yang menggunakan air untuk keperluan harian mereka. Sepatutnya Muhyiddin menyokong usaha-usaha Kerajaan Negeri yang dipilih oleh majoriti rakyat Selangor dan bukannya kepentingan sebuah syarikat semata-mata. Kita juga ingin menegaskan disini bahawa Syabas tidak mempunyai sebarang kuasa (authority) untuk mencadang atau mengumumkan sebarang bentuk program catuan air (water ration) kerana Syabas tidak diperuntukan kuasa tersebut di dalam perjanjian konsesi air tersebut mahupun dari segi obligasi moralkepada rakyat Selangor. Hanya Kerajaan Negeri diberikan kuasa mengumumkan catuan air, itupun hanya dibenarkan dalam situasi kecemasan dan darurat setelah dibawa dalam mesyuarat Majlis Gerakan Negeri (Mageran) Kita juga menyarankan Syabas agar berhenti membuat kenyataan mengenai apa-apa catuan air kerana Syabas dilihat berlagak umpama sebuah parti politik. Lanjutan kepada pengumuman oleh YAB Tan Sri Menteri Besar Selangor yang menggunakan kuasa di bawah klausa 32 perjanjian konsesi air untuk ‘step in’ dalam memantau perkhidmatan operasi Syabas baru-baru ini. Lantaran itu , Kerajaan Negeri ingin mengumumkan di sini bahawa : Semua kakitangan Syabas dibawah kategori teknikal dan kakitangan serta pegawai pengurusan dan pentadbiran peringkat pertengahan akan dikekalkan manakala pegawai-pegawai di peringkat pengurusan kanan akan dirombak semula. Jadi kita harap kakitangan Syabas yang banyak pengalaman serta berdedikasi kepada syarikat agar tidak berasa cemas terhadap masa depan mereka dalam proses ‘step-in’ Kerajaan Negeri tidak berapa lama lagi. Disediakan oleh: Y.B TUAN DR. XAVIER JAYAKUMAR EXCO Kerajaan Negeri Selangor

Monday, 9 July 2012

80 % MELAYU BAKAL DAPAT TANAH ! PR BERMARUAH

80 peratus Melayu bakal dapat tanah di Selangor- Yaakob Sapari SHAH ALAM: Jaminan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim bahawa 100,000 permohonan tanah akan diselesai dalam masa terdekat menyaksikan 80 peratus Melayu bakal menerima tanah dari kerajaan negeri, kata Exco kerajaan negeri, Yaakob Sapari. Menurutnya, jaminan itu juga mencerminkan sikap kerajaan negeri Pakatan Rakyat yang telus dan tidak memilih latar belakang politik dalam soal pemberian tanah kepada rakyat. “Dasar kerajaan negeri jelas di mana pemilikan tanah diberi kepada individu yang telah menetap dan telah mengusahakan tanah tersebut,” tegas beliau dalam satu kenyataan media. Yaakob yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan berkata, antara kawasan yang diberi tumpuan adalah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Gombak, Ijok, Dengkil dan Kuang . “Selain itu, kerajaan negeri juga akan mempertimbangkan permohonan tanah kaum Cina di Sekinchan dan kaum India di Batu Caves yang sebelum ini selalu dipinggarkan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN),” katanya. Katanya, keadaan itu berbeza dengan pemerintahan BN dahulu apabila setiap permohonan tanah perlu melalui jawatankuasa daerah tanah yang dipengerusikan oleh seseorang Adun. Sistem itu katanya, menyebabkan berlaku kepincangan kerana permohonan tanah hanya akan diluluskan sekiranya pemohon memiliki ‘fahaman politik’ yang sama dengan seseorang Adun tersebut. Tambah Yaakob, kerajaan dahulu juga dilihat gagal menangani masalah tanah dengan baik, malah, bekas Menteri Besar, Dato’ Seri Khir Toyo juga gagal menyelesaikan pemohonan tanah orang Melayu di kawasannya sendiri di Sungai Panjang. Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=7809

