Wednesday 28 September 2011

PENJENAMAAN SEMULA BANDAR SHAH ALAM MENOLAK PENJELMAAN SEMULA ALA BN

MBSA Lancar Penjenamaan Semula Pada Oktober
Wednesday, 28 September 2011
SHAH ALAM 28 SEPTEMBER : Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) akan melalui proses penjenamaan semula sempena sambutan ulang tahun ke-11 bandar raya Shah Alam sepanjang Oktober ini.

Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mohd Jaafar Mohd Atan berkata penjenamaan semula itu merangkumi visi dan misi serta objektif MBSA yang akan diperbaharui sejajar dengan peredaran masa dan keperluan pada masa kini.

“Sebagai contoh kita mahu Shah Alam mesra alam dan hijau supaya menjadi bandar raya sihat, selamat dan mampan untuk diwarisi oleh generasi akan datang,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat penuh bulanan MBSA.

Penjenamaan semula itu juga katanya, bagi memastikan pihak berkuasa tempatan tersebut terus mampan dan memenuhi keperluan generasi semasa serta akan datang dalam memberikan perkhidmatannya bersesuaian dengan status bandar raya yang dicapai pada 10 Oktober 2000.

Sempena sambutan ulang tahun kali ini yang bertemakan “Shah Alam Bandar Rayaku”, sebanyak 13 acara telah diatur termasuk pelancaran penjenamaan semula itu.

Antara program sepanjang sambutan dari 1 hingga 29 Oktober itu ialah perlawanan bola sepak, gotong-royong perdana, bacaan yassin dan doa selamat, persembahan muzika Shah Alam dan pelancaran kenderaan komuniti MBSA.

Selain itu MBSA juga menawarkan 15 unit iPad sebagai cabutan bertuah sempena kempen program bayar dan menang MBSA.

0 comments:

Post a Comment