Wednesday 22 June 2011

PENYELARAS DUN HULU BERNAM BERSAMA BIRO FELDA DI FELDA HULU BERNAM




Dari kiri: Sdr Karip, Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Negeri Sembilan merangkap Bendahari Biro Masyarakat Biro Felda dan Orang Asal PKR Pusat, dan Suhaimi Said, Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR Pusat bergambar bersama-sama Pengusaha Ikan Air Tawar di Felda Gedangsa. Peneroka-peneroka Felda Gedangsa yang juga pengusaha Ikan Air Tawar di Felda Gedangsa telah memohon agar kolam-kolam ikan mereka diberikan tol. Permohonan mereka telah ditolak semasa pentadbiran Kerajaan UMNO/BN Selangor dahulu walaupun mereka telah mengerjakan kawasan kolam itu sejak hampir 30 tahun yang lampau, dan permohonan mereka dibawah pemerintahan Pakatan Rakyat masih juga tidak memperolehi kelulusan. Task Force Felda Selangor telah membuat perakuan kepada Kerajaan Negeri Selangor supaya tanah-tanah kolam ikan itu diberikan kelulusan tol, dan perakuan ini telah disampaikan kepada YAB Menteri Besar Selangor, dan Task Force Felda Negeri Selangor serta Biro Masyarakat Felda PKR mengesyorkan supaya permohonan daripada pengusaha-pengusaha ikan air tawar di Felda Gedangsa ini diberikan kelulusan segera dari pihak Kerajaan Negeri Selangor melalui Pejabat Tanah Daerah Hulu Selangor.


Dialog bersama-sama peneroka-peneroka Felda Suharto. Antara isu yang diketengahkan adalah mengenai geran tanah peneroka-peneroka Fasa 6 Felda Suharto dan peneroka-peneroka Felda Sungai Tengi Selatan. Peneroka-peneroka ini telah pun menjelaskan BK mereka kepada Felda, mereka juga telah menjelaskan cac melalui Felda; tetapi hingga kini Felda masih enggan mengesyorkan kepada Kerajaan Negeri Selangor supaya geran bagi ladang-ladang mereka dikeluarkan. Kuasa sebenar bagi mengeluarkan geran terletak kepada Kerajaan Negeri dan Biro Masyarakat Felda PKR dan Task Force Felda Negeri Selangor telah memanjangkan pandangan kepada Kerajaan Negeri Selangor agar geran tanah peneroka-peneroka berkenaan dikeluarkan samada Felda membuat pengesyoran atau sebaliknya.
Tekun menghayati dialog yang diadakan. Didalam dialog di Felda Suharto itu, masalah perumahan bagi anak-anak peneroka dari generasi kedua dan ketiga ditimbulkan untuk golongan itu yang tinggal di Felda Gedangsa, Suharto, Sg Tengi, Sg Tengi Selatan dan Sungai Buaya. Terdapat seluas 32.6 ekar tanah kerajaan di Felda Suharto yang sudah dikenalpasti boleh dimajukan sebagai kawasan perumahan bagi generasi kedua dan ketiga; dan pihak Kerajaan Negeri Selangor dicadang melaksanakan projek perumahan untuk rumah-rumah mampu-milik oleh generasi kedua dan ketiga di kawasan tersebut melalui Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor.
Suhaimi Said memberikan pandangannya didalam Majlis Dialog di Felda Suharto tersebut. Sdr Rebin Birham sedang serius berbincang dengan Ketua PKR Cabang Hulu Selangor. Dibelakang kiri, Sdr Abu Nasir, Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR Selangor dan dibelah kanan, Sdr Karip, Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal Negeri Sembilan.


http://lubokkawah.blogspot.com/2011/06/lawatan-kerja-biro-felda-ke-felda-sg.html

0 comments:

Post a Comment