Monday 11 July 2011

DAPAT ANUGERAH ANTARABANGSA WALAU DIANAKTIRI NEGARA SENDIRI


Kartunis Zunar terima anugerah antarabangsa
Kartunis kontroversi Zulkiflee SM Anwar Ulhaque atau lebih dikenali sebagai
Zunar dianugerahkan penghormatan antarabangsa ekoran kritikan sinisnya
terhadap perjalan politik di negara ini.
Beliau menerima anugerah dalam bidang kartun editorial di daripada Jaringan
Antarabangsa Hak Kartunis (CRNI) yang berpengkalan di Amerika Syarikat pada
7 Julai lalu.
Anugerah itu disampaikan dalam majlis tahunan di St Petersburg, Florida oleh
Presiden CRNI Joel Pett.
NONESementara itu, Pengarah CRNI Dr Robert Russell dalam ucapannya berkata
cara Zunar menangani "penapisan yang tidak sah" menjadi pedoman bahawa semua
orang boleh mempertahankan kebebasan bersuara dan mengekalkannya.
"Satu pengajaran yang kita dapat dari pemenang anugerah tahun ini ialah
kebebasan bersuara di sebahagian besar tempat di dunia ini terpaksa
diperolehi dengan membayar harga yang mahal," katanya.
Zunar mendapat perhatian CRNI apabila beliau dan Malaysiakini memfailkan
saman terhadap Kementerin Dalam Negeri ekoran pengharaman dua bukunya 1Funny
Malaysia dan Perak Darul Kartun.
Menurut CRNI, ketabahan dan ketahanan Zunar menghadapi tekanan, menggunakan
strategi kreatif dan keberanian melawan kekuasan melayakkan beliau menerima
anugerah itu.
Antara yang hadir menyaksikan acara itu termasuklah pemenang Anugerah
Pulitzer dalam kartun editorial seperti Daryl Cagle, Dick Locher, Clay
Bannet, Ben Sergeant, Mark Fiore, Mike Keefe, Ed Stein dan Rob Rogers.
Pemenang-pemenang sebelum ini antaranya kartunis Iran Mana Neyestani (2010),
kartunis Mexico Mario Robles (2009), dan kartunis Palestin Baha Boukhari
(2008).
CRNI mewakili lebih 600 kartunis di seluruh dunia dengan 21 kerjasama dengan
negara membangun di Eropah, Asia, Afrika dan Amerika Latin.MalaysiaKini

0 comments:

Post a Comment