Friday, 6 July 2012

FORUM DIKAGUMI DYMM SULTAN SELANGOR

DYMM Sultan Selangor Berkenan Menyampaikan Titah Sempena Forum Perdana Di KUIS KUIS, Bangi, 12 Sya`ban 1433 = 02 Julai 2012 (Isnin): Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Ibn Al-Marhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada malam ini berkenan hadir dan menyampaikan titah sempena Forum Perdana anjuran Jabatan Mufti Negeri Selangor dengan Kerjasama KUIS, JAKIM & RTM. Turut hadir YAB Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Ibrahim Menteri Besar Selangor, YB Dato' Khusrin Munawi Setiausaha Kerajaan Negeri, Sahibul Samahah Dato' Setia Diraja Haji Tamyiz Mufti Kerajaan Negeri, Sahibul Saadah Dato' Haji Marzuki bin Hussin Pengarah JAIS, Orang-Orang Besar, Pembesar-Pembesar dan Pegawai-Pegawai. Dalam titahnya Baginda memuji terhadap anjuran forum yang diadakan pada malam ini yang menurut Baginda dapat mendorong kepada kebaikan dan kebenaran. Baginda berharap rakyat bersyukur kerana berada di dalam keadaan harmoni. Baginda meminrta semua rakyat bersatu dan mengukuhkan perpaduan. Baginda berharap umat Islam terus meningkatkan kefahaman tentang Islam dan berwaspada dari anasir yang mau merosakkan akidah umat Islam dengan ajaran-ajaran salah. Golongan muda sering menjadi objek bagi pengajaran salah. Umat Islam hendaklah berpegang teguh dengan Al-Quran dan ajaran Ahlu As-Sunnah wal Jamaah. Baginda juga mengucapkan selamat berpuasa Ramadhan yang bakal menjelang.tiba. Sebelum daripada itu Sahibus Samahah Dato' Haji Tamyiz Mufti Kerajaan Negeri Selangor menjunjung kasih di atas kehadiran Tuanku dan semua pihak yang hadir. Beliau menjelaskan tujuan forum diadakan bagi memberi kefahaman terutama kepada pelajar dan golongan muda betapa perlunya benteng diri dengan ilmu pengetahuan agar tidak dipengaruhi unsur-unsur yang boleh merosakkan akidah dan akhlak. Forum pada malam ini diadakan dua sesi – antaranya bertujuan untuk rakaman RTM. dengan Moderator ialah Saudara Rizal Ramli dari Jabatan Mufti. Untuk sesi pertama, ialah sesi yang membicarakan tajuk Hifzuddin- Menjaga Agama, yang penal forumnya terdiri dari Tuan Haji Mohd Nasir Desa membicarakan antaranya tentang Maqasid As-Syariah, manakala Ustaz Badli Shah membicarakan keaslian Islam dan menolak liberalisma dan pluralisme. Pada akhir sesi dibuka ruang pertanyaan yang soalan-soalan datangnya dari pelajar KUIS yang mendominasi kehadiran. Selepas soal jawab majlis berhenti rehat Jam 11.00 Forum Perdana sesi kedua dimulakan dengan moderator yang sama iaitu Ustaz Rizal Ramli. Beliau memanggil ahli panel Sesi Kedua yang terdiri dari Ustaz Dr. Izhar Arif Mohd dari UKM dan Dr. Zahazan pendakwah terkenal. Mereka membicarakan topik 5S (Sex, Sound, Smoker, Sport dan Screen). Judul yang agak pelik bertujuan untuk menarik golongan muda membincangkan persoalan yang bersabit dengan masalah moral. Sebagaimana sesi pertama dibuka kepada soalan, demikianlah sesi kedua ini juga dikemukakan soalan-soalan oleh pelajar-pelajar. Adalah difahamkan pada permulaan dimaklumkan Tuanku Sultan hanya akan mengikuti sesi pertama sahaja dan akan berangkat selepas tamat sesi pertama, tetapi nampaknya Tuanku tetap mendengar dan terus berada di dalam dewan bagi sesi kedua sehingga tamatnya kedua-dua sesi forum hingga jam 12.00 malam. Baginda juga turut bersama waktu makan tengah malam. Kesanggupan Tuanku mengikuti Forum hingga tengah malam menunjukkan komitmen tinggi Baginda terhadap kegiatan dakwah. Keseluruhan Majlis dapat disifatkan sebagai berjaya.

Wednesday, 4 July 2012

SG MANIK DAN HIJAU PUTRAJAYA

8 Julai 2012 , Hijaukan DUN Sg Manik akan berlangsung. Jom kita ramai-ramai turun bersama melaksanakan tugas dan tanggungjawab semangat hijaukan perjalanan kemenangan ISLAM ke Putrajaya menerusi jalan-jalan kampung sebegini.
Mulai 9 pagi dengan berhimpun di Kunci Air 12, dengan motokar dan motosikal beramai untuk konvoi bagi memantapkan semangat menuju kemenangan. Insyallah, gerakan ini akan menjadi pemangkin seluruh jentera bagi menggalakkan kerjasama dan kejayaan cemerlang. Moh kita...

WAKAF UNTUK ERAT HUBUNGAN KOMUNITI ADALAH IDEA YANG BAIK

AMPANG 24 JUN: Kewujudan wakaf komuniti yang menelan kos RM20,000 di Taman Dagang diharap akan meningkatkan lagi hubungan sesama penduduk di sini. Demikian menurut Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Negeri Selangor, Iskandar Samad ketika merasmikan Wakaf Rakyat Taman Dagang pagi ini. "Dengan adanya wakaf ini, saya percaya pelbagai kegiatan dapat dijalankan di sini sekaligus dapat lebih menceriakan dan mengeratkan silaturahim antara sesama penduduk. "Pembinaan wakaf ini adalah sebahagian dari usaha Kerajaan Negeri untuk meningkatkan kualiti hidup masyarakat di Selangor termasuklah bagi masyarakat yang mendiami pangsapuri," ujar beliau. Menurut Iskandar program 'Bersih, Ceria dan Harmoni' ini akan diteruskan di seluruh Selangor. Selain fokus untuk pembinaan wakaf, program ini turut menyediakan peruntukan untuk sudut belajar dan membaca dan pejabat yang lebih selesa untuk Badan Pengurusan Bersama (JMB) untuk mentadbir. Sementara itu, beberapa penduduk yang ditemui berharap wakaf yang siap pembinaannya pada Mei lalu, dapat dimanfaatkan oleh semua lapisan penduduk Taman Dagang. "Saya harap dengan adanya wakaf ini, pelbagai program dapat dijalankan sekaligus merapatkan penduduk tak kira parti politik. "Di sini kita boleh berbincang dengan lebih santai," menurut seorang penduduk yang mahu dikenali sebagai Zarina. Aziz Ismail pula berkata wakaf ini turut sesuai dijadikan tempat untuk beristirahat setelah letih berkerja seharian. "Kerajaan menggalakan masyarakat negara ini supaya lebih erat tak kira bangsa dan agama. "Selain mengadakan program, sebelah petang kami masyarakat di sini boleh berehat dan bertemu atara satu sama lain, dari tak kenal dah jadi kenal," ujar Aziz - NAZLI IBRAHIM, MEDIA SELANGORKU.

Sunday, 17 June 2012

MB BERI SUMBANGAN MANGSA BANJIR DUN BATANGKALI

HULU SELANGOR, 16 JUN : Seramai 719 orang penduduk di 10 buah kampung kawasan DUN Batang Kali hari ini menerima sumbangan bantuan banjir daripada Kerajaan Negeri. Seorang penerima dari Kampung Penjuru, Ng Tong Bit, 82, mengucapkan terima kasih di atas sumbangan tersebut sambil menyatakan ia sedikit sebanyak dapat membantu kos kerugian yang ditanggungnya. “Saya gembira dapat menerima bantuan ini kerana kita orang miskin dan memerlukan bantuan untuk membaiki rumah,” katanya apabila ditermui. Majlis pemberian sumbangan itu dihadiri Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bersama Exco-exco Selangor iaitu Dr. Xavier Jayakumar dan Rodziah Ismail di Dewan Orang Ramai Kampung Sekolah, Batang Kali di sini. Turut hadir Yang Dipertua Majlis Daerah Hulu Selangor, Tukiman Nail serta Pegawai Daerah Hulu Selangor, Norhisyam Ahmad Dahlan. Abdul Khalid di dalam ucapannya turut menyatakan Kerajaan Negeri telah memperuntukkan RM 3 juta bagi setiap daerah bagi tujuan kecemasan. “Kita menyediakan peruntukkan untuk diagihkan tanpa sebarang birokrasi di setiap daerah apabila berlaku sesuatu bencana,” katanya. Seorang lagi penerima, Abdul Aziz Lamon, 68, menyifatkan banjir yang berlaku itu adalah yang terburuk sepanjang beliau duduk di situ. “Kawasan ini pernah banjir namun ianya tidaklah seteruk kali ini dan saya tidak dapat menyelamatkan apa-apa barang termasuk barang-barang keperluan sekolah anak-anaknya,” katanya sambil mengucap terima kasih kepada Kerajaan Negeri

Wednesday, 13 June 2012

AMANAT TOK GURU UNTUK PETUGAS PRU !

Amanat Buat Petugas PRU 13 WAHAI orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan) dan bersedialah (dengan melaksanakan tugas masing-masing) serta bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan). (Maksud Ali Imran: 200) SELURUH ahli PAS perlu menjadikan gerakerja dalam Pilihan Raya Umum Ke- 13 sebagai sebahagian daripada jihad dan ibadah, dengan membetulkan niat melaksanakan tugas dengan penuh istiqamah dan iltizam, semata-mata mencapai keredaan Allah. Persiapkanlah diri dengan kesabaran yang tinggi berdepan pertembungan paling sengit ini, dengan memperkukuhkan jentera parti daripada peringkat pusat sehingga cawangan dan peti undi. Elakkanlah khilaf (yang tidak perlu) dan mengutamakan semangat syura dalam membuat keputusan di setiap peringkat. Sekiranya PAS dan Pakatan Rakyat diberi kepercayaan memimpin Malaysia, semua rakyat akan dilayan sama adil sebagaimana tuntutan Islam, dan seperti yang dipelajari dari Sirah Rasulullah s.a.w. tidak akan wujud gejala membalas dendam. Marilah kita, ahli dan penyokong PAS, terus mempereratkan hubungan dengan Allah SWT dengan bermunajat dan bertawakkal kepada-Nya bagi memenuhi ciri-ciri golongan yang mendapat pertolongan Allah SWT. Saya menyeru ahli PAS mendekati para pegawai kerajaan termasuk ahli-ahli pasukan keselamatan seperti anggota tentera, polis dan RELA. Petugas PAS juga perlu mempertingkatkan akhlak walaupun ketika menghadapi provokasi melampau pihak lawan, agar mereka juga dapat beralih bersama-sama menyokong perjuangan. – Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang – BERTARIKH: 1 JUN 2012, KOTA SARANG SEMUT, ALOR SETAR KEDAH, DARUL AMAN

Tuesday, 12 June 2012

KERAJAAN SELANGOR DAN PELABURAN GAS

POGSB Jangka Keuntungan Lebih RM7 Juta Untuk Pelaburan Gas Petroleum Cecair SHAH ALAM, 12 JUN : Perangsang Oil and Gas Sdn Bhd (POGSB) menjangkakan keuntungan antara RM7 hingga RM8 juta setahun dalam bentuk dividen menerusi Perjanjian Langganan Saham dan Pemegang Saham dengan NGC Consolidated Holdings Sdn Bhd dan NGC Energy Sdn Bhd (NGC Energy). POGSB yang juga merupakan anak syarikat Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (Perangsang Selangor) menandatangani perjanjian bagi pelaburan dalam perniagaan gas petroleum cecair melalui pemerolehan 40 peratus (RM40 juta) kepentingan ekuiti (NGC Energy). Perjanjian yang berlangsung di Hotel Quality di sini, petang semalam turut disaksikan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Exco Selangor. Hadir sama, Pengerusi NGC Consolidated Holdings Sdn Bhd, Sheikh Abdulla Suleiman Hamed Al-Harthy, Pengerusi Perangsang Selangor, Raja Idris Raja Kamarudin dan Pengarah POGSB, Suhaimi Kamaralzaman. Sementara itu, Pengerusi Perangsang Selangor, Raja Idris Raja Kamarudin berkata, peluang untuk melabur dalam NGC Energy adalah kepentingan bermakna dalam perniagaan beruntung yang diminati kebanyakan organisasi. Katanya, kepentingan ekuiti itu juga akan menyumbang secara positif kepada keuntungan Perangsang Selangor mulai tahun 2014. “Melalui perniagaan gas petroleum cecair yang menguntungkan dengan aliran wang tunai yang teguh, jangkaan dividen yang dibayar oleh NGC Energy akan membolehkan POGSB mendapatkan balik kos pelaburan dan menyediakan wang aliran tunai tambahan bagi pelaburan lain,” katanya. Perniagaan gas petroleum cecair yang diperoleh oleh NGC Energy daripada Shell merupakan pembekal gas petroleum cecair kedua terbesar di Semenanjung Malaysia dengan lebih 90 pengedar dan jualan tahunan melebihi 22 peratus bahagian pasaran domestik.

Monday, 11 June 2012

JUDI DENGAN UMNO TIDAK DAPAT DIPISAHKAN?

Ditulis oleh PAS Hulu Selangor Sabtu, 02 Jun 2012 10:28 Suara Keadilan: Berikut adalah senarai pembabitan pemimpin Umno dulu dan sekarang yang didakwa mempunyai kepentingan dalam syarikat judi di negara ini: Saham dalam Magnum Corporation Sdn Bhd: Bekas Exco Pemuda Umno, Datuk Mohamed Al-Amin Al-Haj memiliki 1,900,000. Bekas Menteri Pelajaran dan bekas Pengarah Magnum Corporation Sdn Bhd, Tan Sri Khir Johari memiliki saham sebanyak 40,843 dan 6,666 saham dalam Magnum 4D. Bekas Peguam Negara dan Pengerusi Suhakam, Tan Sri Abu Talib Othman memiliki 1,666,666 saham. Anak perempuan Tan Sri Abu Talib, Nor Anita Abu Talib memiliki 680,334 saham. Saham dalam Genting Berhad Bekas Spekaer Dewan Rakyat, bekas Pengerusi Genting Bhd serta datuk kepada Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Tan Sri Noah Omar memiliki 602,318,000 saham dalam Resort World Berhad. Yayasan Noah memegang saham sebanyak 3,334,600 dalam Genting Berhad. Yayasan Noah kini diwarisi oleh Najib dan Hishammuddin. Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar, bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Amin Othman dan bekas Pegawai Bank, Dato’ Paduka Nik Hashim Yusof menjadi Pengarah Genting Berhad. Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Wan Sidek Wan Abdul Rahman dan bekas Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam, Tan Sri Alwi Jantan merupakan Pengarah Resort World. Saham dalam Sports Toto Sports Toto yang diasaskan pada tahun 1969 dimiliki Tan Sri Vincent Tan, kroni Tun Dr Mahathir MohamadPengerusi Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Setiausaha Kerja Umno Malaysia, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor memegang 3.5 juta saham dalam Sports Toto melalui syarikat nominee iaitu Simsec Nominees. Dua orang bekas pegawai kanan polis, Tan Sri Jaafar Abdul dan Mohamad Salleh Gomu, adalah Pengarah Sport TotoDatuk Anuar Zaini dan Datuk Sulaiman Mohd Noor adalah Pengarah Berjaya Land Berhad yang memiliki saham sebanyak 292,336,584 dalam Sports Toto. Dua lagi pengarah Melayu yang beragama Islam dalam Berjaya Land Berhad yang memiliki 284,644,046 ialah Datuk Adnan Shuib dan Arsam Damis. Dipetik daripada buku ‘Malaysia, Darul Kasino’ oleh Datuk Husam Musa, Exco Kerajaan Negeri Kelantan.

