Thursday, 30 May 2013
Wednesday, 29 May 2013
FOKUS ANJUNG UTARA SELANGOR !
Selangor perlu fokus kepada Anjung Utara
KEGAGALAN Pakatan Rakyat untuk menang lima kerusi parlimen di utara Selangor dalam PRU13 pada 5 Mei lalu seharusnya diberi perhatian serius oleh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor untuk penggal kedua ini.
(Warna biru yang dikuasai BN di Selangor)
PRU lalu BN menang bergaya di 5 kerusi berkenaan iaitu Sabak Bernam, Sungai Besar, Tanjong Karang, Kuala Selangor dan Hulu Selangor. Kesemuanya berada di utara Selangor dan di kawasan pengundi Melayu.
Kerusi parlimen Kuala Selangor yang disandang oleh PAS turut dirampas semula oleh BN dalam PRU lalu.
Walaupun Pakatan Rakyat terus mentadbir negeri ini dengan memenangi 44 kerusi daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) namun, kehilangan lima kerusi itu harus dikaji mengapa ianya tidak menjadi milik Pakatan Rakyat dalam pilihan raya lepas.
Kehilangan lima kerusi itu, sebagaimana dijangka oleh sesetengah pihak kerana sebab-sebab tertentu antaranya projek-projek pembangunan yang dijalankan kerajaan Pakatan Rakyat pada penggal pertama belum menyeluruh.
Antara yang jelas masalah projek terbengkalai merupakan isu utama yang sering dibangkitkan penduduk sehingga daerah ini dikatakan sinonim dengan pembangunan terbengkalai.
Kesan buruk pembangunan itu bermula sejak zaman pemerintahan BN lagi dan rakyat mahu agar peralihan kuasa di peringkat negeri mampu membawa perubahan.
Malangnya, hampir sepenggal penguasaan Pakatan Rakyat di Selangor, tiada sebarang perubahan membanggakan dapat dipersembahkan kepada rakyat di kawasan ini.
(Bukit Beruntung yang tidak untung)
Terdapat sebanyak 11 projek terbengkalai di sekitar Hulu Selangor melibatkan kawasan di Bukit Beruntung, Bukit Sentosa, Lembah Beringin, Batang Kali, Serendah, Rasa, Kerling, Hulu Bernam, Rawang dan Sungai Choh.
Rekod tersebut turut menunjukkan jumlah keseluruhan unit yang terbengkalai adalah 3,832 unit termasuk rumah teres dan teres berkembar, lot banglo dan banglo setingkat, kedai bertingkat dan bangunan pejabat serta bangunan perindustrian.
Pembangunan keseluruhan kawasan tersebut bermula antara 1995 hingga 2006 dan kawasan paling banyak pembinaan terbengkalai adalah Bukit Beruntung dan sekitar Bukit Sentosa serta Lembah Beringin.
Bagaimanapun, Kerajaan Selangor di bawah pentadbiran Tan Sri Khalid Ibrahim menyedari masalah ini dan berjanji akan menumpukan pembangunan di kawasan luar bandar seperti Kuala Selangor, Sabak Bernam dan Tanjung Karang pada penggal kedua ini.
Dalam wawancaranya dengan Malaysiakini, Khalid berjanji akan memberikan fokus kepada pembangunan luar bandar yang sebelum ini agak terabai. Hasilnya, Pakatan hanya menang di bandar dan kalah di kawasan luar bandar ini.
Langkah ini supaya rakyat di kawasan-kawasan pendalaman tersebut dapat merasa nikmat kekayaan Selangor yang selama ini tertumpu di kawasan bandar seperti Petaling Jaya, Shah Alam, Klang dan Ampang.
Usaha pembangunan tersebut meliputi pembinaan infrastruktur seperti jalan raya dan bangunan komersial, selain penjanaan industri kecil dan sederhana serta besar bagi membuka lebih banyak peluang pekerjaan untuk belia.
