Tuesday 23 August 2011

AGENDA PR MERAKYATKAN RAKYAT MEMANG BERKAT !



Dato’ Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim melahirkan rasa terima kasih beliau kepada semua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) atas usaha dan kerjasama mereka membangunkan negeri Selangor.
Rasa terima kasih itu dilahirkan berikutan kejayaan mereka melaksanakan agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) yang diperkenalkan Pakatan Rakyat (PR).
Abdul Khalid dalam ucapannya turut menyeru Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) turut bersama-sama dalam membangunkan ekonomi Selangor.

“Kita mahu rakyat menganggap Selangor sebagai kediaman yang bukan hanya sebagai tempat tinggal tetapi sebagai tempat berlindung untuk mereka.“Dalam masa yang sama kita juga perlukan rakyat bersama-sama membangunkan diri kerana pembangunan bermula daripada rakyat,” katanya dalam ucaptama
Retreat Exco Selangor 2009 di Hotel Holiday Villa, di sini, malam tadi.
Dato’ Menteri Besar berkata, setelah setahun PR bersama Selangor, sudah tiba masanya mereka melaksanakan apa yang dirancangkan selama ini dalam meningkatkan ekonomi negeri selaras dengan dasar kerajaan membangunkan negara.
“Walaupun kita tidak semewah Barisan Nasional (BN), namun walau memerlukan masa yang panjang, kita akan cuba sehingga mencapai ke tahap yang diinginkan. Sebagai contoh masalah setinggan. Walaupun begitu sukar untuk diselesaikan, kita bersedia untuk menangani satu persatu,” katanya.

Beliau berharap dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu, tidak akan ada sebarang masalah kepada mereka untuk berfikir, merancang dan bergerak bersama untuk membangunkan ekonomi Selangor dengan lebih baik. - MURIZA ABDUL HAMID

0 comments:

Post a Comment