Wednesday, 23 May 2012

HARI BIODIVERSITI SEDUNIA HULU SELANGOR

JEMPUTAN KE SAMBUTAN HARI BIODIVERSITI SEDUNIA PERINGKAT HULU SELANGOR YANG AKAN DIADAKAN PADA HARI SABTU 26 MEI 2012 JAM 9.00 PAGI BERTEMPAT DI SIMPANG MASUK KE TAMAN DESA BUKIT BUJANG,KKB. PERASMIAN OLEH YB ELIZABETH, EXCO KERAJAAN NEGERI SELANGOR. PELBAGAI AKTIVITI TELAH DIRANCANG TERMASUK MEMBINA LANSKAP, GOTONG ROYONG, PERTANDINGAN MEWARNA, BENGKEL KITAR SEMULA, PENYAMPAIAN HADIAH CEMELANG AKADEMIK UPSR,PMR,SPM 2011. PENGUMPULAN BAHAN ELEKTRONIK DITUKAR DENGAN SEPOHON POKOK PERCUMA DAN JAMUAN TURUT DISEDIAKAN. DATANGLAH BERAMAI-RAMAI UNTUK MENDAPATKAN INFO TERKINI DARI KAUNTER-KAUNTER INFOMASI YANG AKAN DIBUKA DALAM SAMBUTAN INI. SEMUA WARGA HULU SELANGOR DIJEMPUT HADIR.

Wednesday, 16 May 2012

MISTERI KAD PENGENALAN MERAH BUAT RAKYAT MARAH !

Selepas 54 tahun kita sudah merdeka, terdapat ramai rakyat Malaysia yang masih memiliki kad pengenalan merah. Sebahagian besar atau hampir kesemua yang memiliki kad pengenalan merah ini adalah dari kalangan kaum India. Saya tidak pernah mendengar masalah kad pengenalan merah dari kalangan kaum Melayu. Jarang sekali kita bertemu dengan orang-orang Cina yang masih memegang kad pengenalan merah. Walaupun ada juga segelintir orang- orang Cina yang masih memegang kad pengenalan merah tetapi jumlah itu tidak signifikan. Tetapi, masalah kad pengenalan merah dari kalangan masyarakat India adalah satu masalah yang serius dan perlu diberi perhatian yang khusus. Siapakah yang perlu dipersalahkan dalam hal ini kalau bukan kerajaan yang tidak prihatin terhadap kebajikan orang-orang India? Lebih 54 tahun masyarakat India telah dianak tirikan di negara ini. Masalah kad pengenalan merah tidak pernah menjadi fokus kerajaan Barisan Nasional. Mereka tidak mempedulikan masyarakat India yang berbakti dan berjasa dalam pembangunan dan kemajuan negara ini. Masyarakat India pernah menjadi pengundi setia kepada Barisan Nasional sehingga PRU 11. Tetapi, kerajaaan Barisan Nasional pula tidak mengenang budi kaum India. Terdapat banyak kes dimana walaupun permohonan kad pengenalan biru dibuat berulang kali tetapi ditolak oleh kerajaan dengan pelbagai alasan. Apabila masalah ini telah meruncing ada pihak-pihak yang tidak bermaruah dari kalangan Barisan Nasional muncul untuk membantu mangsa diskriminasi kerajaan Barisan Nasional itu sendiri. Puak-puak ini harus berasa malu kerana kecuaian dan kegagalan mereka inilah yang menyebabkan masyarakat India masih mundur di negara kita. Macam-macam program seperti Mydaftar dan sebagainya dilaksanakan untuk menutup kesilapan mereka selama ini. Tetapi, apakah hasilnya? Berapa ribukah orang India yang memohon itu sudah berjaya mendapat kad pengenalan biru? Benarkah program Mydaftar yang dianjurkan oleh kerajaan telah berjaya menghapuskan masalah kad pengenalan merah di negara kita? Sedih melihat orang-orang yang mendapat kad pengenalan biru kebanyakkannya adalah warga emas. Mereka telah hilang usia muda yang produktif dengan memegang kad pengenalan merah. Mereka hidup di negara ini sebagai pendatang walaupun mereka lahir di sini. Mereka tidak dapat kerja yang baik, tidak ada caruman KWSP dan Socso. Mereka tidak boleh memiliki harta. Mereka hilang hak untuk mendapat rawatan percuma di hospital. Mereka juga tidak pernah dibantu oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat. "Selepas habis segala-galanya, baru mahu bagi kad pengenalan merah kepada mereka. Ada juga puak-puak tertentu yang berbangga dengan pencapaian mereka itu. Mereka seharusnya berasa malu dengan isu kad pengenalan merah ini, bukannya berasa bangga. Inilah golongan yang tidak mempunyai maruah dan harga diri yang sanggup menggadai bangsa sendiri untuk wang, pingat dan jawatan politik.” Saya akan mendedahkan kes-kes kad pengenalan merah yang masih tidak diselesaikan oleh kerajaan Barisan Nasional satu per satu. * Kenyataan media oleh V.Sivakumar, Timbalan Pengerusi DAP Perak, ADUN Kawasan Tronoh.