Dasar pembangunan desa dimulakan pada penggal lalu oleh pentadbiran Pakatan Rakyat Selangor yang mana objektifnya adalah supaya rakyat luar bandar tidak perlu berhijrah ke bandar untuk mencari pekerjaan dan perumahan yang setaraf dengan masyarakat bandar.
Antara inisiatif yang dimulakan untuk memenuhi objektif tersebut adalah pembinaan Projek Rumah Mampu Milik di Sabak Bernam dan lebih banyak pusat komersial di Kuala Selangor.
Dalam Kongres PKR baru-baru ini pula, Khalid Ibrahim (gambar) secara berseloroh menerima teguran yang mengatakan beliau sebelum ini merupakan seorang yang kedekut.
Beliau juga berkata, berdasarkan teguran itu, beliau kini mengambil inisiatif untuk "membelanjakan" wang kerajaan negeri Selangor yang telah disimpan sebelum ini.
"Tuan-tuan kata saya sangat kedekut. Itu bukan duit saya. Tapi saya terima... Saya terima konsep itu. Saya kena belanjakan duit itu lebih baik lagi. Buat apa simpan duit begitu banyak.
"Jadi saya ingin memulakan supaya kawasan perkampungan di desa akan dibangunkan melalui beberapa usaha supaya pendapatan mereka dalam masa tiga tahun akan datang akan bertambah," kata Khalid dalam ucapan pergulungan Kongres Nasional Keadilan kali ke-9 di Petaling Jaya baru-baru ini.
Kerajaan negeri bawah pimpinan Khalid telah mengumpulkan sejumlah RM2.6 bilion dalam bentuk rizab.
Jika ini yang hendak dilakukan Khalid bermakna kawasan Anjung Utara inilah yang bakal menjadi sasaran pembangunan Selangor sepanjang penggal lima tahun kedua beliau menjadi MB Selangor.
Sebelum ini, Anjung Utara ini dibangunkan oleh bekas MB Selangor, Tan Sri Muhamad Haji Mohd Taib. Sebagai salah seorang Adun di Hulu Selangor (Batang Kali), Muhamad cuba membangunkan kawasan ini.
Maka lahirlah projek Bukit Beruntung dan Lembah Beringin yang termasuk dalam Anjung Utara Selangor ini.
Namun selepas beliau tidak menjadi MB, fokus kepada kawasan ini sudah tidak ada. Hasilnya projek Bukit Beruntung bukan lagi menguntungkan pembeli dan penduduknya bahkan merugikan.
Menjelang PRU 13 lalu, Muhamad menyertai PAS. Antara kesannya, PAS berjaya menambahkan kerusinya dari lapan ke 15 kerusi dalam DUN Selangor.
(TS Muhamad Taib menyertai PAS menjelang PRU 13 lalu...pengalaman beliau tidak wajar dibiarkan begitu sahaja)
Selepas pilihan raya, Muhamad antara tokoh yang faham benar dengan kawasan ini dan kemampuan yang beliau ada perlu dipergunakan sepenuhnya untuk kepentingan Selangor dan rakyatnya.
Penyertai Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifudin Nasution Ismail ke dalam kerajaan negeri Selangor juga harus dipergunakan sepenuhnya untuk membangunkan kawasan ini.
Gunalah sepenuhnya bank tanah yang ada hasil pembelian aset Talam oleh kerajaan negeri dan janganlah ia dijeruk sahaja dalam PKNS itu. Sekurang-kurangnya berilah mereka harapan.
Posted on Thursday, May 30 @ 01:00:00 MYT by ahmadi

Monday, 27 May 2013
BELANJA UNTUK KEBAJIKAN RAKYAT & KEBAIKAN NEGERI SELANGOR
KENYATAAN AKHBAR : LEGA BILA MENTERI BESAR SELANGOR AKAN BAIKI KELEMAHAN.
