Tuesday, 15 January 2013

ZAID BARU TAHU PM PENGECUT?

Najib patut debat, tak berani bawa Dr M sekali KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim mencadangkan agar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melawan pembangkang dengan cara yang lebih terdidik dan demokratik. Bagi beliau, dengan pilihan raya yang sudah sangat dekat, Najib patut melawan pembangkang dengan berdepan dengan mereka dalam isu-isu yang dibangkitkan. Bagi beliau, BN mempunyai pakar-pakar ekonomi, agama dan penerangan yang hebat untuk berlawan dengan Pakatan Rakyat. "Bila Datuk Seri Anwar sedang memperhalusi semula erti Merdeka di depan lebih 100,000 peserta dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat, PM sibuk dengan memberi pelbagai habuan, kali ini di Semenyih," tulis Zaid dalam blognya. "Apa yang menghairankan saya adalah, kenapa dia tidak bangun dan melawan pembangkang dengan membahaskan isu," kata Zaid. Bagi beliau, Najib sepatutnya mengarahkan para pendebatnya berlawan dengan mereka. "Dia patut arahkan menteri yang menguruskan hal ehwal agama menyatakan sikapnya dalam isu nama Allah, bandingkan dengan pendirian Anwar Ibrahim, dan debatkan isu itu keseluruhannya. "PM mempunyai pasukan penasihat yang baik dalam isu ekonomi. "Dan jika tidak cukup bawa sekali Tun Dr Mahathir untuk membantu beliau berdebat dengan Anwar dalam pelbagai isu ekonomi," kata Zaid. Posted & copy by Rakyat Marhaen

0 comments:

Post a Comment