Monday, 19 November 2012
PRESTASI TINGGI
Selangor mendahului Semua Negeri Dalam Nilai Pelaburan
– November 19, 2012 Berita, Dasar Kerajaan Selangor, Dewan Undangan Negeri, Fokus, Fokus Rakyat, Inisiatif Kerajaan Selangor, Kebajikan Rakyat, Kenyataan Menteri Besar, Kerajaan Selangor, Maklumbalas Rakyat, Menteri Besar, Terkini, Wakil & Institusi Kerajaan
SHAH ALAM 19 NOV : Selangor mencatatkan prestasi pelaburan tertinggi di Malaysia dengan nilai RM 6.08 bilion bagi tempoh Januari hingga Julai tahun ini.
Jumlah tersebut melibatkan pelaburan domestik sebanyak RM 4.59 bilion dan pelaburan asing (FDI) sebanyak RM 1.49 bilion.
Pelaburan tersebut telah menawarkan 13,197 peluang pekerjaan baru kepada rakyat Selangor yang merangkumi jenis pekerja mahir, separa dan kurang mahir serta golongan profesional.
Jumlah tersebut diberikan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata jumlah pelaburan dianggarkan meningkat sebanyak RM 7.7 juta setakat September lalu.
Katanya, sepanjang tempoh Januari hingga Julai 2012, sebanyak 142 projek pelaburan berjaya masuk ke Selangor.
Abdul Khalid menambah sepanjang tahun 2008 hingga 2011, Selangor menduduki kedudukan pertama dan kedua bersama-sama Pulau Pinang daripada segi jumlah pelaburan masuk ke dalam negeri dengan nilai purata sekitar RM 38 bilion sepanjang empat tahun.
Nilai pelaburan masuk ke negeri Selangor adalah sebanyak RM11.87 bilion (2008), RM6.76 bilion (2009), RM10.64 bilion (2010), dan RM8.74 bilion (2011).
Manakala nilai pelaburan domestik (DDI) sepanjang tempoh 2008 hingga 2011 adalah sebanyak RM2.87 bilion (2008), RM2.75 bilion (2009), RM5.49 bilion (2010) dan RM4.5 bilion (2011).
Bagi pelaburan asing (FDI) pula, sepanjang tahun 2008 hingga 2011 mencatatkan angka pelaburan sebanyak RM9.0 bilion (2008), RM4.01 bilion (2009), RM5.15 bilion (2010), dan RM4.24 bilion (2011).
“Jumlah projek yang telah dan berjaya dilaksanakan di negeri Selangor sepanjang tempoh 4 tahun tersebut adalah sebanyak 302 projek (2008), 278 Projek (2009), 325 projek (2010) dan 263 projek (2011).
“Peluang pekerjaan yang berjaya disediakan hasil pelaburan masuk ke negeri Selangor sepanjang tempoh tersebut adalah sebanyak 30,890 orang (2008), 22,753 orang (2009), 27,865 orang (2010) dan 20,750 orang (2011),” katanya dalam ucapan pembentangan belanjawan 2013 di DUN, hari ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment