Wednesday 28 September 2011

KERAJAAN PR SELANGOR MEYANTUNI KESUSAHAN RAKYAT !

MBSA Beri Diskaun 70 Peratus

SHAH ALAM 27 SEPTEMBER – Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menawarkan pengurangan kompaun kesalahan trafik dan letak kenderaan sehingga 70 peratus kepada orang ramai yang mempunyai tunggakan kompaun di kawasan pentadbiran MBSA.

Pegawai Perhubungan Awam MBSA, Shahrin Ahmad berkata, tempoh tawaran pengurangan kompaun akan diberikan mulai 1 Oktober sehingga 30 November 2011.

Menurutnya, peratusan tawaran pengurangan kompaun yang diberikan ini juga berbeza mengikut tempoh masa iaitu bermula 1 Oktober hingga 16 Oktober, pengurangan yang diberikan ialah 70 peratus.

“Pada 16 Oktober hingga 31 Oktober pula, pengurangan kompaun yang diberikan ialah 60 peratus manakala 1 November hingga 30 November pula ialah 50 peratus.

“Kempen ini diadakan untuk memberi peluang kepada orang ramai yang mempunyai tunggakan kompaun trafik dan letak kenderaan untuk menjelaskan tunggakan kompaun yang ada sebelum tindakan tegas di ambil ke atas mereka,” katanya.

Beliau berkata, kempen ini bertujuan mendidik masyarakat supaya tidak melengah-lengahkan masa untuk menjelaskan bayaran kompaun.

“Orang ramai di gesa untuk mengambil peluang kempen selama dua bulan ini dengan membuat semakan dan seterusnya menyelesaikan tunggakan kompaun masing-masing.

“Pada 16 hari pertama bermulanya kempen, peratusan pengurangan yang diberikan adalah sebanyak 70 peratus, sehubungan itu peluang ini tidak harus dilepaskan khususnya mereka yang mempunyai tunggakan kompaun yang banyak,” katanya.

Shahrin berkata, orang ramai boleh membuat semakan dan seterusnya membayar tunggakan kompaun ke kaunter MBSA di Tingkat G, Wisma MBSA dan juga di Pejabat Cawangan MBSA di Kota Kemuning dan juga Sungai Buloh.

Menurutnya, MBSA juga menyediakan kemudahan pembayaran secara on-line melalui kaedah FPX dan kad kredit dengan melayari laman web MBSA di www.mbsa.gov.my.

0 comments:

Post a Comment