Monday, 30 April 2012

BN GILA ! BELANJA RM750 SETAHUN ?

Kerajaan telah membelanjakan RM752,922,000.00 untuk PLKN dalam satu tahun sahaja, iaitu pada tahun 2011. Dengan RM752,922,000.00 ini sepatutnya boleh menampung kos pembiayaan penuh PTPTN selama 1 tahun kepada seramai 150,584 orang pelajar yang mengambil pengajian peringkat Diploma di IPT. Belanja RM750 Juta PLKN Tidak Masuk Akal June 29, 2011 Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) diluluskan bagi tahun ini mencecah RM752,922,000.00, meningkat RM252 juta berbanding had asal RM500 juta. Pecahan perbelanjaan meliputi RM21,328,00.00 bagi kos emolument, RM723,893,530.00 untuk perkhidmatan dan perbekalan, RM6,220,000.00 bagi aset dan RM1,480,470.00 untuk pembayaran dan kenaan bayar tetap termasuk ganjaran kepada kakitangan awam. Jumlah itu, dikemukakan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bagi menjawab persoalan Ahli Parlimen Rasah, Loke Siew Fook yang memintanya menyatakan jumlah perbelanjaan untuk program itu bagi tahun ini. Ahmad Zahid berkata, buat masa ini, kerajaan tidak bercadang mengkaji semula pelaksanaan PLKN kerana program itu terbukti berjaya dalam mencapai misi dan visi penubuhannya. Bagaimanapun, Siew Fook berkata, timbul pelbagai persoalan mengenai kos itu dikatakan tidak masuk akal dan timbul kebimbangan sama ada jumlah itu boleh dikekalkan atau semakin meningkat serta menggalakkan pembaziran wang rakyat. “Ketika ia mula dilaksanakan pada 2004, semasa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Menteri Pertahanan, beliau mengumumkan kerajaan menetapkan satu had perbelanjaan maksimum, RM500 juta setahun. “Apa yang berlaku sekarang sebaliknya, belum sampai 10 tahun, ia meningkat 50 peratus kepada RM750 juta,” katanya. Beliau turut mempersoalkan jaminan tiada sebarang peningkatan perbelanjaan PLKN sekiranya tempoh PLKN pelajar dilanjutkan lebih tiga bulan sebagaimana dicadangkan Ahmad Zahid sebelum ini. “Saya rasa tidak mustahil belanja PLKN sahaja cecah RM1 bilion memandangkan tahun ini baru ada tujuh bulan, belanja hampir cecah RM750 juta dalam tempoh setahun. “Apa yang kita persoalkan, banyak mana dibelanjakan untuk pakaian seragam, pembekal makanan? Jadi, kerajaan patut kaji pelaksanaan ini kerana kita khuatir matlamatnya tidak tercapai,” katanya. Berikutan itu, beliau mencadangkan supaya modul PLKN diterapkan ketika pelajar di sekolah menengah bagi menjimatkan perbelanjaan. “Memandangkan ia tidak telus, saya menyeru Ketua Audit Negara supaya mengaudit perbelanjaan PLKN, kita manu tahu berapa jumlah belanja diperuntukkan untuk setiap peserta,” katanya. -SH http://beritaplkn.blogspot.com