Ramai rakyat Negeri Selangor yang akan merasa rasa lega apabila Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berjanji akan memperbaiki kelemahan beliau setelah beliau membuat pengakuan yang beliau memang kedekut.
Pakatan Rakyat telah menang besar di Selangor walaupun masih terdapat banyak rungutan tentang longkang-longkang yang pecah, jalan-jalan yang berlubang, kemudahan awam yang tidak sempurna dan perkhidmatan Pihak Berkuasa Tempatan yang masih perlu diperbaiki.
Rakyat mempunyai harapan yang tinggi terhadap Pakatan Rakyat. Oleh itu kita tidak seharusnya mensia-siakan keyakinan mereka.
Saya melihat permintaan rakyat ini bukanlah untuk bermewah-mewah tetapi adalah keperluan asas yang diharapkan oleh seorang pembayar cukai.
Membelanjakan duit rakyat untuk perkara-perkara tersebut bukan satu tindakan menyalahguna duit rakyat malah sekiranya duit rakyat tidak dibelanjakan walhal keperluan mereka masih belum dipenuhi maka ianya adalah satu pengabaian kepada amanah yang dipikul.
Walau bagaimana saya yakin pada penggal kedua ini lebih banyak dana akan dibelanjakan untuk agar kemudahan dan pekhidmatan yang diterima rakyat berpadanan dengan Selangor sebuah negeri yang termaju di Malaysia.
Iskandar Abdul Samad
Ahli Dewan Negeri Chempaka /
Yang Dipertua PAS Kawasan Pandan
26 Mei 2013

NEGARA MALAYSIA PERLU DIBETULKAN SEMULA !
Negara perlu disusun semula dari alif, baa, taa
Serius, negara kita wajar disusun semula segala-galanya. Kita tidak lagi mempunyai sistem sebuah kerajaan yang ‘sustainable’ dalam segala bidang. Semuanya sudah tidak boleh dipakai lagi dan jika tiada perubahan maka kita tidak akan lagi berada di dalam sebuah negara yang berkerajaan yang benar-benar selari dengan kehendak demokrasi dan kehendak kemajuan dunia masakini.
Keyakinan terhadap semua institusi demokrasi sudah sampai tahap terendah dan tidak diketahui lagi samada kita ini akan maju ketahap dunia pertama atau berundur dan mengelongsor ketahap kerajaan dunia ketiga. Kita membiarkan kepimpinan kerajaan menyerang dan merobohkan semua institusi demokrasi. Sistem kehakiman, kepolisian, undang-undang dan berbagai-bagai lagi telah dilacurkan. Kita seolah-olah sedang tinggal dalam sebuah negara yng sama tahap kewibawaannya seperti Zimbabwe, Mali, Congo dan lain-lain.
Jatuhnya kewibawaan sesebuah negara dan kerajaan itu berkait rapat dengan kewibawaan pemimpin-pemimpinnya. Di negara kita sistem yang ada sudah tidak diyakini lagi oleh bukan sahaja rakyat kita sendiri, tetapi telah menjadi cemuhan masyarakat antarabangsa. Sudah tiada pihak yang serius untuk melakukan perubahan untuk mengembalikan negara kita ketahap yang pernah kita alami dahulu.
Dulu negara kita adalah negara yang paling hampir kepada tahap dunia pertama dan negara maju.sejurus kita mencapai kemerdekaan dahulu. Pencapaian kemajuan yang dimaksudkan bukannya dari segi pembangunan fisikal semasa itu, tetapi sikap dan suasana kepimpinan semasa itu jauh lebih baik dari masa sekarang. Dulu kepimpinan kita begitu masyhur dengan kewibawaan sebagai pemimpin sebuah negara yang cepat mencapai tahap negara maju.
Tetapi bagi pimpinan sekarang mereka mengaku dan memuji diri sendiri yang kita telah hampir ketahap itu. Tetapi apakah benar kita sudah menghampiri tahap dunia maju seperti yang digembar-gemburkan itu? Kalau kita sebut negara maju itu apakah definasi negara maju sebenarnya? Adakah cukup dengan membina bangunan tinggi-tinggi yang hampir setinggi awan itu untuk menjadi kayu pengukur kemajuan itu?
