Thursday 15 March 2012

ALHAMDULILLAH PAKATAN RAKYAT HULU SELANGOR TAMBAH MANTAP


Persepakatan komponen-komponen Parti di dalam Pakatan Rakyat di Hulu Selangor semakin mula menyerlah dengan terbentuknya Sekretariat Pakatan Rakyat Hulu Selangor baru-baru ini. Bertempat di Pejabat Felda Task Force pada tarikh 20hb. Januari,2011 Khamis pada jam 5.00 petang suatu Mesyuarat Penubuhan Jawatankuasa Induk Pakatan Rakyat Hulu Selangor telah diadakan. Mesyuarat yang julung-julung kali diadakan buat tahun 2011 ini telah dipengerusikan oleh Saudara Naza bin Yatim selaku Ketua Cabang PKR Hulu Selangor yang juga Parti yang diamanahkan untuk bertanding di peringkat Parlimen. Mesyuarat dihadiri oleh ketiga-tiga wakil Parti. PAS diwakili oleh YDP Hj Abdul Wahid Basri, TYDP Naharuddin Abdul Rashid, NYDP Hj Muhamad Idris bin Ahmad, Setiausaha Mohd Azhar bin Mohd Hasbi dan Ketua Pemuda Mohd Nizam bin Abdul Rahim. PKR selaku Parti yang bertanding di peringkat Parlimen dianggotai oleh Saudara Naza bin Yatim sendiri selaku Ketua Cabang yang baru, Sdr Tan Kim Chong Penolong Pengerusi Cabang, Sdr Rahim bin Teh Setiausaha Cabang, Vijay Ketua AMK, Mai bin Mahathir Ketua Wanita PKR, John (wakil PKR Hulu Bernam) dan Sdr Yau Bendahari PKR Cabang. DAP pula diwakili oleh Cheng Boon Lai Ketua DAP Hulu Selangor, Pn Jesse Yong Chan Hee Setiausahanya, Lee Fa Tong, Ng Kim (DAP Kalumpang).


Di antara kesepakatan yang dicapai di dalam mesyuarat tersebut adalah penubuhan Sekretariat PR Hulu Selangor yang dianggotai oleh wakil ketiga-tiga Parti. Sekretariat tersebut adalah berperanan menyelaras semua gerak kerja bersepadu Pakatan Rakyat. Mesyuarat telah berjalan di dalam suasana yang baik setiap ahli bebas bersuara dan pandangan semua pihak diberi perhatian yang menggambarkan petanda baik untuk Pakatan Rakyat Hulu Selangor. Semoga kesepakatan ini akan menjadi bertambah kuat dan rakyat di Hulu Selangor akan mendapat manfaat darinya.

0 comments:

Post a Comment