Adakah sudah mencukupi jika kita membina jambatan panjang-panjang atau membina tiang bendera yang tertinggi di dunia itu sudah melayakkan kita digulungkan ke dalam negara maju? Bagaimana dengan sikap dan nilai pemikiran kita tidak perlu dibina untuk melayakkan kita menjadi sebuah negara maju? Tidak perlu kah kita membina kepimpinan yang beretika dahulu sebelum kita menjadi negara maju?
Apa kah sebenarnya ciri-ciri penting yang perlu ada sebelum kita boleh menganggap negara kita sudah mencapai ke tahap negara maju itu? Pendeknya tahukah kita semua apa dia negara maju itu?
Negara maju itu adalah sebuah negara yang matang. Kematangan negara itu bukan setakat mencapai kemajuan fisikalnya tetapi kematangan yang meliputi bidang kehidupan yang lain. Kematangan sesebuah negara itu boleh kita lihat dari segi politiknya, kemajuan pemikiran rakyat lebih-lebih lagi pemikiran pimpinannya. Negara maju yang matang mempunyai rakyat yang hidupnya penuh dengan etika kehidupan sehariannya dan lebih-lebih lagi dari segi sikap mereka terhadap semua isu ada didepan mata mereka.
Dalam sebuah negara maju sistem kehakiman mereka tidak boleh dipengaruhi oleh politik dan menyebelahi sesuatu pihak. Pihak eksekutifnya tidak boleh masuk campur dalam hal yang berkaitan dengan kehakiman itu. Sistem kehakiman kita suatu ketika dahulu adalah badan bebas tetapi dihancurkan oleh pimpinan kerajaan (executive) semasa pimpinan seorang Perdana Menteri yang boleh berjalan di atas air dahulu.
Di England badan yang mengendalikan pilihanraya tidak menunjukkan sikap seperti pimpinan SPR di sini yang menunjukkan ‘thumbs up’ di depan media setelah BN berjaya mengekalkan mandat walaupun mandat yang bertambah kecil. SPR di sini seolah-olah adalah salah satu dari anggota Barisan Nasional yang berbelas-belas itu.
Di negara maju anggota Polisnya lebih menumpukan tenaga untuk menjaga keselamatan negara dan tidak seperti disini di mana anggota Polisnya lebih menumpukan perhatian kepada pemimpin pembangkang sahaja. Jenayah bertambah-tambah dan segala jenis jenayah nampak seperti tidak ada kawalannya. Polis sudah hilang ‘priority’ terhadap tanggungjawabnya.
Mereka lebih percaya yang perhimpunan anjuran PKR itu lebih bahaya dari kumpulan penyamun yang sentiasa mengintai-ngintai untuk menyamun rumah-rumah yang boleh mereka masuk untuk menyamun. Pendeknya seluruh sistem dan kewibawaan kerajaan sudah tidak boleh lagi diperbaiki oleh pimpinan yang ada sekarang ini.
Seperti yang selalu saya sarankan, negara kita perlu melakukan transformasi, bukan seperti yang dianjurkan oleh Najib tetapi transformasi yang hakiki. Kita terpaksa memulakan dengan menyusun kembali negara ini dari ABC atau alif baa taa.
‘The elders have to take charge’ buat sementara untuk menyususn kembali negara yang telah tersimpul mati dengan kemelut dan masalah yang tidak kunjung selesai itu. ‘Budak-budak’ yang tidak berhenti-henti berkelahi itu duduk di tepi dahulu, hisab cerut atau rokok daun, atau duduk bersama saya di kedai kopi mamak mana-mana.
Untuk memulakannya biar lah mereka yang memahami selok belok siasah dan pentadbiran dan mempunyai roh sejati untuk memperbaiki keadaan ini. Najib hanya pandai bercakap tentang ‘national reconciliation’. Tetapi beliau juga adalah pihak yang terlibat dalam pergaduhan untuk mengekalkan kuasa dengan orang yang hendak mendapatkan kuasa itu.
Jika Najib benar-benar jujur untuk matlamat itu, beliau sepatutnya mempunyai otot yang cukup kuat untuk mendisiplinkan ahli-ahli partinya untuk tidak berkata dan bertindak tanpa mempunyai ‘clue’ yang betul untuk melakukannya.
Sunday, 19 May 2013
SINAR ISLAM MEMANCAR DI SELANGOR DARUL EHSAN !
Cahaya Islam sudah mula memancarkan cahayanya di negeri Selangor Darul Ehsan, jika diukur dari prestasi PAS mencatat kejayaan memenangi 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13) baru-baru ini.
Kerusi DUN yang dimenangi PAS ialah Sabak, Taman Templer, Gombak Setia, Hulu Kelang, Lembah Jaya, Chempaka, Dusun Tua, Bangi, Seri Serdang, Paya Jaras, Meru, Selat Klang, Sijangkang, Morib dan Tanjung Sepat.
Keupayaan PAS memenangi tambahan 7 kerusi lagi menjadikan 15 berbanding 8 kerusi DUN sahaja pada 2008, peningkatan hampir 100 peratus, merupakan satu lonjakan dan kemenangan yang besar bagi PAS, satu-satunya parti yang menggabungkan perjuangan politik dan aktiviti dakwah.
Pada PRU-13, rakyat Selangor yang terdiri dari golongan teknokrat, kelas menengah dan miskin bandar serta celik internet dan kaya maklumat dengan bebas dan berani menyatakan sokongan kuat kepada PAS.
Jika trend ini berterusan maka suatu hari nanti, kita tidak harus terperanjat jika Selangor, negeri termaju dan terkaya di negara ini, akan mengikut jejak langkah Kelantan, negeri yang terkenal dengan gelaran “Serambi Mekah”.
Analisa keputusan PRU-13 di negeri Selangor khususnya, menunjukkan para pengundi tidak takut dengan dakyah Umno mempermainkan isu pelaksanaan hukum hudud jika PAS berkuasa, baik di peringkat negeri lebih-lebih lagi di peringkat persekutuan.
Walaupun hampir 100 peratus ahli Umno terdiri daripada orang Melayu dan beragama Islam, mereka bersembunyai sebalik tabir MCA, untuk cuba menakut-nakutkan rakyat dengan menghina hudud, hukum yang jelas disebut dalam Al Quran.
Kalaupun ada segolongan rakyat yang termakan dengan suntikan racun Umno-Barisan Nasional (BN) ini, mereka ini adalah orang-orang Melayu yang kurang berpendidikan yang kebanyakannya menetap di kampung-kampung.
Rakyat di bandar dan pinggir bandar, baik orang Melayu, Cina atau India terutamanya di Selangor tidak mudah terpedaya dengan taktik jahat Umno-BN ini dan ini terbukti dengan jumlah undi yang dipungut oleh calon-calon PAS berdasarkan demografi pengundi.
Masyarakat Cina di Selangor jelas mengundi calon PAS di kawasan-kawasan di mana tidak terdapat calon DAP dan nampaknya orang Melayu di kampung lebih takut kepada hudud berbanding masyarakat Cina dan India di bandar.
Friday, 17 May 2013
27 SPR DICABAR !
PRU13 : 27 Kawasan Parlimen Akan Dicabar?
PKR hari ini (13 Mei) berkata mereka telah menerima 237 laporan penipuan yang berlaku ketika Pilihan Raya 2013 di 27 kawasan Parlimen yang dimenangi Barisan Nasional (BN).
Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli, berkata, pasukan #siasatPRU13 yang diketuainya turut menemui keraguan di lapan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Perak, Kedah dan Pulau Pinang, dan akan meneliti kesemua kerusi berkenaan.
“PKR akan bekerjasama dengan DAP dan PAS untuk menjalankan siasatan,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat PKR di sini. “Oleh kerana 19 daripada kerusi ini dimenangi tipis oleh BN adalah kerusi PKR, proses mengumpul maklumat dan bukti bagi tujuan petisyen pilihan raya sedang giat dijalankan.”
Rafizi juga mengesahkan Pakatan Rakyat (PR) juga akan mengemukakan petisyen mengenai penipuan dalam pilihan raya umum ke-13 pada hujung Mei ini, namun mendakwa undang-undang pilihan raya tidak “mesra” pembangkang.
“Kami akan kemuka petisyen hujung Mei ini ... bagaimanapun undang-undang semuanya menentang kami kerana BN yang buat undang-undang,” katanya.
“Saya tidak menjangkakan petisyen akan berpihak kepada pembangkang,” katanya dan menambah, beliau tidak mempercayai gesaan pemimpin BN supaya menyuarakan rasa ketidak puasan hati mereka berhubung perjalanan pilihan raya melalui petisyen.
Ketika sidang media itu juga, Rafizi turut mengemukakan senarai antara kerusi yang diraguinya, termasuklah Bentong; Kuala Selangor; Baram; Sungai Besar; Pasir Gudang; Labis; Machang; Ketereh; Titiwangsa; Tebrau; Bagan Serai; Kota Marudu; dan Beufort.
Rafizi turut menyenaraikan kerusi Setiawangsa; Segamat; Ledang; Balik Pulau; Kulim Bandar Baharu; Pulai; dan Kuala Kangsar; Muar; Pendang; Hulu Selangor; Sabak Bernam; Merbok; Pensiangan; dan Saratok.
Ahli Parlimen Pandan itu turut menegaskan, daripada 27 kerusi Parlimen berkenaan, hanya dua sahaja yang mereka masih lagi belum menerima laporan penipuan iaitu di kerusi Parlimen Machang dan Hulu Selangor.
Antara kriteria utama yang menjadi fokus siasatan mereka jelas Rafizi adalah termasuk margin kemenangan tipis bawah 5 peratus; margin kemenangan tidak sepadan dengan undi rosak apabila undi rosak lebih besar daripada margin kemenangan; peratusan undi pos dan undi awal mengatasi margin kemenangan undi biasa sehingga keputusan pengundi biasa bertukar akibat pola undian kedua-dua undi berkenaan yang diragukan; serta kerusi yang dilaporkan bukti kukuh beserta laporan polis.
PKR juga jelas Rafizi turut menumpukan kepada enam senarai penipuan yang jelas iaitu; pengundi dilarang mengundi kerana undi mereka dibuang orang lain; BN membeli undi; dakwat kekal tidak kekal; kesalahan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menandatangani Borang14 sebelum pengiraan; dan pengundi warga asing.
“Kami mempunyai bukti bergambar dan video untuk menyokong dakwaan kami di kerusi Parlimen Balik Pulau,” katanya mendakwa berjaya memperolehi gambar pengundi menukarkan vaucer kepada wang tunai.
“Kami sedang berusaha mendapatkan pengundi yang berani tampil mendedahkan tentang kewujudan vaucer berkenaan,” tambah pemimpin muda PKR itu lagi
Rafizi bagaimanapun turut berkata, pihaknya juga kini sedang mengesan beberapa penipuan yang dipercayai wujud di kerusi yang dimenangi pembangkang, seperti di Parlimen Lembah Pantai, Selayang dan juga kawasan yang dimenanginya, di Pandan.
Pasukan yang diketuainya itu jelas Rafizi mengandungi seramai 67 anggota sukarela, yang meliputi mereka yang bekerja sebagai peguam, dan akauntan.
Jelasnya lagi, laporan berkenaan penipuan yang berlaku ketika pilihan raya itu juga sedang diteliti dan pasukannya memanggil pengadu untuk mengambil keterangan dan bukti untuk tindakan susulan.
“Selain penyiasatan kualitatif, #siasatPRU13 juga menjalankan analisa kuantitatif untuk mengenalpasti pelbagai perkara yang menguatkan lagi sentimen rakyat bahawa PRU13 dimenangi BN melalui penipuan,” kata Rafizi.
Segala bukti yang berjaya dikumpulkan jelas Rafizi lagi akan dikumpulkan dalam tempoh seminggu dari sekarang setelah kesemua saksi selesai memberikan keterangan.
Sebagai bantahan kepada keputusan Pilihan Raya 2013, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menganjurkan beberapa siri perhimpunan besar-besaran di seluruh negara termasuk di Petaling Jaya, Pulau Pinang, dan Ipoh sejak minggu lepas. - themalaysianinsider

Monday, 13 May 2013
AKHIRNYA KERAJAAN SELANGOR MENANG BERGANDA !
Selepas memenangi PRU 13 bagi negeri Selangor kini kemenangan Kerajaan Negeri Selangor dari tuduhan palsu dan fitnah .Alhamdulillah.
Berikutan keputusan penting itu, mahkamah membatalkan saman sivil yang difailkan oleh 2,020 ibu tunggal di Selangor berhubung pembayaran elaun RM100 kepada mereka seperti terkandung dalam manifesto pembangkang pada pilihan raya umum 2008.
Panel tiga hakim diketuai Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus yang bersidang bersama Datuk Abdul Aziz Abd Rahim dan Datuk Mohamad Ariff Md Yusof membenarkan rayuan kerajaan Selangor dan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim supaya mengetepikan keengganan Mahkamah Tinggi untuk membatalkan saman tersebut.
Hishamudin bersetuju dengan hujahan yang dikemukakan oleh peguam A Vishnu Kumar, yang mewakili kerajaan Selangor dan Khalid, bahawa manifesto itu bukan sebuah dokumen yang terikat di sisi undang-undang.
Vishnu telah mengemukakan bahawa seseorang yang tidak berpuas hati dengan kegagalan memenuhi janji pilihan raya tidak boleh menuntut untuk menguatkuasakan manifesto tersebut.
Beliau berkata remedi mereka merupakan bersifat politik dengan memetik kes mahkamah di England termasuk keputusan hakim terkenal, Lord Denning, yang memutuskan remedi pengundi untuk tidak memenuhi janji pilihan raya terletak di peti undi.
Hishamudin juga menerima hujah Vishnu bahawa pihak responden yang diketuai pengerusi Persatuan Ibu Tunggal Selangor, Murtini Kasman Saman, tidak boleh mencabar perkara itu berikutan saman sivil itu telah difailkan di luar tempoh masa.
Peguam itu memberitahu mahkamah bahawa pihak responden sepatutnya memfailkan saman tersebut dalam tempoh tiga tahun mulai Mac 2008 tetapi hanya melakukannya pada 23 November tahun lepas.
Mahkamah kemudian memerintahkan responden membayar kos guaman sebanyak RM1,000 kepada kerajaan Selangor dan Khalid.
Peguam Walter Pereira, yang mewakili pihak responden, berkata janji-janji dalam manifesto itu diterjemahkan sebagai satu bentuk kontrak.
Kumpulan ibu tunggal itu memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Shah Alam tahun lepas dengan menuntut elaun berjumlah RM10.9 juta seperti dijanjikan kepada mereka oleh pakatan pembangkang dalam manifesto pilihan raya umum 2008.
Pada 12 Disember 2011, kerajaan Selangor dan Khalid memfaikan permohonan untuk membatalkan saman tersebut dan pada 23 Januari lepas, Mahkamah Tinggi menolak permohonan itu dan memutuskan kes itu dibicarakan.
Subscribe to:
Posts (Atom)